Mari kita Berkawan

October 13, 2010

Punca mata rosak

PERNAHKAH anda mengalami masalah penglihatan tengah yang kabur? Tidak cukup dengan itu, garisan yang lurus pula kelihatan bengkang-bengkok dan tidak lama selepas itu, anda mula menyedari anda cuma bergantung kepada penglihatan sisi.

Anda mungkin menyangka ia petanda mata sudah tua dan memerlukan kaca mata baru. Namun, berita lebih buruk, simptom itu adalah gejala makular iaitu kerosakan mata akibat penuaan (AMD). Biarpun ia tidak menyerang semua orang, apa yang lebih menakutkan masalah AMD ini tiada penawarnya.

Ada dua faktor yang menyebabkan AMD iaitu faktor yang boleh dikawal dan faktor yang tidak boleh dikawal. Faktor yang tidak boleh dikawal adalah genetik dan peningkatan usia manakala faktor yang boleh dikawal membabitkan tabiat merokok, pengambilan diet tidak seimbang selain masalah obesiti dan tidak bersenam.

Merokok memang sangat kerap dikaitkan dengan pelbagai komplikasi kesihatan. Kajian mendapati golongan perokok mempunyai risiko diserang AMD sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Malah kes AMD dikesan antara dua hingga tiga kali ganda lebih banyak di kalangan perokok. Ringkasnya, lebih banyak merokok maka lebih besar risiko diserang AMD.

Pakar Bedah Mata, Dr Ahmad Fauzi Md Sharif, berkata secara umumnya AMD adalah penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Ia memusnahkan pandangan tengah mata dan menyebabkan pandangan anda tidak setajam dulu. Pandangan tengah mata diperlukan bagi membolehkan kita melihat objek dengan jelas. Antara tugas harian yang memerlukan penglihatan tengah mata adalah membaca dan memandu.

Bagaimanapun, kebanyakan orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan AMD. Ini kerana AMD tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Malah dalam sesetengah kes ia terjadi perlahan-lahan sehinggakan anda merasakan AMD itu sebahagian daripada perkara wajib apabila usia meningkat tua.
Namun, menurut bekas pensyarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada juga kes AMD berlaku dengan cepat dan menyebabkan penglihatan tengah kedua-dua belah mata terjejas.

“AMD lazimnya berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Walaupun ia bukanlah faktor yang boleh menyebabkan buta sepenuhnya tetapi ia menjejaskan kualiti kehidupan.

“Satu ketika dulu, AMD dianggap penyakit orang barat tetapi kajian terbaru yang dikeluarkan Mei lalu mendedahkan orang Asia juga cenderung diserang AMD.

“Kajian di lima negara Asia iaitu Jepun, China, Korea Selatan, India dan Singapura mengesahkan kekerapan orang Asia berhadapan dengan peringkat awal AMD ialah 6.8 peratus manakala AMD tahap akhir pula 0.56 peratus berbanding 8.8 peratus dan 0.59 peratus di barat. Kebanyakan mereka yang diserang AMD berusia antara 40 hingga 79 tahun,” katanya.

Ketua Pusat Penyelidikan Mata PPUM, Prof Madya Dr Fong Choong Sian, pula berkata, makular itu merujuk bahagian di tengah retina dan ia sejenis tisu yang sensitif pada cahaya dan terletak di belakang mata. Umumnya retina dengan pantas menukarkan cahaya atau imej kepada ‘impulse’ atau isyarat elektrik. Retina kemudian menghantar isyarat saraf itu ke otak.

Bagi kes AMD, sel yang rapuh itu rosak atau tidak lagi berfungsi. Ada dua jenis AMD yang dirujuk sebagai AMD Basah dan AMD Kering. AMD Basah terjadi apabila salur darah baru tumbuh di belakang retina dan disebabkan sifatnya yang rapuh, ia mudah berdarah atau tercalar yang menyebabkan penglihatan terjejas.

AMD Basah terjadi dengan cepat dan ada kalanya sebagai tidak balas pada rawatan peringkat awal. Dalam keseluruhan pesakit AMD, hanya 10 peratus saja yang dikesan dengan masalah ini.

Jelas Prof Fong, AMD Kering merujuk keadaan yang biasa dikesan di kalangan pesakit AMD. Ia berlaku perlahan-lahan hingga akhirnya pesakit hilang penglihatan tengah.

“Kebanyakan orang mula mendapatkan rawatan selepas penglihatan tengahnya kabur, apabila melihat sesuatu yang berwarna ia kelihatan kelabu atau luntur. Namun dalam kedua-dua jenis AMD ini ia boleh menjejaskan kedua-dua belah mata walaupun awalnya ia dikesan pada sebelah mata saja,” katanya.

Di Asia katanya, kebanyakan pesakit yang dikesan dengan AMD adalah mereka yang berhadapan dengan AMD Kering. Jelasnya lagi, AMD boleh diklasifikasikan pada tahap awal, pertengahan, tahap lanjutan non-neovaskular dan tahap lanjutan neovaskular.

“Bagi AMD peringkat awal, proses pesakit hilang penglihatan selalunya bermula agak perlahan dan tiada simptom. Namun ada juga kes AMD awal yang mempunyai gejala seperti penglihatan kabur, gagal menyesuaikan penglihatan dari tempat gelap ke tempat terang dan memerlukan cahaya lebih terang untuk membaca tulisan kecil,” katanya.

FAKTA: Tahap-tahap AMD

# AMD awal - dicirikan dengan kehadiran sedikit lebihan putih atau kuning (drusen) pada membran mata atau pigmentasi pada retina.

# AMD pertengahan - dicirikan dengan sekurang-kurangnya gumpalan putih atau kuning yang besar dan pelbagai saiz.
iii) AMD peringkat lanjutan bukan neovaskular (pembuluh darah liar) dan neovaskular. Bukan neovaskular membabitkan kes-kes AMD yang kering manakala neovaskular membabitkan AMD basah.

# AMD tahap lanjutan neovaskular dicirikan dengan lebihan kuning atau putih di tengah makular.

Faktor risiko yang tidak boleh dikawal
# Genetik
# Umur

Faktor boleh dikawal
# Merokok
# Nutrisi, diet yang tinggi kolesterol dan lemak boleh menyebabkan lebih plak lemak berada dalam salur makular yang menjejaskan aliran darah dan meningkatkan risiko AMD
# Hipertensi atau tekanan darah tinggi
# Obesiti dan tidak bersenam
# Pendedahan pada cahaya matahari

Rawatan

# Pembedahan laser - Selalunya digunakan bagi memusnahkan salur darah yang rapuh dan bocor. Namun hanya sebilangan kecil saja pesakit AMD Basah dirawat dengan prosedur ini. Ada laporan menyebut risiko salur darah baru tumbuh selepas rawatan ini agak tinggi dan memerlukan rawatan ulangan.

# Terapi photodinamik - Terapi jenis suntikan ini digunakan bagi ‘melekat’ di permukaan salur darah baru sebelum mata anda didedahkan pada sinaran bagi mengaktifkan ubat berkenaan. Prosedur ini tidak menjejaskan tisu yang sihat. Ia juga memperlahankan kadar kehilangan penglihatan anda. Namun ia tidak boleh mengembalikan semula pandangan yang sudah musnah disebabkan AMD peringkat lanjutan.

# Suntikan - Ia membabitkan pesakit AMD Basah dan bertindak menyekat penumbuhan salur darah baru yang ganjil.

Teknik Penyusuan bayi yang betul

Kes kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar daripada mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba. Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:

* Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.

* Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.

* Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.

* Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.

* Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.

* Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.

* Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.

* Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.

* Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.

* Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.

* Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Air zat wanita, air mani dan hormon - perlu tahu!

Lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.
Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa p rose s hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.

Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.
Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih
mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks
tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang
pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering.
Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan
mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih
baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada
pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan
sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih
berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu
selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk
memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus
berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik
sahaja bercerai.

Adajuga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat
dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat.

Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan
berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira.

Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Khasiat Air Mani

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.
Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.
Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kita sambung lagi.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

10 sifat calon suami yang baik

10 sifat suami yang baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum