cover buku godaan syaitan
Dalam satu riwayat diberitakan bahawa apabila tiba waktu solat, maka Iblis laknatullah akan memerintahkan tentera-tenteranya untuk mendatangi manusia dan membuat mereka sibuk agar tidak mengerjakan solat. Lalu dibuatnya dengan berbagai kesibukan, sehingga orang tersebut tidak mengerjakan solat sebagaimana waktu semestinya.Kalau cara yang demikian itu tidak berhasil, maka syaitan berusaha supaya rukuknya, sujudnya, bacaannya dan tasbihnya tidak dilakukan dengan sempurna. Lalu jika itu tidak berhasil maka syaitan berusaha untuk membuat hati seseorang itu sibuk memikirkan perkara-perkara yang berkenaan dengan dunia. Jika itu juga tidak berhasil, maka pergilah syaitan dengan perasaan hampa.
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu mempunyai seruan, dan malaikat juga mempunyai seruan. Adapun seruan syaitan ialah agar mengulangi kejahatan dan mendustakan kebenaran. Sedangkan seruan malaikat ialah agar mengulangi kebaikan dan membenarkan kebenaran maka barangsiapa yang mendapatkan yang ini, ketahuilah bahawa itu adalah dari Allah, maka hendaklah ia memuji kepada Allah SWT, dan barangsiapa yang mendapatkan yang lain maka hendaklah dia berlindung dari syaitan yang terkutuk."
No comments:
Post a Comment