
Kalian punyai masalah? Sama juga dengan ana. Dan semua orang juga memiliki masalah. Masalah adalah sebahagian dari hidup kita. Yang tidak memiliki masalah hanyalah orang yang sudah menikmati kenikmatan Jannah di akhirat kelak, semoga kita menjadi salah seorang yang bertuah itu, insya`allah. Selagi kita hidup, masalah adalah bahagian dari hidup kita, kita tidak akan terlepas dari masalah.
Tentu sahaja, bukan bererti kita harus membiarkan masalah. Masalah yang ada harus kita selesaikan kerana jika tidak masalah baru akan datang dan akan menggunungkan masalah yang sudah ada. Semakin bertambah masalah kita, akan semakin besar bebanan hidup kita. Dan, satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ialah dengan menghadapinya. Masalah tidak akan selesai dengan menghindarinya. Jika kita menghindari masalah, sesungguhnya masalah itu akan terus mengekori..
Dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Cracking The Millionaire Code’, karangan Mark Victor Hansen (penulis Chicken Soup for the Shoul), dan Robert G. Allen (penulis Creating Wealth) dikatakan bahawa masalah kita bernilai jutaan. Jadi semakin banyak masalah yang dimiliki, sebenarnya semakin kayalah kita. Tentu saja kekayaan ini kita miliki jika kita mampu menangani semua masalah itu.
Ada dua cara untuk mendapatkan manfaat dari masalah. JOM bersama kita pergunakan, insya`allah.
1. Ambil hikmahnya. Selalu ada hikmah di sebalik masalah. Semakin banyak masalah semakin banyak hikmah yang akan dapat. Betulkah ianya bernilai jutaan? Kita mungkin boleh mengeluarkan wang ratusan atau ribuan untuk mendapatkan pelajaran dari orang lain. Begitu juga, sebenarnya setiap hikmah yang kita dapatkan memiliki nilai yang sama. Cuba kumpulkan semua hikmah yang kita miliki dan hargai setiap hikmah kemudian kirakanlah berapa jumlah nilai yang didapatkan. Kita boleh mendapatkan pelajaran bernilai jutaan dengan mengambil hikmah dari masalah kita sendiri.
2. Manfaat di atas boleh di hitung dengan rawak. Kita akan mendapatkan nilai real (jutaan) dari hikmah kita dengan menjualnya. Anda bisa menulis buku, mengajar, mengadakan seminar, dan berkongsikan dengan sesiapa.
Terpulanglah dengan cara bagaimana yang mahu kita lakukan untuk memanfaatkan masalah. Yang jelas masalah kita ada nilainya. Hadapi masalah, jangan menghindarinya, kerana masalah adalah bahagian dari hidup kita dan memberikan manfaat yang besar bagi kehidupan kita. Jika manfaat masalah kita tidak dinilai dengan wang, maka kita akan semakin kuat dan mampu mengatasi semua masalah yang datang dalam hidup dengan cara berhemat dan rasional.
Insya`allah.. Moga ada manfaatnya buat diri dan sekalian yang sedang mendepani masalah. Sungguh ada sesuatu yang mendorong ana mengukirkan mengenai ini. Insya`allah berpeluang ana akan kongsiakn kisah tersebut.