Mari kita Berkawan

October 22, 2010

Isteri mengadu pedih ketika bersetubuh


ISTERI saya baru melahirkan anak pertama yang kini berusia dua bulan lebih. Masalahnya, sejak melahirkan anak, faraj isteri saya terus kering yang menyukarkan hubungan kami kerana dia berasa sangat pedih meskipun menggunakan krim.
Dia tidak mengalami keputihan dan kadangkala farajnya berbau. Untuk pengetahuan doktor, isteri saya bersalin secara pembedahan manakala kesan pembedahan itu ada kalanya bernanah dan sedikit berdarah. Harap doktor dapat membantu.
SHAM
Port Dickson, Negeri Sembilan
BAGI wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.
Anda tidak menyatakan mengapa isteri anda terpaksa bersalin secara pembedahan. Kadangkala, trauma pengalaman proses bersalin, lebih-lebih lagi sekiranya bermasalah, sedikit-sebanyak mempengaruhi emosi seseorang ibu untuk hamil lagi (kerana belum bersedia untuk menempuh trauma bersalin seperti dulu).
Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada berwarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk peradangan pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet). Kepedihan atau kesakitan ini akan turut memberi kesan tambahan kepada mood dirinya dan tiada cecair pelincir yang dihasilkan oleh kelenjar Bartholinnya.
Anda boleh membawa isteri mendapatkan pemeriksaan doktor lebih-lebih lagi luka pada kulitnya masih mengeluarkan nanah atau darah walaupun setelah lebih dua bulan bersalin. Bagaimanapun, jangkitan pada parut kulit tidak semestinya bermakna rahimnya turut mengalami jangkitan sehingga membabitkan bau dari faraj. Pada masa sama, isteri harus belajar “melupakan” trauma bersalin lalu. Kebimbangannya terhadap kemungkinan hamil lagi dalam masa terdekat boleh dibuang sekiranya dia menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang berkesan. Tambahan pula, bagi wanita yang baru saja menjalani pembedahan Caesarean, dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan bagi satu tempoh seperti yang diberitahu oleh doktor masing-masing. Kebanyakan doktor menyarankan jarak satu setengah sehingga dua tahun.

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum