Mari kita Berkawan

January 3, 2015

Banyak Manakah al-Qur’an Perlu Di baca?‎

Al-Quran terdiri dari himpunan ayat-ayat yang terkandung di dalam 114 surah. Ayat-ayat di dalam surah-surah ‎tersebut, semuanya adalah wahyu dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, diturunkan selama 23 tahun. Setiap surah ‎berbeda panjang pendeknya, memiliki ciri-ciri tersendiri, dan kronologi peristiwa yang berbeda. Kebanyakan surah-‎surah mempunyai satu nama, namun ada yang lebih dari satu nama.‎

Tidak ada garis panduan yang muktamad tentang berapa banyak al-Qur’an perlu di baca. Ianya bergantung pada ‎azam dan niat seseorang. Juga pada situasi kehidupan yang dijalani individu. Membaca untuk tujuan ‎bertafakur, memikir dan mendalami pemahaman, maka al-Qur’an di baca dalamasa yang lebih panjang. Iman al-‎Ghazali pernah mendengar seseorang berkata “aku selesai membaca al-Quran kadangkala pada setiap hari ‎Jumaat, kadangkala setiap bulan, kadangkala setiap tahun.” Dan pernah juga beliau terdengar dari seseorang, “aku telah cuba ‎mengkhatam pembacaan al-Quran sejak 30 tahun yang berlalu, namun masih belum mampu.” (Ihya ‎Ulumuddin)

Jarak masa mengkhatam pembacaan al Qur’an di kalangan para sahabat dan para pengikut juga berbeda antara satu dengan yang ‎lain. Ada yang khatam dalamasa 30 hari, ada dalamasa 10 hari, ada pula ‎dalamasa 7 hari, bahkan ada dalamasa sehari. ‎

Bagi memudahkan pembacaan seseorang sehingga khatam, maka pembacaan al-Qur’an boleh dilakukan ‎mengikut Juz’/Ajiza untuk jangkamasa 30 hari, atau mengikut Manazil untuk jangkamasa 7 hari khatam.‎
Pembacaan al-Quran mengikut 30 Juz’/Ajiza. Al-Qur’an dibahagikan kepada 30 bahagian yang saksama, ‎disebut juz' (lebih dari satu: ajiza). Juz’-juz'  ini tidak tertakluk kepada surah; kerapkali sesuatu juz’ terhenti di ‎tengah atau mana-mana bahagian ayat di dalam sesuatu surah. Peng- juz’-an dilakukan untuk memudahkan ‎skala pembacaan dalam masa 30 hari, pembacaan menjadi seimbang dan saksama setiap hari sehingga khatam ‎dalamasa 30 hari. ‎ 

Peng-juz’-an ini penting terutama pada bulan Ramadhan, bilamana setiap umat islam dianjurkan membaca ‎al-Qur’an sehingga khatam dalam bulan tersebut.

*Sila lihat ‎senarai  pada Rajah sebelah; 30 Juz’/Ajiza al-Qur’an, serta tempat berhenti pada ayat dalam sesuatu surah.


Pembacaan al-Quran mengikut 7 Manazil/Hizb. Dari 114 surah-surah al-Qur’an tersebut, dibahagikan juga ‎kepada 7 Manazil (satu, disebut manzil). Kekadang manazil juga di sebut Hizb. Pembahagian 7 manazil ini agak ‎seimbang dan saksama. Tujuannya sama, iaitu bagi memudahkan pembacaan sehingga khatam al-Quran ‎dalamasa 7 hari. ‎

Di kalangan para sahabat, mereka membaca al-Qur’an mengikut 7 Manazil. Namun, masih terdapat perbedaan pada ‎manazil mereka. Umpamannya, Saiyyidina Othman r.a. selalu membaca; bermula (1) Malam Sabtu - dari Surah ‎al-Baqarah hingga al-Maidah, (2) Malam Ahad – dari Surah al An’am hingga Surah Hud, (3) Malam Isnin – dari ‎Surah Yusuf hingga Surah Maryam, (4) Malam Selasa – dari Surah Tho-ha hingga Surah Tho–Sin-Meem, (5) ‎Malam Rabu – dari Surah al-Ankabut hingga Surah Shood, (6) Malam Khamis - dari Surah az-Zumar hingga ar-‎Rohman, (7) Malam Jumaat – dari Surah al-Waqiah hingga tamat al-Qur’an. ‎

Ibn Mas’ud pula, 7 manazilnya tidak seperti manazil Saiyyidina Othman r.a - yakni: (1) ‎‎3 Surah Pertama (al Fatihah tidak di kira), (2) 5 Surah berikutnya, (3) 7 Surah berikutnya, (4) 9 Surah berikutnya, ‎‎(5) 11 Surah berikutnya, (6) 13 Surah berikutnya, dan (7) 65 Surah berikutnya (dikenali sebagai Surah-Surah al-‎Mufassal) bermula dari Surah Qaf hingga tamat al-Qur’an. ‎

Justru, setiap umat islam disyorkan membaca al-Qur’an, tanpa tergesa-gesa, sambil merenung memikir dan mendalami pemahaman, sekali dalamasa 30 hari. Dengan demikian, dapat menambah iman dan memperoleh manfa'at dunia mahu pun akhirat. Sekiranya mampu, bacalah dalamasa yang lebih singkat, atau sekali dalam 7 hari. ‎Mengurangi dari 7 hari, meskipun tidak bersalahan, tidak digalakkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah ‎SAW bersabda kepada Abdullah ibn Amr r.a. ibn Al-Aas: “sempurnakan bacaan al-Qur’an kamu meskipun sekali dalam ‎setiap bulan.” Abdullah berkata, “sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu, ya Rasulullah!” Maka ‎jawab Rasulullah, “kalau begitu sempurnakan bacaan sekali dalamasa 20 malam.” Lalu Abdullah berkata lagi, ‎‎“sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu.” Lalu Rasulullah bersabda, “jika demikian, sempurnakan ‎bacaan dalamasa 7 malam dan tetap sekadar itu.” (Sahih Muslim) ‎

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-‎Quran kurang daripada 3 hari.” (Imam Abu Daud, Tirmidhi)‎

Bacalah al-Qur’an, meskipun 1 hari 1 huruf !!!  kerana dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda, ”Barang ‎siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai ‎pahala berlipat 10 kali ganda. Saya tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, ‎dan Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)‎

Bacalah al-Qur’an pada setiap hari !!!  bagi setiap umat islam yang tahu membaca, lelaki mahu pun perempuan, juga ‎kanak-kanak, berkumpulan atau bersendirian. Bagi yang masih belum tahu membaca, dewasa atau kanak-kanak, belajarlah ‎membaca!!!‎

La haulawala quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘adhiim!!! ‎ 

Teknik Bertengkar secara positif

Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Tips Menghargai Pasangan

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt ‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’

5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills . Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

kiriman: “Noraini Zakaria”

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 (Selasa), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminahtelah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.
 
Dengan bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor; YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri; YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman;YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M, dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.
 
Majlis sambutan itu turut disertai lebih 13,500 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Terlebih dahulu, para peserta kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul, yang bermula dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya dan turut diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.
 
Pada majlis itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima anugerah yang terbahagi kepada dua kategori. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1435H/2014M ialah YBhg. Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah  RM50,000, sijil dan plak serta hadiah iringan Mashaf al-Quran dan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.
 
Manakala penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW pula ialah YBhg.Tan Sri Abdul Kader Talip, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Faiza bin Haji Thamby Chik, Felo Kehormat Universiti Sains Islam Malaysia, YBhg. Datuk Wira Hj.Hamza bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Datin Rosmiyati binti Haron, Mantan Pengarah Bahagian Latihan Jakim, YBhg. Encik Azimi Kassim @ Pak Ngah, Juruhebah Radio Salam fm dan  Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, Pelajar Malaysia di Turki dan Sukarelawan Malaysia. Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, sijil dan plak serta hadiah iringan mashaf al-Quran dan  set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.
 
Majlis sambutan ini diakhiri dengan ceramah khas yang disampaikan oleh pendakwah bebas, YBhg. Ustaz Mohammad Kazim bin Elias.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum