Mari kita Berkawan

July 26, 2012

KASIH ABADI..NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOO

KASIH ABADI..NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD.

Ku hayati kisahmu ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..
Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya..
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan nasib umatmu..
Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU..
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI..
Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya..

Cinta Selepas Kahwin

 
CINTA ITU INDAH.... ANDAI BERTEMANKAN IMAN..

CINTA ITU MUSNAH..ANDAI BERTEMANKAN NAFSU..
CINTA ITU INDAH..... ANDAI SYARIAT DIPATUHI..
CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI BATASAN DILANGGARI..
CINTA ITU INDAH..... ANDAI IBU BAPA MERESTUI..
CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI RESTU DIPINGGIRI..
CINTA ITU INDAH...ANDAI DIPELIHARA HINGGA KE SYURGA..
CINTA ITU MUSNAH...ANDAI TERSUNGKUR DI DLM NERAKA..

Hayatilah madahku

Assalamualaikum sahabatku sekalian..



Hayatilah madahku ini buat renungan bersama,


Andai ada cinta,janganlah ada benci.
Andai ada benci,segeralah memaafi.
Andai ada cinta,janganlah mengkhianati.
Andai ada khianat,segeralah insafi.
Andai ada cinta,janganlah mendustai.
Andai ada dusta,segeralah berhenti.
Andai ada cinta,belajarlah untuk syukuri..
Andai tidak disyukuri,bimbang cinta tiada lagi..

Petua mengelakkan tekanan dalam keluarga

Assalamualaikum,semoga sihat semuanya.


Petua mengelakkan tekanan dalam keluarga.
1.Berfikiran positif
2.Elakkan keluhan
3.Jangan fikir apa yg orang lain kata.
4.Hidup sederhana.
5.Mencari ketenangan.
6.Redha dgn apa yg ada.
7.Jangan pendam perasaan.
8.Bina hubungan yg dgn baik dgn ibubapa dan mertua.
9.Buat bajet bulanan.
10.Jangan selalu tukar kerja
11.Selalu berdoa.
12.Tunaikan semua suruhan agama & tinggalkan apa yg dilarang 


Insyallah,sama sama kita amalkan ye....Amiin. 

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum