Mari kita Berkawan

July 31, 2010

Jika mulut dikunci kata2 tidak berguna lagi

akan datang hari
mulut dikunci
kata tak ada lagi


akan tiba masa
tak ada suara
dari mulut kita


berkata tangan kita
tentang apa yang dilakukannya


berkata kaki kita
kemana saja dia melangkahnya


 tidak tahu kita
bila harinya tanggung jawab tiba


Robbana,
tangan kami
kaki kami
mulut kami
mata hati kami
luruskanlah
kukuhkanlah
dijalan cahaya sempurna


mohon karunia
kepada kami
hambaMu yang hina..


*ketika tangan dan kaki bicara-Chrisye-*
***
apa yang terlintas saat mendengar lagu ini..
betapa dasyatnya saat hari tanggung jawab tiba..

kita tidak bisa berkata untuk membela diri,
mulut terkunci, bisu dan kelu, tiada kata juga suara
tangan dan kaki berkata
telinga dan mata berkata
tentang apa yang dilakukannya

saat hari tanggung jawab tiba,
kita tidak bisa melakukan apa-apa
semuanya tergantung dari apa yang kita lakukan saat ini,

sebelum saat itu tiba..
baik atau buruk
jelek atau bagus
semua hasil akan kita yang tuai masing-masing kelak

memohon padaNya..
meluruskan dan mengkukuhkan
dalam jalan yang penuh cahaya sempurnaNya..

kalaulah ada dosa yang mendera
janganlah sampai membatu di hati menjadi kerak
yang akan menyiksa kita kelak..

memohon padaNya..
ampunan juga karuniaNya
dalam kasih dan sayangNya

melindungi kita dari segala keburukan
pada saat hari itu tiba..

Syukur Atas Dugaan

Barangkali kalau boleh disimpulkan apa yang dapat saya peperiksaan kali ini; Ia telah mengajar saya betapa bagusnya dugaan.

Exam kali ini membuatkan saya akur tentang keterbatasan manusia. Setiap kali sebelum sebelum exam saya berfikir; macam mana kalau dapat lecturer ni? macam mana kalau tak ingat drug ni? macam kalau lupa dosage ni? macam kalau lecturer tanya soalan ni?

Senantiasa soalan ini disusuli dengan jawapan penuh narcissist:  Apa lagi yang boleh aku buat? Consider buat Shpargal? Masuk lambat? Datang awal? 

Maka setelah bermain tarik tali dengan perasaan, akal dan kudrat ketika itulah saya disentap dengan peringatan.

“Aduh!  sombongnya aku dengan Allah”. Senangnya boleh menganggap bahawa Allah itu teman biasa, diminta pertolongan hanya bila perlu dan bila keadaan tidak memerlukan, bila segalanya dalam keadaan terkawal, dalam lingkungan kudrat kita, Allah tidak tolong pun saya boleh buat sendiri. Astagfirullah.

Waktu itulah dalam kesedaran yang masih segar terus-terus saya mengadu

“Ya Allah hambaMu ini hina, waktu susah baru ingat padaMu. Namun Ya Allah betapa aku yakin engkaulah mengawal segala hati manusia, engkaulah yang mengatur perjalanan masa, susunan kertas disusun, tangan yang bergerak, kaki yang melangkah. Maka permudahkan perjalanan untuk kami Ya Allah, jadikan ia titik tolak untuk kami semakin dekat kepada Mu Ya Allah dan jadikanlah keputusannya pengajaran paling berhikmah untuk kami semua Ya Allah”

Mengharap dengan penuh rasa sesalan kerana melupakan Kekasih yang paling utama perlu dicintai.

Setelah itu anehnya, perasaan itu bukan membuat saya pasrah tetapi membuat saya lebih bersemangat untuk berusaha.

Tiba-tiba saya teringat maksud tafsir Al Imran 146 “ dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut yang bertakwa. Mereka tidak lemah kerana bencana yang menimpanya di Jalan Allah dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”

Sumber kekuatan pada orang Islam adalah apabila mereka beriman dengan Allah, mereka sudah tidak sedih dengan kesusahan yang menimpa dan mereka tidak takut dengan kemungkinan yang akan berlaku. Hasilya maka lahirlah kekuatan yang luar biasa dengan izin Allah.

Exam kali ini Allah sudah memberikan satu ibrah dan tarbiyah yang begitu berharga. Untuk itu saya sangat-sangat gembira dan bersyukur.

Jiwa Remaja

Berfikir semula bagaimana remaja berfikir adalah sesuatu yang ironi sebenarnya bagi saya. Hakikatnya, lupa bagaimana remaja akan bertindak sudah merupakan sesuatu yang melucukan sebenarnya. Ini seolah-olah menganggap kononnya zaman itu sudah berdekad-dekad meninggalkan saya.

Setiap kali saya pulang semula ke sekolah menengah saya yang dahulu, satu soalan pasti saya akan tanyakan kepada guru-guru yang masih saya kenali

" Cikgu macam mana dengan pelajar sekarang?"

Dahulunya, soalan ini diajukan sekadar mengisi perbualan. Namun kini apabila mendengar cerita demi cerita membuatkan saya sendiri berfikir: Bagaimana sebenarnya hendak menjernihkan jiwa remaja?

Jiwa remaja sekolah menengah berbeza dengan jiwa remaja universiti. Barangkali beban yang di pikul dan stress yang ditanggung berbeza. Harapan mengunung masyarakat dan keluarga mengharapkan anak mereka berjaya dalam SPM, mendapat biasiswa, masuk ke universiti lebih membebankan berbanding remaja universiti yang sudah berbiasiswa yang hanya perlu memikirkan bagaimana hendak menyiapkan tugasan pensyarah dan melepasi exam setiap kali semester berakhir.

Jiwa remaja memberontak. Ketika zaman remaja saya, perasaan bahawa semua cikgu tidak memahami perasaan kami adalah sangat sinonim. Rasa kecewa segala yang dilakukan oleh orang dewasa melawan keinginan kami makin hari makin bertimbun sehingga kebanyakan tenaga digunakan untuk diplomasi mendapatkan ini dan itu. Kepada mereka yang merasakan diplomasi bukan cara mereka maka fizikal jadi pilihan.

Jadi bagaimana hendak membuktikan dan memahamkan kepada mereka bahawa memilih yang baik adalah pilihan yang lebih bijak? Bagaimana hendak memahamkan mereka bahawa mencintai Allah dan mematuhi syariatnya lebih memberi makna?

Maka waktu itu juga saya teringat bahawa betapa semakin mesra cikgu dengan pelajar maka makin mudah dia disenangi dan lebih mudah kata-katanya diikuti. Saya melihat cikgu-cikgu bergurau dengan pelajar dan dari situ saya lihat seolah-olah wujud satu rasa kepercayaan antara guru dan murid. Seolah-olah guru menjadi kawan yang memahami mereka.

Kemudian saya sentiasa mendengar emak saya bercerita tentang pelajar-pelajar yang mengadu dengannya.

"Mak garang-garang pun, budak-budak nak mengadu pergi ke mak juga"

Rasa kepercayaan itu yang saya cari dan yang saya ingin pelajari. Sebab itu saya suka pergi ke sekolah dan suka berbual dengan guru-gurunya.

Apa kata anda?

Lukisan Bukan Tulisan

Tulisan ini bukannya tulisan
Tulisan ini adalah lukisan
Lukisan hati
Yang tak mampuku luahkan
Secara lisan

Kerna ku bukannya seorang penyair
Bukan juga seorang pemikir
Tetapi ku hanyalah seorang pelukis
Yang melukis untuk menyatakan rasa hati

Mungkin ku tak punya kekuatan
Untuk menzahirkan
Luahan hati ini
Yang perlukan bantuan
Ya Allah
Bantulah hamba ini

Isra’ Mi’raj

Melalui tinjauan sejarah waktu, tarikh terjadinya Isra’ Mi’raj masih diperdebatkan oleh para ulama. Bukan sahaja tarikh/harinya, berkenaan bulannya juga masih diperselisihkan sehingga kini. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah memaparkan perselisihan tersebut di dalam kitabnya, Fathul Bari, 7/203 sehingga mencapai lebih dari sepuluh pendapat. Ada yang berpendapat bahawa Isra’ Mi’raj terjadi pada bulan Ramadhan, Syawwal, Rabi’ul Awwal, Rabi’uts Tsani... dan seterusnya. (Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan dari az-Zuhri dan Urwah bahawa Isra’ Mi’raj berlaku setahun sebelum Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berhijrah ke Kota Madinah, iaitu bulan Rabi’ul Awwal. Ada pun pendapat as-Suddi, waktunya adalah enam belas bulan sebelum hijrah, iaitu bulan Dzulqa’edah. Al-Hafiz Abdul Ghani as-Surur al-Maqdisi membawakan dalam sirahnya hadis yang tidak sahih sanadnya tentang waktu Isra’ Mi’raj pada tanggal 27 Rejab. Dan sebahagian manusia menyangka bahawa Isra’ Mi’raj terjadi pada malam Jumaat pertama bulan Rejab, iaitu malam Raghaib, iaitu yang ditunaikan pada waktu tersebut sebuah solat yang masyhur tetapi tidak ada asalnya. (al-Bidayah wan Nihayah, 3/108-109, Cet. Maktabah al-Ma’arif. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

Tidak ada dalil yang sahih yang menetapkan bulan atau pun tarikhnya, seluruh nukilan tersebut munqathi’ (terputus) dan berbeza-beza. (Ibnul Qayyim, Za’adul Ma’ad, 1/57. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 62, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Imam Abu Syamah rahimahullah menegaskan:

Sebahagian tukang cerita menyebutkan bahawa Isra’ Mi’raj berlaku pada bulan Rejab. Perkara tersebut menurut ahli hadis merupakan kedustaan yang amat nyata. (al-Ba’its ‘ala Inkar Bida’ wal Hawadits, m/s. 171. Lihat: Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi dan Abu ‘Abdillah Syahrul Fatwa, Ensiklopedi Amalan Sunnah Di Bulan Hijriyah, m/s. 63, Pustaka Darul Ilmi, Cet. 1, Sya’ban 1429H/Ogos 2008M, Bogor)

Kesimpulannya:

Tiada tarikh tertentu yang muktamad bila terjadinya Isra’ Mi’raj. Dengan itu, tarikh berlakunya Isra’ Mi’raj adalah tidak diketahui dan masih diperbahaskan.


Disunting dari http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com.html

Bulan Sya'aban

Aisyah r.a berkata: Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (Hadis riwayat Abu Daud)

*

Atrikel pilihan dari blog Rakan-Rakan :

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Sya’ban

Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban

Amalkan ilmu

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)

Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.” (Al-Ghazali)

Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit” (Muttafaq ‘alaihi , dari Aisyah)

Sedekah

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ ayat 39).

“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

والله أعلم

Moga ada manfaat.

Bersyukurkah Kita ??????

Syukur merupakan suatu amalan yang utama dan mulia, oleh kerana itu Allah s.w.t memerintahkan kita semua untuk bersyukur kepada-Nya, mengakui segala keutamaan yang telah Dia berikan, sebagaimana dalam firman Nya, yang artinya,
“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah :152)

Allah SWT juga memberitahu bahwa Dia tidak akan menyiksa mereka yang bersyukur, sebagaimana yang difirmankan, artinya,

“Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)”. (An-Nisaa :147)

Mereka yang bersyukur merupakan golongan yang istimewa di hadapan Allah, Dia mencintai orang yang mensyukuriNya serta membenci orang yang menkufurinya . Dia telah berfirman, yang artinya,
“ Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu” (QS Az Zumar:7)

Allah juga menegaskan, bahawa syukur merupakan sebab kekalnya sesuatu nikmat, sehingga tidak luput malah semakin bertambah, sebagaimana firman-Nya, yang artinya,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Ibrahim : 7)

Dan masih banyak keutamaan dan manfaat dari rasa syukur kepada Allah, maka munasabahlah sekiranya Allah menyatakan, bahawa amat sedikit dari hamba-hamba-Nya yang bersyukur (dengan sebenarnya).

Hakikat Syukur

Kesyukuran yang hakiki didirikan di atas lima asas utama yang mana barang siapa mengamalkannya, maka dia adalah seorang yang benar-benar bersyukur iaitu,
 Merendahkan diri di hadapan yang dia syukuri (Allah).
 Rasa cinta terhadap Pemberi nikmat (Allah).
 Mengakui seluruh nikmat yang Dia berikan.
 Senantiasa memuji-Nya atas nikmat tersebut.
 Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah.

Maka dengan demikian syukur adalah merupakan bentuk pengakuan atas nikmat Allah dengan penuh sikap kerendahan serta menyandarkan nikmat tersebut kepada-Nya, memuji Nya dan menyebut-nyebut nikmat itu, kemudian hati senantiasa mencintai Nya, anggota badan taat kepadaNya serta lidahnya tidak berhenti-henti menyebut Nya.

Pujian yang Diajarkan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w mengucapkan pujian (zikir) di ketika pagi dan petang sebagaimana berikut, yang artinya,
"Ya Allah tidak satu pun kenikmatan yang menyertaiku di pagi /petang ini atau yang tercurah kepada salah satu dari makhluk Mu, maka itu adalah semata dari Mu, tiada sekutu bagi Mu, untuk Mu lah segala puji dan untuk Mu pula segenap syukur."

Nabi bersabda bahwa siapa yang membaca zikir ini di waktu pagi, maka ia telah melakukan syukur sepanjang siang harinya, dan barang siapa membacanya ketika petang , maka dia telah melaksanakan syukurnya sepanjang malamnya. (HR. Abu Dawud, dinyatakan hasan oleh Ibnu Hajar dan An-Nawawi)

Jenis-jenis Syukur

Imam Ibnu Rajab berkata, "Syukur itu dengan hati, lisan dan anggota badan”.
 Syukur dengan hati adalah mengakui nikmat tersebut dari Yang Memberi nikmat, berasal dariNya dan atas keutamaan-Nya.

 Syukur dengan lisan yaitu selalu memuji Yang Memberi nikmat, menyebut nikmat itu, mengulang-ulangnya serta menampakkan nikmat tersebut, Allah s.w.t. berfirman, artinya,“Dan terhadap nikmat Rabbmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutNya (dengan bersyukur)”.(QS. 93:11)

 Syukur dengan anggota badan iaitu tidak menggunakan nikmat tersebut, kecuali dalam rangka ketaatan kepada Allah s.w.t., berwaspada dari menggunakan nikmat untuk kemaksiatan kepada-Nya.

Setelah kita tahu hakikat dan jenis-jenis syukur, maka marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, apakah kita telah bersyukur dengan benar, apakah kita telah sejujurnya mencintai Allah, telah tunduk dan mengakui nikmat dan keutamaan yang diberikan Allah? Apakah kita telah benar-benar memuji Allah, adakah kesyukuran itu telah mempengaruhi hati kita, lisan kita dan seluruh tindak tanduk, akhlak dan pergaulan kita?

Kita harus bertanya secara jujur:
 Apakah termasuk syukur, jika seorang muslim atau muslimah meniru-niru gaya hidup orang kafir? Apakah makna syukur bila seorang muslimah mengikuti model dan gaya hidup wanita musuh Allah? Berpakaian terbuka, bertabarruj dan membantah ketetapan syara' tanpa rasa malu dan segan?

 Apakah termasuk syukur jika seorang muslim meninggalkan solat lima waktu, atau menyia-nyiakannya, atau tidak mahu mengerjakannya dengan berjamaah? Bahkan lebih senang mengikuti perkara bid'ah dan sesat?

 Apakah termasuk orang syukur kalau meremehkan puasa Ramadhan, tidak mahu pergi haji padahal mampu, tidak mahu membayar zakat dan berinfak?

 Apakah merupakan orang yang bersyukur jika tanpa segan silu bergelumang dengan riba, membazirkan harta untuk berfoya-foya, minum-minuman keras, dadah dan seumpamanya?


 Apakah tanda syukur jika seorang pemuda suka beromong-omong kosong, berkumpul-kumpul di tepi jalan , berbual kosong di telepon, membazirkan makanan dan meremehkan nikmat yang dia terima?

Sumber: Kutaib “Aina Asy Syakirun?” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.

Adaptasi dari artikel asal bertajuk “Seberapakah Syukur Kita?” dari www.alsofwah.or.id

Manusia Tidak Akan Berakhir Dengan Kematian

Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bagaimana kamu menjadi kufur terhadap Allah sedangkan kamu bermula dari mati (tiada) kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudia kepada-Nya kamu dikembalikan.” (al-Baqarah: 28)

Setiap minit itu menyatakan perjalanan riwayat manusia yang perlu direnung dan difahami sedalam-dalamnya supaya kita menyedari betapa besarnya kurniaan Allah SWT dan betapa beratnya tanggungjawab kita di hadapan Allah SWT. Ianya bermula daripada mati (tidak ada apa-apa) kemudian Allah menjadikan bumi dan segala bahan di atasnya terdiri daripada tanah yang berbagai-bagai jenis.

Tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam, jenis strukturnya terdiri daripada sesuatu yang boleh melahirkan berbagai-bagai makhluk, di antaranya manusia.

Allah SWT memulakan dengan mencipta Nabi Adam AS. Begitulah kisah bukan seperti teori Darwin, seorang Yahudi yang merendahkan martabat manusia yang meletakkan manusia kepada kebinatangan kemudian memecah alam pemikiran akal sebagai seorang manusia. Islam telah menetapkan bahawa pencipta manusia ialah Allah SWT.

Allah memulakan ciptaan Nabi Adam AS daripada tanah. Kemudian dijadikan isterinya Hawa daripada diri Nabi Adam As iaitu daripada tulang rusuknya. Dan untuk menyatakan kekuasaannya, Allah mencipta Nabi Isa AS daripada ibu yang tidak ada bapa yang tidak ada persetubuhan di antara lelaki dan perempuan demi menegaskan betapa Maha Berkuasanya Allah SWT.

Kemudian Allah menjadi manusia daripada benih-benih yang diletakkan ke dalam ibu bapa mereka yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan dan benih itu terlalu banyak. Oleh kerana itu, Allah menghargai diri manusia dan nyawa mereka dengan harga yang mahal. Seseorang yang melakukan pembunuhan dianggap berdosa besar selepas syirik, menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Allah SWT menyebut di dalam al-Quranul Karim yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah telah memutuskan hukum kepada Bani Israil, sesiapa yang membunuh satu nyawa seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa seolah-olah ia menyelamatkan manusia seluruhnya.” (al-Maidah: 32)

Manusia tidak boleh mengadakan dirinya dengan sendiri. Mesti Ada Tuhan yang menciptanya. Tuhan yang menjadikannya. Begitulah mengikut akal yang waras dan bijaksana yang disuluh oleh cahaya petunjuk daripada Allah SWT melalui nabi-nabi dan rasul-rasul AS yang wajib bersifat benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana yang tidak gentar dalam menegakkan agama Allah SWT.

Allah yang menghidupkan kamu dan menjadi tanda kekuasaan Allah. Kita melihat tanda kebesaran sesuatu kerajaan itu ialah rakyat, petugas-petugas, pegawai-pegawai, undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan sedangkan kerajaan Allah pula tiada bandingan dan tandingannya.

Di antara tanda ketuhanan Allah ialah manusia yang diciptakan oleh Allah SWT, yang menjadi sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang mempunyai peranan dan tugas yang tersendiri dan mesti difahami oleh manusia.

Menjadi hikmat yang sangat besar, setiap orang Islam dan beriman diwajibkan menyebut pada tiap-tiap rakaat sembahyang:

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.” (al-Fatihah: 2)

Perkataan “Rab” dalam ayat ini bermakna yang mencipta dan mentadbir. Bukan sahaja mentadbir tetapi mencipta , mentadbir dan mengurus seluruh alam. Di antara cara pengurusan itu ialah dengan undang-undang dan peraturan. Manusia yang menjadi sebahagian dari makhluk dikurniakan kepada mereka undang-undang dan peraturan yang dinamakan ad-Deen yang terkandung di dalamnya kepercayaan hati, hukum syariah, perangai dan akhlak.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan makhluknya mengandungi rahmat dan kurnia yang tidak terhingga termasuk perkara agama yang diwajibkan kepada manusia adalah kurnia daripada Rahmat Allah, kasihan belas dan sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Walau bagaimana kita merasa susah sekalipun perkara yang ditetapkan oleh Allah adalah kebaikan kepada manusia. Perkara yang dilarang oleh Allah adalah mudharat. Menunaikan kebajikan untuk patuh kepada perintah Allah meninggalkan larangannya adalah satu tanggungjawab mengabdikan diri kepada-Nya yang menjadi ciri penting dalam penciptaan manusia dan kehidupan mereka atas muka bumi ini.

Ini satu kemuliaan yang diberi oleh Allah kepada manusia. Mereka mentadbir makhluk yang lain yang ada di bumi ini. Walaupun makhluk itu lebih keras, berat, gagah dan kuat daripada manusia.

Kita melihat bagaimana manusia boleh mengendalikan jentera yang besar dan berat. Seorang manusiaboleh menjinakkan binatang, menternak, mentadbir tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman.

Makhluk-makhluk yang lain yang ada di sekitar bumi ini ditadbir oleh manusia dengan suatu tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bagi memelihara keunggulan yang wujud di alam ini, sebarang tindakan yang dilakukan bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan oleh Allah akan merosakkan dunia dan merosakkan diri manusia sendiri.

Bukan sahaja perkara-perkara haram membawa penyakit kepada diri manusia bahkan perkara-perkara haram itu memusnah dan mengorbankan alam sekitar yang lain. Kita melihat hari ini merebaknya pelbagai jenis penyakit yang menimpa jasad manusia bermula dari penyakit sosial kerana mereka melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Bukan sahaja dalam konteks individu bahkan dalam konteks masyarakat. Bukan sahaja dengan masyarakat sekampung dan senegara bahkan masyarakat sedunia.

Kita melihat manusia yang bijak itu ada di kalangan mereka yang meninggalkan hukum Allah.

Itu lebih ganas dari binatang yang buas, mencipta senjata-senjata yang boleh membunuh berjuta manusia dalam sekelip mata. Kerana tamak haloba, manusia sanggup melakukan kemusnahan sehingga berlakunya perubahan alam berpunca dari lapisan ozon dan sebagainya yang mempengaruhi alam sekitar bukan sahaja penyakit yang melanda diri bahkan penyakit yang melanda alan sekitar.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Telah nyata keburukan di darat dan di laut hasil kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka kembali kepada kebenaran yang dinyatakan oleh Allah.” (ar-Rum: 41)

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Manusia hendaklah menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab di atas muka bumi dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Bahkan seluruh hidup mereka tidak diciptakan begitu sahaja.

Tiap-tiap manusia akan dimatikan oleh Allah. Bagaimana lanjutnya usia sekalipun, walau bagaimana banyak do’a sekalipuntermasuk nabi-nabi dan rasul-rasul AS, manusia yang paling dicintai oleh Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Tiadalah Muhammad itu melainkan seorang rasul, telah berlalu sebelumnya rasul dari yang lain yang telah mati.” (Ali-Imran: 144)

Ayat ini dibaca oleh Abu Bakar As-Siddiq RA ketika para sahabat dalam kesedihan menerima kewafatan Rasulullah SAW.

Tiap-tiap orang ada ajalnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajalnya.” (al-A’raaf: 34)

Di sana ada bangsa yang sudah hilang riwayatnya. Bangsa Sam dan keturunan Yusya’ bin Nun AS.

Zaman dahulu berbagai-bagai bangsa yang sudah tamat riwayatnya. Begitu juga bangsa yang ada pada hari ini. Terpulang kepada kita sama ada sama ada kita masih mahu menggunapakai pepatah Hang Tuah “Takkan hilang melayu di dunia” atau tidak. Seterusnya hubungan kita dengan diri, keluarga dan masyarakat akan tetap dibicarakan di hadapan Allah SWT. Terpulanglah kepada manusia untuk patuh kepada undang-undang Allah, untuk percaya atau tidak. Semua manusia akan dimatikan oleh Allah SWT. Selepas mati mereka akan berdepan dengan alam barzakh, alam kubur yang lebih panjang dari alam hidup di dunia ini, Mungkin kita melupai kepada mereka yang telah dikebumikan ke dalam kubur itu lebih lama dan berada di dalam kehidupan.

Ada yang sudah mati beberapa ribu tahun padahal umur dalam kehidupan dunia lebih pendek daripada daripada itu. Di sana terdapat fitnah dan ujian sebelum kita berhadapan dengan alam akhirat. Allah SWT telah menunjukkan kepada kita agar kita mengambil iktibar dari alam barzakh melalui tidur yang ada dalam diri masing-masing.

Tidur adalah sebahagian daripada mati, agar kita mengambil contoh dan tauladan setelah kita bangun daripada tidur disunatkan kita membaca do’a kepada Allah yang bermaksud:

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami kemudian kami bertebaran kepada-Nya.”

Dalam kehidupan, apabila bangun daripada tidur, selepas membersihkan diri, kita akan berselerak ke sana sini menjalankan kerja masing-masing. Tetapi hidup selepas mati, manusia akan dihimpunkan di padang mahsyar. Sesungguhnya kematian itu adalah benar dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Begitulah ujian yang dihadapi oleh manusia ketika menghadapi kematian, yang menjadi teman ialah apa yang dilakukan di alam dunia ini. Iman dam amal yang soleh, sebaik seseorang itu meninggal, yang paling dahulu berpisah dengannya ialah harta, kecuali kain kafan dan peralatan untuk mengebumikan mayat itu sahaja.

Semua harta yang lain putus hubungan kecuali beberapa perkara yang diperuntukkan oleh Allah SWT seperti sedekah jariah, anak yang soleh, dan ilmu yang diambil manfaat. Selain itu, semuanya terputus hubungan dengannya.

Setelah mayat dikebumikan, semua yang mengiringi jenazah akan kembali ke rumah masing-masing. Tinggallah si mati itu, seorang diri di dalam kubur. Yang terus bersama dengannya hanyalah iman dan amal yang soleh. Inilah persediaan untuk simati.

Di alam barzakh, simati akan dipersoalkan oleh para malaikat tentang apa yang dilakukan olehnya dalam kehidupannya di dunia sebelum ini.

Fitnah kubur ialah ujian yang pertama dihadapi oleh manusia setelah dia meninggal. Soalan yang pertama daripada malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT ialah “Siapa Tuhan yang mentadbir, mencipta serta mengendalikan segala urusan.”

‘Rab’ dengan makna Tuhan yang mencipta dan Tuhan yang mengendalikan serta mentadbir segala urusan dan Tuhan yang layak disembah.

Menjadi satu hikmat yang besar para malaikat bertanya: “Ma Rabbuk?” yang bermaksud siapa Tuhan yang mencipta dan mengendalikan segala urusan kamu?

Seseorang yang beriman dengan iman yang benar diilhamkan oleh Allah SWT dapat melepaskan diri daripada soalan-soalan tersebut. Manakala orang yang tidak beriman dan tidak yakin akan menjawab dengan apa yang dia yakini di atas muka bumi ini. Disebut di dalam satu hadith mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Ada yang menjawab: “Oleh kerana orang ramai yang mengatakan Allah itu ada, saya pun ikut kata seperti orang ramai.”

Dia menjawab bukan dengan keyakinan dirinya sendiri. Ini adalah contoh ujian. Yang menjadi hujjah ialah iman dan amal yang soleh.

Kemudian manusia akan dihidupkan oleh Allah SWT. Allah SWT menunjukkan bagaimana contoh kekuasaan untuk menghidupkan bumi yang mati dan binatang yang mati. Kita melihat bagaimana binatang yang mati, keluar ulat-ulat yang hidup.

Selepas itu bumi yang mati, rumput yang kering dibakar hangus menjadi abu apabila turun hujan, ia akan tumbuh semula. Kita melihat bagaimana benih yang kecil boleh menumbuhkan pokok yang besar.

Ini adalah dalil-dalil kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan di hadapan kita. Begitulah kamu akan dihidupkan dan akan dipersoalkan oleh Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kemudian kamu dikembalikan kepadanya (dalam keadaan kamu tidak tahu apa yang dinantikan).” (al-Baqarah: 28)

Perkataan ‘Turja’un’ mengikut nahu bahasa Arab ialah Mabniyyil majhul yakni suatu perkataan yang menjadikan seseorang itu tidak tahu apakah nasibnya yang akan berlaku. Apakah nasibnya ke syurga atau ke neraka, terpulanglah kepada Allah SWT.

Amal Kebajikan

Amal kebajikan yang diseru oleh Allah SWT iaitu termasuk semua amal yang baik dan menjangkau semua amal soleh. Seperti taat kepada Allah , ikhlas, niat yang baik, berbuat baik kepada orang lain, bersilaturrahim, mengucapkan kata-kata yang sopan serta berakhlak yang mulia.

Jiwa yang sihat slalunya mengetahui jenis-jenis kebajikan, kerana amal kebajikan itu termasuk beberapa macam perbuatan dan tingkah laku yang digariskan oleh Islam. Di dalam AL-Quran ada dijelaskan beberapa perbuatan dinilai sebagai amal kebajikan.


i. Menuntut Ilmu Pengetahuan

Firman Allah SWT ertinya:
"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakhlaklah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)."


ii. Berakhlak Mulia

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya akhlak itu adalah daripada Allah, barangsiapa memperoleh kebajikan daripada Allah maka dia diberi keperibadian yang baik, dan barangsiapa memperoleh keburukan daripada Allah, maka baginya keperibadian yang buruk."


iii. Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tidak seorang Muslim menyebarkan benih atau menanam tanaman, lalu dimakan buahnya oleh manusia atau binatang atau makhluk lain, melainkan akan tercatat baginya sebagai sedekah."


iv. Mengerjakan kebaikan sebesar zarrah dinilai kebajikan

Allah SWT akan meminta tanggungjawab daripada setiap orang atas segala perbuatan dan tingkah lakunya walaupun sebesar zarrah, baik dalam bentuk amal kebaikan mahupun keburukan.

Firman Allah SWT ertinya:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Az-Zalzalah: 7-8)

Diriwayatkan bahawa Sa'ad bin Abi Waqqas pada suatu ketika memberi sedekah dua biji kurma kepada seorang peminta sedekah, kemudian diberikannya sambil mengucapkan: "Semoga Allah menerima dari kita seberat beberapa zarrah dan dalam dua biji kurma ini terkandung banyak zarrah."


v. Mengunjungi keluarga dengan wajah yang berseri-seri

Segala kebaikan yang diberikan kepada orang lain adalah mendatangkan redha Allah, tidak kira besar atau kecil kebaikan itu, termasuk memberikan senyuman terhadap orang lain dinilai sebagai suatu kebajikan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Janganlah engkau memperkecil nilai kabaikan walaupun hanya dengan menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (tidak muram)."


vi. Membuang duri dari jalan raya

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Seorang lelaki diampuni dosanya oleh Allah SWT kerana telah membuang sebuah dahan berduri yang dilihatnya melintang di tengah-tengah jalan sambil mengucapkan syukur kepada Allah."

Andai ku tahu

Bismillahirrahmaanirrahim

Hari ini terasa hendak bermuhasabah diri. Muhasabah diri ini amat penting supaya kita tidak terlalu leka dan lalai semasa sibuk dan seronok menjalani kehidupan seharian atas muka bumi ini. Kadang-kadang kita terasa leka. Kadang-kadang kita terasa alai. Namun begitu, kita tidak boleh selalu leka dan lalai. Cuma lupa sedikit. Jadi di sini ada sedikit INGATAN dan TAZKIRAH untuk tatapan kita semua. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara ini tetapi TAZKIRAH tetap menjadi manfaat kepada kita semua.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima (5) kali......

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Qur'an.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "Laa ilaaha Illallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima (5) jenis racun & lima (5) penawarnya....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Renung-renunglah....fikir-fikirlah......zikir-zikirlah....HIDUP mesti diteruskan.....MATI tetap pasti.

Cara cara syaitan mengoda manusia


cover buku godaan syaitan
Dalam satu riwayat diberitakan bahawa apabila tiba waktu solat, maka Iblis laknatullah akan memerintahkan tentera-tenteranya untuk mendatangi manusia dan membuat mereka sibuk agar tidak mengerjakan solat. Lalu dibuatnya dengan berbagai kesibukan, sehingga orang tersebut tidak mengerjakan solat sebagaimana waktu semestinya.

Kalau cara yang demikian itu tidak berhasil, maka syaitan berusaha supaya rukuknya, sujudnya, bacaannya dan tasbihnya tidak dilakukan dengan sempurna. Lalu jika itu tidak berhasil maka syaitan berusaha untuk membuat hati seseorang itu sibuk memikirkan perkara-perkara yang berkenaan dengan dunia. Jika itu juga tidak berhasil, maka pergilah syaitan dengan perasaan hampa.

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu mempunyai seruan, dan malaikat juga mempunyai seruan. Adapun seruan syaitan ialah agar mengulangi kejahatan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan seruan malaikat ialah agar mengulangi kebaikan dan membenarkan kebenaran maka barangsiapa yang mendapatkan yang ini, ketahuilah bahawa itu adalah dari Allah, maka hendaklah ia memuji kepada Allah SWT, dan barangsiapa yang mendapatkan yang lain maka hendaklah dia berlindung dari syaitan yang terkutuk."

Musuh Iblis

Ada lima belas musuh-musuh Iblis di kalangan Umat Nabi Muhammad:

1. Nabi Muhammad SAW sendiri.

2. Pemerintah yang adil.

3. Orang kaya yang tawadduk.

4. Peniaga yang jujur.

5. Orang berilmu yang melakukan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang suka memberi nasihat.

7. Orang Mukmin yang mempunyai sifat belas kasihan.

8. Orang bertaubat yang tetap pada taubatnya.

9. Orang menjauhkan diri dari yang haram.

10. Orang Mukmin yang sentiasa dalam keadaan berwuduk.

11. Orang Mukmin yang berbudi luhur.

12. Orang Mukmin yang banyak bersedekah.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada manusia lain.

14. Orang yang membawa Al-Quran dan sentiasa membacanya.

15. Orang yang bangun melakukan solat pada waktu malam sedangkan orang lain dalam keadaan tertidur.

Musibah & Doa Ketika Ditimpa Musibah


Akhir-akhir ini,kita sering terdengar atau terbaca musibah yang melanda di serata tempat. Pelbagai bencana alam yang menimpa kat merata-merata tempat, isu Palestin yang tidak sudah-sudah dan banyak lagi musibah yang berlaku akhir-akhir ini.
Kita juga seringkali ditimpa musibah,walaupun ianya bukanlah musibah sehebat gempa bumi dan seumpamanya,namun setiap kesusahan yang menimpa kita juga dinamakan musibah,dan setiap musibah menuntut kesabaran bagi orang yang menghadapinya. Persoalannya,apakah kita sabar dan redha melaluinya???. Kalau musibah itu kena pada orang lain, dengan mudah kita akan katakan ia sebagai bala dari Tuhan. Kalau musibah itu kena pada kita sendiri, mulalah kita menyalahkan takdir. “Mengapa aku yang kena?” “Aku dah berusaha kenapa aku masih gagal?” “Aku dah banyak doa, solat. Kenapa aku yang dapat musibah?” Soalan-soalan yang tidak munasabah mula terpacul di mulut, paling tidak pun berlegar-legar dalam fikiran, sebagai tanda tidak puas hati terhadap kesudahan yang menimpa dirinya. Seolah-olah dia berhak mempersoalkan keputusan Allah yang menentukan qada’ dan qadar. Seolah-olah dia layak menentukan kesudahan mana yang dia suka..
Kita mesti menerima hakikat bahawa hidup kita merupakan ujian. Susah senang yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. ia mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan pasti membosankan. Kesusahan yang berterusan pasti mengecewakan. Lumrah kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, berjaya dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita (sebagai hamba Allah) hanyalah menjalankan apa yang disuruhNya bukan menentukan kesudahan sesuatu perkara. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata. Dan sesungguhnya Allah Maha Adil. Teringat ana sebuah drama melayu yang memaparkan kesusahan yang dihadapi oleh seorang suami,namun dia sabar menghadapinya dan sering berkata”…hanya insan-insan terpilih sahaja yang diuji oleh Allah dengan musibah…”’
Sikap kita sebagai orang yang beriman hendaklah sepertimana yang diucapkan oleh Rasulullah saw.
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan ra berkata, Rasulullah saw bersabda: ”Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman di mana bila mendapatkan kesenangan ia bersyukur maka yang demikian itu sangat baik baginya, dan bila ia tertimpa kesusahan ia sabar maka yang demikian itu sangat baik baginya”.
(Riwayat Muslim)
Hendaklah kita menerima segala apa yang berlaku di dunia ini dengan keredhaan yang mutlak kepada Allah. Syukur dan sabar adalah respon kita yang paling baik untuk setiap perkara, senang atau susah. Syukur kerana pasti ada rahmat disebalik kesusahan yang menimpa, sabar kerana itulah tanda orang yang beriman.
Abdullah ibn Umar ra apabila ditimpa musibah akan mengucapkan alhamdulillah dan redha kerana:
  • musibah yang datang bukan urusannya
  • tahu musibah yang lebih besar boleh terjadi
  • Allah akan kasih padanya
  • Allah akan beri pahala
Antara rahmat Allah yang akan kita dapati apabila ditimpa musibah ialah sebagai penghapus dosa, menambah pahala dan pencetus hidayah. Semua ini boleh kita dapati hanya apabila kita syukur dan sabar. Apabila kita bersikap sebaliknya, yang kita dapati juga adalah sebaliknya. Ia akan menambah dosa kita, mengurangkan pahala dan kita akan semakin jauh dari hidayah Allah. Na’uzibillah, moga dijauhkan.
sumber: http://razzy.com

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum