Mari kita Berkawan

March 22, 2010

Ingatkan mati

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah manusia iaitu dalam masa 24jam sebanyak 70 kali,andai manusia sedar hakikat tersebut,nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati.Tetapi oleh kerana malaikat maut makhluk ghaib,manusia tidak lihat kehadirannya,sebab itu,manusia tidak menyedari aa yg dilakukan oleh Izrail.

Jadi,tidak hairan masih ramai mampu bergelak ketawa bersuka ria, seseolah dia tidak ada masaalah utk difikir dan direnungkan dakam hidupnya.Dia adalah seorg miskan dlm amal kebajikan, tidak memilik sebarang bekalan utk akhirat malah banyak melakukan dosa.
sebuah hadis nabi SAW yg diriwayatkan oleh Abdullah B Abbas, "bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia dimuka bumiini sebanyak 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorg,didapati org itu sedang bergelak ketawa, maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat org ini,sedangkan aku diutus utk mencabut nyawanya,sedangkan ia masih berseronok-seronok bergelak ketawa".

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malailat maut, kecuali org2 yg soleh yg sentiasa mngingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar akan kehadiran malaikat maut, kerna mereka sentias meneliti hadis nabi
SAW yg menjelaskan tntg perkara2 ghaib,terutama menganai hal ehwal kematian dan hugungannya dgn malaikat maut.Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yg nyata, tidak mgkin melihat kehadiran malaikat maut itu, namun pandangan mata hati itu dpt merasai kehadiran malaikat maut itu dgn pandangan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahwa setiap menusia yg hidup itu pasti akan mati, tetapi meeka menilai kematian itu dgn pelbagai tanggapan. Ada yg menganggap kematian itu sbgai tabiie/kebiasaan sebagaimana pendpt org athies , tidak kurg pula org mngaitkan dgn sbb2 zahir shj. DIa mngmbil logik bhwa bnyak kematian disbbkan oleh suatu tragedi. Seperti akibat peperangan, akibat bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kemalangan samaada diudara dilaut dan didarat termasuk kemalngan jln raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yg meberhaya seperti penyakit jantung, barah, AIDS, denggi, taun dan sebagainya . Disebabkan manusia melihat kematian dari sebab-musabab yg lumrah,maka manusia sering mngaitkan dgn kejadian2 diatas.Jika berlaku kematian dikalngan mereka,lantas bertanya,"sebab apa sipolan itu mati,sakit atau kemalangan?".Tidak ramai yg mengaitkan kematian itu dgn kahadiram malaikat maut,sedangkn malaikat maut sentiasa berlegar disekeling manusia bagi mngenal pasti dan memerhati org2 yang tempoh hayat nya sudah hampir.

sesungguhnya malaikat maut menjlnkan perintah Allah SWT dgn tepat dan sempurna,dia tidak diutus hanya mencabut roh org yg sakit shj ataupun org yg mendpt malapetaka dan kecelakaan.Jika Allah menetpkan kematian seseorg ketika berlaku kemalngan atau ketika sakit tenat.Izrail mencabut roh org itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mngenal org, siaht atau pun mewah.Malaikat maut dtg tepat pada waktunya tanpa mngira org itu sdg ketawa riang atau mngerang kesakitan,Bila ajal sudah tiba, kematian tidak tertangguh walau pun sesaat.

Ada ketikanya Allah SWT jadikan pelbagai sbb bagi sesuatu kematian,sakit tenat yg ditanggung berbulan2 oleh seseorg, akan menjadi rahmat bagi org yg beriman dan sabar kerana Allah memberi peluang dan mnyedarkan manusia agar dia mngingati mati,utk itu dia mnggunakan masa atau usia yg ada utk berbuat sesuatu,memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki amalanserta menambah bekalan utk akhirat supaya tidak menjadi org yg muflis di akhirat kelak.

Dikalanganorg2 soleh,sakityg ditimpakanketas dirinya adalah tanda bahawa Allah menyanyanginya.Betapa malangnya org2 yg soleh itu jika Allah SWT mngmbil ronya tanoa sebarang amaran.Seolah2 Allah SWT sdg murka terhadap dirinya,sbb itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.Keadaan org itu ibarat org yg tidak mnyedari adanya bahayadihadapannya,jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus keedalam lembah bahaya itu.

Selain itu Allah menjadikan sbb2 kematian itu bagi memenuhi janjiNYa kepada malaikat maut, sebagaimana yg diriwayatkan oleh saidina Abbas r.a dlm sebuah hadis Nabi yg panjang.Antara lain menjelaskan bahwa Izrail merasa sedih apabila dibebankan dgn tugas mencabut roh2 makhluk bernyawa kerana diantara makhluk itu termasuk manusia
yg terdiri dari para nabi2 para wali2 dan org2 yg soleh.

selain itu malaikat maut menhadu kepada tuhan,betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam.DIa mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia yg akan mnyebabkan org akan berdukacita,kerana kehilangan sanak saudara dan org tersyg dikalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa AllahSWT berjanji akan menjadikan perbagai sbb kematianyg akan dilaluioleh keturunan Adam sehingga mereka memikirkan dan mngaitkan kematian itu dgn sbb2 yg dialami.Apabila berlaku kematian,mereka akan berkata,si anu itu mati kerana mngidap sakit,atau kerana mendpt kemalangan. Mereka lupa mengaitkan malaikat maut dgn
keatian yg berlaku itu.

Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mngaitkan kematian dgn kehadiranya yg sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka ata sakit tenat yg seseorg itu bertepatan dgn ajal mereka yg smmangnya telah tiba.

Hakikatnya,ajal adalah ketetapan Allah yg telah termaktub sejal azali lagi.Semuanya telah nyata dlm takdir Allah,kematian pasti tiba pada saat yg telah ditetapkan.Izrail hanya tentera Allah yg menjlnkan tugas seperti yg telah diamanahkan kepadanya.Walau bagaimanapun,menjadi hak Allah utk menentukan kematian seseorg itu samada bersbb atau tidak, sebagaimana yg tlh dinyatakan pada awak tulisan ini,ketika malaikat maut dtg hendak mencabut roh, tetapi manusia yg dikunjungi sdg seronok bergelak ketawa hingga malaikat berasa hairan terhdp manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mngenal,sama ada seseorg yg sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.

Firman Allah SWT didalam surah AL-A'raaf ayat34 yg bermaksud; "Tiap-tiap umat mempunyai ajal,maka apabila telah dtg ajalnya mereka tidak dpt mengurdurkannya barang
sesaatpun dan tidak dpt(pula) mempercepatkannya"----Benarlah firman Allah subhanawata'alaa itu!.

Kehebatan Al Quran

"FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)

Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.


Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.

Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

“Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam.

“Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)

Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah:

“Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ketika baginda didatangi Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.

Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.

Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)

Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.

Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam.

Pada Ramadan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadan.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia. Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.

Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat. Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.

Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.

Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain.

Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.

Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.

Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah.

Makna mengingati ALLAH

PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191 hingga 195 surah Ali-Imran).

Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.


Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa?

Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:

# Untuk mencari matlamat Allah;

# Dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan

# Meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.

Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?

Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi.

Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan Allah bukan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya ‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka.

Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.

Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita sudah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah?

Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan.

Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kita sedar kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan.

Cuba kita fikirkan mengenai kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita berasa malu dan terhina.

Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina. Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi.

Jadi satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah dalam pengertian sebenarnya?

Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia.

Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.

Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (ketika wahyu diturunkan).

Ini kerana sungai satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang.

Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu. Malah Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Itulah nikmat dan kejayaan sebenar.

Apakah yang perlu kita fikirkan? Sebenarnya perkara yang disebutkan di dalam ayat di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan. Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud: “Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:

# Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.

# Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya.

# Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah.

# Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.

Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas ataupun kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja? Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat.

Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Rugilah dan malanglah kita.

Sifat Amanah

ANTARA sifat terpuji ialah amanah dan ia satu daripada sifat Nabi s.a.w. Orang yang bersifat amanah akan disanjungi, dipuji, dihormati, disegani dan didekati, malah menjadi tempat mendapatkan kepercayaan dalam segala urusan.

Ia sifat yang sangat dituntut ke atas setiap manusia kerana dengan amanah kehidupan mempunyai sistem dan disiplin, hak keluarga seperti anak, isteri dan ibu bapa terbela, bahkan menjamin kerukunan masyarakat dan kestabilan negara.


Berbeza dengan sifat sebaliknya iaitu khianat, yang amat bertentangan dengan amanah. Sekiranya orang yang bersifat amanah dikasihi, orang khianat pula akan dibenci, dicaci dan dihindari kerana khianat membawa kerosakan.

Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya yang berhak. Pengertian ini memungkinkan daerahnya yang luas, meliputi semua hubungan. Mematuhi adalah iman dan menghayatinya dengan segala yang diperlukan supaya semakin subur dan tetap subur adalah amanah.

Ikhlas dalam ibadat kerana Allah amanah, melakukan ihsan kepada orang perseorangan atau masyarakat adalah amanah, memberikan hak kepada yang berhak juga amanah.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya...” (al-Ahzab: 72)

Orang yang tiada sifat amanah atau hilang amanahnya akan mengakibatkan kerugian, kejahatan dan kemusnahan.

Bagi individu yang tiada amanah, dirinya tidak akan berdisiplin, malah hidupnya tiada hala tuju, hanya mengikut kata hati dan bertindak sesedap rasa, menunggu peluang khianat pada diri sendiri, sehingga kerap kelam-kabut dan akhirnya gundah-gulana.

Justeru, Islam memerintahkan umatnya menghiaskan diri dengan sifat amanah dan sentiasa mengamalkannya pada setiap masa, kerana ia sifat yang menguntungkan banyak pihak, sama ada pada diri, keluarga, masyarakat atau negara.

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” (an-Nisa':58)

Amanah walaupun ia satu perkataan yang mudah diungkapkan dan dimengertikan banyak pihak, malah pelajar sekolah dapat memahami dan tahu menilainya, tetapi pada hakikatnya ia suatu sifat yang sukar diamalkan dan sukar melekat di dalam diri.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada pelajar yang sewenang-wenangnya melanggar disiplin sekolah, ponteng dan membazir wang diberi untuk membeli rokok - kerana tiada amanah di dalam diri, menjadikan mereka khianat terhadap ibu bapa, walaupun mereka tahu mengenai sifat itu.

Umumnya, tidak ada yang tidak tahu mengenai sifat amanah, cuma dalam mengamalkannya dalam kehidupan seharian tidak sepenuhnya, malah ada yang bersikap acuh tak acuh dan berlagak alim kucing, di depan orang baik, di belakang orang sebaliknya.

Dari Saidina Ali r.a katanya yang bermaksud: “Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w lalu muncul seorang dari keluarga al-Aliyah dan bertanya kepada Rasulullah...wahai Rasulullah beritahulah pada aku, apakah suatu yang paling berat dalam agama dan apakah yang paling ringan?”

Lalu jawab Rasulullah s.a.w: “Yang paling ringan dan mudah ialah mengucapkan dua kalimah syahadah dan yang paling berat wahai saudari al-Aliyah ialah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah, tiada solat baginya dan tiada zakat.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Hadis di atas menjelaskan mengenai nilai sifat amanah di dalam ajaran agama yang sangat beharga, namun ia lebih susah untuk dilakukan berbanding ibadat yang lain.

Imam Muslim meriwayatkan “dari Abi Dharr r.a katanya: Aku bertanya; wahai Rasulullah engkau melantik aku sebagai wakil pemerintah.

Lalu Rasulullah menepuk bahuku, kemudian bersabda; wahai Abu Dharr, sesungguhnya engkau lemah dan tugas itu adalah amanah dan di hari kiamat kelak adalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan apa yang wajib ke atasnya dalam amanah terbabit.”

Pendek kata amanah diperlukan dalam semua perkara, termasuk pemerintahan dan pentadbiran, dengan menghindari pilih kasih dan pengaruh keluarga, supaya natijah kebaikan yang diusahakan akan terhasil, sebagaimana difahami daripada hadis di bawah.

Dari Yazid bin Sufyan; katanya: Saidina Abu Bakar r.a berkata padaku ketika aku diutuskan menjadi penyusun pemerintah di Syam (Syria). Wahai Yazid engkau ada hubungan kekeluargaan yang mungkin akan terpengaruh dengan pemerintahan. Itulah yang aku bimbangkan mengenai dirimu selepas Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang dilantik menjalankan sesuatu urusan umat Islam, lalu ia melantik seseorang kerana pilih kasih, maka laknat Allah ke atasnya. Tidak diterima amalan fardu dan sunatnya sehingga dimasukkan ke neraka.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Menyimpan rahsia juga termasuk daerah amanah, seperti menjaga hak sahabat. Jika hal ini dianggap tidak penting, lalu membuka rahsia orang sehingga boleh memberikan mudarat kepadanya sudah tentu perbuatan itu haram dan tercela.

Amanah menuntut supaya kita merahsiakan sekalipun terpaksa berbohong, kerana berkata benar itu bukannya wajib secara mutlak pada setiap semua keadaan dan tempat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Semua majlis itu amanah melainkan tiga majlis saja; (iaitu) majlis kerana merancang pembunuhan ditegah (dilarang), majlis seks yang dilarang dan majlis perancangan mengambil harta tanpa hak.”

Fadhilat ayat terakhir surah Al - Hasyr

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.


Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.

Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.

Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:

“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”

Sifat sifat kemuliaan

SIFAT benar adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku bersih lagi suci.

Sifat inilah juga menjamin dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, memperkukuhkan ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia seorang ahli ilmu atau politik, hakim atau ahli perniagaan, selama mereka hidup dalam masyarakat yang saling memerlukan satu sama lain.


Pada hakikatnya, ia satu sifat Allah, sebagaimana difahami melalui ayat suci bermaksud: “Dan siapakah (pula) yang lebih benar perkataannya daripada Allah.” (an-Nisa’:87)

Ia juga adalah sifat keistimewaan yang paling jelas dan wajib ke atas nabi dan rasul.

“Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia seorang yang sangat membenarkan lagi seorang nabi.” (Maryam: 41)

Allah menyuruh Mukmin supaya bertakwa kepada-Nya dan bersama orang yang benar dalam jihadnya, keikhlasannya dan pengorbanannya kerana menegakkan kalimah Allah.

Menggabungkan diri bersama orang benar akan menambahkan tenaga keimanan, keyakinan dan hidayah.

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.” (at-Taubah:119)

Sifat benar akan memberikan ketenangan kepada jiwa yang mulia, manakala dusta menjadikan ia resah dan gelisah.

Daripada al-Hasan bin Ali, katanya: Saya hafal sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w (maksudnya): “Tinggalkan apa-apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kesan benar itu adalah kedamaian dan dusta itu keraguan.”

Sifat benar adalah punca kepada setiap sifat kemuliaan, manakala dusta adalah punca kepada segala kejahatan dan kerosakan.

Justeru, jauhilah sifat dusta kerana dusta akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan ke neraka.

Rasulullah s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Empat sifat jika semuanya itu ada pada diri engkau, maka tidak perlu berasa kesal atau putus asas atas ketiadaan nikmat dunia, iaitu memelihara amanah, berakhlak mulia, berkata benar dan terpelihara atau bersih makanannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Umar)

Sifat seorang Mukmin itu ialah benar. Tidak dapat bersatu antara iman dan dusta. Mungkin seorang Mukmin itu ada bersifat pengecut atau bakhil tetapi tidak mungkin ia bersifat dusta kerana Rasulullah s.a.w ditanya:

“Adakah mungkin seorang Mukmin itu penakut?”

Jawab Rasulullah: Mungkin.

“Adakah mungkin ia bakhil?”

Jawabnya: Mungkin.

“Adakah mungkin ia dusta?”

Jawabnya: Tidak.

Sebenarnya tidak ada suatu sifat yang paling dibenci Rasulullah s.a.w lebih daripada sifat dusta.

Sifat benar mempunyai beberapa jenis, antaranya benar pada lidah, benar pada niat dan iradah, benar pada azam serta benar pada janji dan amal.

Imam al-Ghazali ada memberikan penjelasan mengenai perkara ini, seperti berikut:

1. Benar pada lisan atau benar pada kata-kata, iaitu menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati seperti apa yang sebenarnya, contohnya dalam jual beli.

“Kedua-dua orang yang berjual beli bebas untuk memilih selama mereka tidak berpisah. Jika kedua-duanya benar dan menyatakan (yang benar) maka jual belinya diberkati untuk kedua-duanya. Tetapi jika menyembunyikan dan dusta maka dimusnahkan keberkatan jual belinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

2. Benar pada niat dan iradah, ialah bahawa daya penggerak atau pendorong untuk melakukan sesuatu amal kebajikan itu hanyalah Allah. Benar dengan pengertian ini termasuk dalam pengertian ikhlas. Oleh kerana itu, orang tidak ikhlas dalam amal usahanya adalah dusta seperti ditegaskan hadis dan al-Quran.

3. Benar pada azam dan cita-cita, iaitu azam dan cita-cita untuk mengamalkan sesuatu amal kebaikan. Jiwanya sentiasa penuh dengan azam untuk melakukan kebaikan.

4. Benar dalam melaksanakan keazaman. Menurut Imam al-Ghazali, sifat benar ini lebih hebat berbanding tiga perkara di atas.

5. Benar pada amalan, iaitu berusaha bersungguh-sungguh supaya amalan lahir seseorang itu benar-benar menepati dengan yang tersembunyi di dalam dirinya atau matanya.

Seorang yang solat kerana Allah pada lahirnya hendaklah juga kerana Allah pada batinnya.

Ini kerana amalan yang menepati lahir dengan batin adalah amalan suci yang melambangkan ketulusan beribadat kepada Allah.

6. Sifat benar yang paling tinggi dan paling mulia ialah benar pada maqam dalam agama, seperti sifat benar pada takutkan Allah, benar pada pengharapan kepada Allah, pada zuhud, reda dan tawakal.

Usaha untuk mencapai matlamat tadi adalah amat susah tetapi mulia. Tidak ada batas matlamat kepada maqam terbabit sehingga boleh dicapai ke batas kemuncaknya.

Setiap hamba mempunyai bahagiannya mengikut halnya masing-masing, cuma berbeza dari segi lemah atau kuatnya, manakal sampai ke darjat yang kuat dinamakan benar (sidq).

Darjat benar (sidq) tidak ada batas penghujungnya, bahkan mungkin seseorang itu benar pada sesetengah perkara atau maqam, tetapi tidak pada yang lain. Jika seseorang itu benar pada keseluruhan perkara barulah ia berhak menerima gelaran benar (sidq).

Contoh peribadi terpuji dalam Al Quran

BAGI seorang manusia, tiada yang lebih bernilai kecuali keperibadian terpuji. Al-Quran menerangkan banyak peribadi dan ciri mulia yang boleh dicontohi, antaranya:

# Takut hanya kepada Allah.

“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.” (al-Maidah:28)

# Melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (al-Qasas:24)

# Menyembunyikan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf.

“Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134)

# Memberi makan anak yatim yang dalam kelaparan dan kaum kerabat yang miskin.

“Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak yatim dari kaum kerabat. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.” (al-Balad:14-16)

# Suka bersedekah dengan harta yang disukainya kepada orang yang amat memerlukan bantuan.

“Dan seseorang itu suka mendermakan harta bendanya yang dia amat sukai kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang yang miskin.” (al-Baqarah:177)

# Cenderung dan suka kepada perdamaian dan keharmonian.

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya.” (al-Anfal:61)

# Tidak meminta-minta.

“Mereka disangka sebagai orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

# Bersabar dalam menempuh dugaan, baik ketika senang mahupun susah.

“Dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang sabil.” (al-Baqarah: 177)

# Menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

“Maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya.” (al-Baqarah:283)

# Tidak bersifat bakhil dan sanggup membelanjakan harta kepada golongan yang memerlukan.

“Sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (at-Taghabuun: 16)

# Bersederhana dalam semua perkara. Tidak terlalu boros ketika berbelanja dan tidak kedekut.

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (al-Furqaan:67)

Langkah praktik untuk melahirkan anak yang soleh

1. Didik anak-anak kita mengenali Allah.

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita suasana Islami (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan itu ialah selalu membaca al-Quran di rumah, membiasakan solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

Pintu masuk SYAITAN

Hati manusia bagaikan benteng sedangkan syetan adalah musuh yang senantiasa mengintai untuk menguasai benteng tersebut. Kita tidak bisa menjaga benteng kalau tidak melindungi atau menjaga/menutup pintu-pintu masuknya syetan ke dalam hati. Kalau kita ingin memiliki kemampuan untuk menjaga pintu agar tidak diserbu syetan, kita harus mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan syetan sebagai jalan untuk menguasai benteng tsb.

Melindungi hati dari gangguan syetan adalah wajib oleh karena itu mengetahui pintu masuknya syetan itu merupakan syarat untuk melindungi hati kita maka kita diwajibkan untuk mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan jalan untuk menguasi hati manusia.

Pintu tempat masuknya syetan adalah semua sifat kemanusiaan manusia yang tidak baik. Berarti pintu yang akan dimasuki syetan sebenarnya sangat banyak, Namun kita akan membahas pintu-pintu utama yang dijadikan prioritas oleh syetan untuk masuk menguasai manusia. Di antara pintu-pintu besar yang akan dimasuki syetan itu adalah:

1. Marah
Marah adalah kalahnya tentara akal oleh tentara syetan. Bila manusia marah maka syetan bisa mempermainkannya seperti anak-anak mempermainkan kelereng atau bola. Orang marah adalah orang yang sangat lemah di hadapan syetan.

2. Hasad
Manusia bila hasud dan tamak menginginkan sesuatu dari orang lain maka ia akan menjadi buta. Rasulullah bersabda:" Cintamu terhadap sesuatu bisa menjadikanmu buta dan tuli" Mata yang bisa mengenali pintu masuknya syetan akan menjadi buta bila ditutupi oleh sifat hasad dan ketamakan sehingga tidak melihat. Saat itulah syetan mendapatkan kesempatan untuk masuk ke hati manusia sehingga orang itu mengejar untuk menuruti syahwatnya walaupun jahat.

3. Perut kenyang
Rasa kenyang menguatkan syahwat yang menjadi senjata syetan. Dalam satu riwayat disebutkan bahwa Iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya bin Zakariyya a.s. Beliau melihat pada syetan beberapa belenggu dan gantungan pemberat untuk segala sesuatu seraya bertanya. Wahai iblis belenggu dan pemberat apa ini? Syetan menjawab: Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak cucu Adam.Yahya bertanya: Apa hubungannya pemberat ini dengan manusia ?

Syaitan menjawab: Bila kamu kenyang maka aku beri pemberat sehingga engkau enggan untuk sholat dan dzikir. Yahya bertanya lagi: Apa lainnya? Tidak ada! Jawab syetan. Kemudian Nabi Yahya berkata: Demi Allah aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya. Iblis berkata. Demi Allah saya tidak akan memberi nasehat pada orang muslim selamanya.
Kebanyakan makan mengakibatkan munculnya enam hal tercela:
· Menghilangkan rasa takut kepada Allah dari hatinya.
· Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain karena ia mengira bahwa semua makhluk sama kenyangnya dengan dirinya.
· Mengganggu ketaatan kepada Allah
· Bila mendengarkan ucapan hikmah ia tidak mendapatkan kelembutan
· Bila ia bicara tentang ilmu maka pembicaraannya tidak bisa menembus hati manusia.
· Akan terkena banyak penyakit jasmani dan rohani

4. Cinta perhiasan dan perabotan rumah tangga
Bila syetan melihat hati orang yang sangat mencintai perhiasan dan perabotan rumah tangga maka iblis bertelur dan beranak dan menggodanya untuk terus berusaha melengkapi dan membaguskan semua perabotan rumahnya, menghiasi temboknya, langit-langitnya dst. Akibatnya umurnya habis disibukkan dengan perabotan rumah tangga dan melupakan dzikir kepada Allah.

5. Tergesa-gesa dan tidak melakukan receck
Rasulullah pernah bersabda: Tergesa-gesa termasuk perbuatan syetan dan hati-hati adalah dari Allah SWT. Allah berfirman: "Manusia diciptakan tergesa-gesa" dalam ayat lain dditegaskan: "Sesungguhnya manusia itu sangat tergesa-gesa. Mengapa kita edilarang tergesa-gesa? Semua perbuatan harus dilakukan dengan pengetahuan dan penglihatan mata hati. Penglihatan hata hati membutuhkan perenungan dan ketenangan. Sedangkan tergesa-gesa menghalangi itu semua. Ketika manusia tergesa-gesa dalam melakukan kewajiban maka syetan menebarkan kejahatannya dalam diri manusia tanpa disadari.

6. Mencintai harta
Kecintaan terhadap uang dan semua bentuk harta akan menjadi alat hebat bagi syetan. Bila orang memiliki kecintaan kuat terhadap harta maka hatinya akan kosong. Kalau dia mendapatkan uang sebanyak satu juta di jalan maka akan muncul dari harta itu sepuluh syahwat dan setiap syahwat membutuhkan satu juta. Demikianlah orang yang punya harta akan merasa kurang dan menginginkan tambahan lebih banyak lagi.

7. Ta'assub bermadzhab dan meremehkan kelompok lain.
Orang yang ta'assub dan memiliki anggapan bahwa kelompok lain salah sangat berbahaya. Orang yang demikian akan banyak mencaci maki orang lain.
Meremehkan dan mencaci maki termasuk sifat binatang buas. Bila syetan menghiasi pada manusia bahwa taassub itu seakan-akan baik dan hak dalam diri orang itu maka ia semakin senang untuk menyalahkan orang lain dan menjelekkannya.

8. Kikir dan takut miskin.
Sifat kikir ini mencegah seseorang untuk memberikan infaq atau sedekah dan selalu menyeru untuk menumpuk harta kekayaan dan siksa yang pedih adalah janji orang yang menumpuk harta kekayaan tanpa memberikan haknya kepada fakir miskin. Khaitsamah bin Abdur Rahman pernah berkata: Sesungguhnya syaitan berkata: Anak cucu Adam tidak akan mengalahkanku dalama tiga hal perintahku: Aku perintahkan untuk mengambil harta dengan tanpa hak, menginfakkannya dengan tanpa hak dan menghalanginya dar hak kewajibannya (zakat).

Sufyan berkata: Syetan tidak mempunyai senjata sehebat senjata rasa takutnya manusia dari kemiskinan. Apabila ia menerima sifat ini maka ia mengambil harta tanpa hak dan menghalanginya dari kewajiban zakatnya.

9. Memikirkan Dzat Allah
Orang yang memikirkan dzat Allah tidak akan sampai kepada apa yang diinginkannya ia akan tersesat karena akal manusia tidak akan sampai kesana. Ketika memikirkan dzat Allah ia akan terpeleset pada kesyirikan.

10. Suudzon terhadap orang Islam ghibah.

Mabuk cinta terhadap ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Zarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Zarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Zarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Zarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Hukum isteri meleteri suami

"Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikit pun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas Al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. "

Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis? " Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. " Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? " Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya.
Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua. Insya'Allah. Sikap isteri tidak menghormati suami adalah gejala sosial muslim sekarang.

Ia dilakukan kerana berfikir bahawa suami mesti buat seperti isteri dalam rumahtangga. Tabiat isteri suka meleteri suami dan tabiat suami yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata, mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Wallahuwaklam.

Melatih diri jadi tawaduk

TAKBUR dan tawaduk adalah dua sifat yang berlawanan. Sifat yang pertama itu sangat dibenci dan manusia wajib menjauhinya kerana ia sifat iblis, manakala yang kedua dipuji dan patut menjadi perhiasan diri setiap individu.

Disebabkan takbur, iblis dikutuk Allah dan berbekalkan sifatnya itu jugalah ia menggoda manusia tanpa mengira sempadan daerah dan waktu supaya mengikut jejak langkah menjadi bongkak.


Sungguh jelek sifat takbur, bukan saja dikeji, bahkan membawa kecelakaan kepada diri, sebagaimana iblis yang dijanjikan seburuk-buruk tempat di akhirat.

Begitupun, sifat tawaduk tidak mudah digapai melainkan melalui latihan jiwa dan mujahadah yang penuh kesungguhan dan keazaman. Justeru, ada yang bersifat takbur dan susah untuk menjadi tawaduk.

Antara kaedah membantu ialah bersahabat dengan mereka yang bersifat tawaduk untuk mendapat nasihat, tunjuk ajar dan mencontohi mereka.

Asas pertama menjadi tawaduk ialah melalui ibadat solat, kerana di antara gerak rukun perbuatannya mengandungi latihan untuk tawaduk.

Kemudian, menatap kisah generasi yang bersifat tawaduk seperti nabi, rasul dan pewaris mereka.

Lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w yang diakui sebagai manusia paling agung dan mulia tetapi baginda sentiasa merendah diri sehingga makan di atas tanah, lalu bersabda:

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Menurut kisah diceritakan Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah memberi makan unta, mengikatnya, membersih atau menyapu rumah, memerah susu kambingnya, membaiki kasutnya, menampal bajunya dan makan bersama khadam.

Rasulullah juga menggantinya (khadam) mengisar gandum apabila khadamnya kepenatan, membeli sendiri barang keperluannya dari pasar dan membawanya kembali ke rumah, berjabat salam dengan si kaya dan miskin, yang tua dan kanak-kanak.

Baginda mendahului salam kepada setiap yang menemuinya, baik yang dewasa atau kanak-kanak, yang hitam atau selainnya, merdeka atau hamba sahaya.

Dalam satu perjalanan, Rasulullah meminta sahabatnya memasak daging kambing. Sesetengah sahabatnya ada yang bersedia untuk menyembelihnya, sebilangan lagi bersedia untuk melapahnya dan sebilangan lagi bersedia untuk memasaknya.

Rasulullah s.a.w menyatakan kesediaannya mencari kayu api. Tindakan Rasulullah itu tidak disenangi sahabat, lalu menyarankan:

“Kami cukup untuk kerja ini wahai Rasulullah.” Jawab Rasululllah: Aku tahu...kamu semua sudah mencukupi, tetapi aku tidak suka dibezakan daripada kamu. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada kalangan sahabatnya.”

Rasulullah s.a.w menaiki apa saja tunggangan yang didapatinya, kadangkala kuda, ba’ir, kaldai dan himar, malah berjalan kaki tanpa kasut, selendang, kopiah atau serban.

Baginda juga menerima pemberian sekalipun seteguk susu atau seketul kaki arnab, kemudian membalas dan memakannya.

Semua ini menggambarkan sifat tawaduk atau rendah diri Rasulullah. Jika manusia yang sebegini mulia rela bersifat tawaduk, jadi apatah lagi insan kerdil seperti kita.

Kita boleh menguji diri sama ada mempunyai sifat tawaduk atau takbur, iaitu melalui cara berikut:

# Mendedahkan diri kepada kritikan membina dan benar. Jika hati berasa berat untuk menerima kebenaran, sukar untuk mengakui dan patuh kepada arahannya, malah berat untuk berterima kasih atas kritikan dan teguran itu, menunjukkan takbur masih tersemat di dalam diri.

Justeru, perlulah kita melatih diri sehingga biasa dengan teguran dan kritikan. Pada masa yang sama hati tidak berat untuk mendengarnya.

# Bergaul dengan teman sebaya dalam majlis keramaian dan cuba mengutamakan mereka, cuba berjalan di belakang mereka dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hati terasa berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur.

Tetapi dalam keadaan ini, kita juga perlu berwaspada daripada tipu daya syaitan yang membisik supaya bergaul dengan orang dianggap rendah dan hina supaya disangkanya bersifat tawaduk, sedangkan hakikatnya tidak.

Jika demikian, tanpa disedari sebenarnya dia sudah bersifat takbur di sebalik tawaduk yang dicari-cari dan cuba dilakonkan itu.

# Menghadiri jemputan orang fakir dan miskin, malah sanggup ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga serta teman. Jika hatinya berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur dalam dirinya.

# Boleh juga diuji dengan memakai pakaian buruk, kerana nafsu biasanya berat untuk memakai pakaian buruk.

Anak itu kupu kupu SYURGA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum