Mari kita Berkawan

October 11, 2015

Buah Tunjuk Langit




Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji Buah Tunjuk Langit mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.


Buah Tunjuk Langit atau Sweatania Sky Fruit merupakan sejenis tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae.
Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Buah Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.
Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat
Kencing Manis
Darah Tinggi
Kolestrol Tinggi
Gout
Darah Tercemar
Strok Awal
Batu Karang
Buasir
Resdung
Jerawat/Sopak
Masalah Ereksik
Asma
Sakit Sendi
Senggugut
Masalah Haid
Alahan Darah
Kencing tak puas
Angin
Obesiti
Alahan kulit
Sakit Urat
Ejakulasi
Kebas-kebas
Malaria/denggi

Siapa Yang Wajib Ambil
Individu sihat yang ingin mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis. 1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis,darah tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini
Pesakit darah tinggi,sakit sendi,urat dan kekejangan otot
Pesakit kencing manis,gangguan metabolism dan gastric
Pesakit stroke,lebihan lemak pada perut dan obesiti
Pesakit asma,redung,jangkitan demam denggi dan malaria
Pesakit gout,artitis,lutut,pinggang dan keletihan melampau
Pesakit alahan kulit,gatal-gatal,sopak,buasir dan keracunan makanan
Pesakit lemah tenaga batin,mati pucuk,ejakulasi pramatang
Pesakit batu karang,kencing tak puas,kencing kerap,prostate dan kegatalan ginjal.

October 3, 2015

tanda tanda kiamat kecil

Harus diingat, kita sudah pun ’embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

October 2, 2015

Mesin Air Kangen

Mesin Air Kangen dikelaskan sebagai alat bantuan Perubatan di Jepun. Ia bukan setakat menapis Air. Ia digunakan di hospital-hospital Jepun sejak 1974 sebagai alat merawat pesakit kronik. Lebih 6,600 doktor di Jepun menyokong dan mengamalkannya pada diri, keluarga dan pesakit-pesakit mereka.
💦Air Kangen dalam bahasa Jepun maknanya Back To Origin =AIR FITRAH, air yang sesuai dengan tubuh manusia. Air Kangen ini dihasilkan daripada kajian SAINTIS mengenai air fitrah yang berada di 7 kawasan didunia yg dipanggil air ajaib. Antaranya Air ZAM-ZAM di Mekah, Air Ajaib di Lhacote, Mexico, di Perancis, di German, di India, di Afghanistan dan beberapa tempat lain. Hasil dr kajian tersebut kesemua air ajaib ini mempunyai persamaan dlm 3 sifat iaitu 💦berANTI-OKSIDA, 💦berALKALI dan 💦berSTRUKTUR HEXAGONAL(Microcluster)
Maka saintis mencipta mesin utk menghasilkan Air Kangen yg mempunyai 3 sifat ini supaya manusia boleh menikmati Air Kangen dirumah bila-bila masa dan tanpa perlu pergi ke tempat-tempat air ajaib yg jauh itu. Air ajaib anda boleh perolehi dirumah anda bila anda memiliki mesin Air Kangen.
Mesin air kangen bukan sahaja menghasilkan air
utk minum. Mesin kangen menghasilkan 7 jenis air berbeza ph mengikut keperluan:
💦1. Strong Acidic Water (PH 2.5 )
•Pembersih Tangan
•Membersihkan Luka dan goresan
•Dapat menyembuhkan luka terbakar
•jangkitan kuman teruk
•Jerawat
•Sakit gigi
•Sakit Tekak (kumur seperti listerin)
•Digunakan sebagai bahan pelindung tanaman
•Membunuh psoriasis pd kulit
•Menyembuhkan luka pada diabetes
💦2. Beauty Water (PH4.0-6.0)
•Toner utk kulit
•Melembutkan Rambut
•Menyembuhkan akar
rambut
•Mengencangkan kulit
•Untuk menyiram tanaman supaya tumbuh subur
💦3. Neutral Water ( PH 7.0 )
•Untuk membuat makanan
bayi dan susu
•Untuk Minum bersama ubat(hospital)
💦4. Kangen Water ( PH 8.5 – 9.5 )
•Air minum.
•Sgt bagus diminum bersama mknn tambahan/vitamin
•Micro Cluster.
•Meneutralkan Radikal Bebas.
•Menyeimbangkan pH tubuh.
•Detoksifikasi dan Pembersihan.
•Meningkatkan tenaga,
•Mengurangkan Kelelahan/astma.
•Meningkatkan kadar Anti-oksida
•Meningkatkan Kesihatan
Menyeluruh.
•Melancarkan sistem pencernaan
•Menstabilkan tekanan darah
•Seimbangkan gula dalam darah
•Kesihatan tulang
💦5. Kangen Strong Water (PH11.5)
•Membersihkan Buah2an dan sayur2an dari racun serangga
•Membersihkan kesan kopi
atau teh..
•Mengecilkan pori kulit
•Menanggalkan daki dikulit(gosok)
"CHANGE YOUR WATER CHANGE YOUR LIFE"😄🍃
Mohd Rashidi's photo.

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

Kakinovel's photo.
1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut

7 amalan sunnah Rasullah


Sejarah Kaabah dan Mekah : Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Alhamdulillah..

Rasanya ini adalah kali pertama entry aku yang berkenaan sejarah Islam ..
Sebenarnya banyak kali aku fikir nak buat entry ni sebab aku bukannya pakar dalam ilmu agama.Sepatutnya kalau nak berbicara soal agama seperti kiblat umat Islam ni, perlu diperkukuhkan dengan ayat Al-Quran dan hadith..Tapi hinanya aku sebab cabut sekolah agama dulu, jadi aku tak boleh faham bahasa arab yang jadi bahasa utama untuk mendalami agama Islam.
Jadi entri ini adalah berdasarkan pemahaman hasil bacaan aku berkenaan teks dari pakar-pakar sirah dari buku-buku dan internet.

First, aku nak ucap terima kasih banyak untuk ayah dan mak aku sebab berusaha untuk bawa aku ke Tanah Suci Mekah. Sebab apa??
Sebab apabila aku ke sana barulah aku sedar yang aku ni sebenarnya adalah Islam atas nama sahaja.
Kenapa aku cakap camtu?Sebab selama ni aku cuma tahu dan mengamalkan rukun Islam 5 perkara.1.Mengucap dua kalimah syahadah, 2.Solat, 3.Puasa, 4.Menunaikan zakat dan 5.Menunaikan fardhu haji.

Selain itu, aku tahu, orang Islam kene menutup aurat, tak boleh minum arak, dan menjaga makanan dari makan makanan yang tak halal, menghormati ibu bapa,orang tua dan jiran tetangga dan banyak lagi amalan-amalan yang tanpa disedari ianya adalah datang dari adab orang Melayu.
Kenapa aku cakap adab dari orang Melayu?Sebab orang Melayu adalah orang yang paling bersopan santun di Makkah.

Sebagai contoh, berjalan depan orang tua perlu tunduk, makan tak boleh bercakap,apabila orang tua bercakap, kita tak boleh menyampuk..banyak lagi..Tapi kaum arab di sana tak ada adab dan tatasusila sebegitu. Ini amat bagus kerana ini menjadikan Melayu Islam dijunjung.

Sebenarnya amat bangga menjadi Melayu di Makkah kerana Melayu diangkat di sana..Tapi lepas pulang, aku cuba mendalami Islam, aku jumpa beberapa perkara yang menjadikan aku adalah seorang Islam yang jahil. Orang Melayu kita lebih berpegang teguh pada adab dan tatasusila nenek moyang tanpa merujuk Al-Quran dan hadith yang ditinggalkan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW..

Aku nak tanya;- 1.Berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran? 2.Berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran dan memahami tafsir Al-Quran? 3.Dan berapa ramai di antara kita yang tahu membaca Al-Quran, memahami isi Al-Quran dan mengamal mengikut perintah ayat Al-Quran?

Soalan ni bukan ditujukan pada anda je, tapi diri diri aku sendiri yang tergolong dalam golongan pertama tu. Jadi tak salah kalau cakap Melayu Islam hanya menyematkan 70% amalan adab dan tatasusila nenek moyang(yang telah diselaraskan dengan agama Islam) tapi hanya mengamalkan 30% sahaja apa yang diperintahkan dalam Al-Quran dan hadith.


Dalam kubur pun nanti soalan yang ditanya malaikat Munkar dan Nangkir:
1. SIAPAKAH TUHANMU?-Allah SWT
2. SIAPAKAH NABIMU?-Muhammad SAW
3. APA AGAMAMU?-Islam
4. APAKAH KIBLATMU?- Baitullah kiblatku
5. APAKAH IMAMMU? Al-Quran
6. SIAPAKAH SAUDARAMU?-Muslimin dan muslimat saudaraku
7.APAKAH KALIMAH YANG KAMU BAWA BERSAMAMU?- Laa Ilaa Ha IllAllah, Muhammadur Rasulullah


Jadi, aku nak tanya korang, ade tak soalan "Apa bangsamu?-Arab? Yahudi?Cina?India?Melayu?"
.................


Baiklah, sekian bebelan aku pasal orang Melayu Islam yang berpegang teguh pada Melayu(aku yang dulu)..Tapi selepas pulang dari Tanah Suci, buatkan aku lebih berfikir dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam Islam.*Sebelum ni aku cuma baca sejarah Nabi untuk exam je.

Sebelum ni aku cuma tahu umat Islam perlu menunaikan solat menghadap Kiblat (Baitullah).Tak pernah aku persoalkan kenapa?Bagaimana Baitullah dibina?Sampai bila?Siapa yang terlibat dalam pembinaannya?

Dari sinilah mulanya idea aku nak keluarkan entri ni..

*Ulama' ada mengatakan "Umat yang tak kenal sejarahnya, maka mereka tak boleh membina masa depan"
Kaabah Sebelum Nabi Adam AS hingga Nabi Ismail AS

Baiklah, aku mulakan dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran:96-97) yang bermaksud :

 sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah, yang barakah dan dijadikan pertunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, antaranya ialah Maqam Ibrahim). Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia”

Sebenarnya Kaabah adalah binaan pertama di atas muka bumi sebelum Allah SWT mencipta Nabi Adam AS lagi.Berdasarkan riwayat, Kaabah dibina oleh malaikat dijadikan sebagai tempat tawaf dengan tujuan untuk kaffarah atau menebus dosa atas ketelanjuran mereka seperti memprotes tidak setuju Nabi Adam a.s dijadikan sebagai Khalifah Allah di muka bumi.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 bermaksud:
 dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka berkata, ‘adakah engkau (wahai Tuhan) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, pada hal kami (para malaikat) sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berfirman, sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahuinya.”

Para malaikat telah menyesali atas ketelanjuran mereka seolah-olah tidak bersetuju Nabi Adam a.s dijadikan khalifah di muka bumi, lalu mereka telah menebus dosa mereka dengan melakukan tawaf mengelilingi Arasy. Tiang Arasy ini teramatlah luas yang memerlukan para malaikat melakukan tawaf dalam tempoh yang agak lama maka Allah SWT pun mencipta suatu binaan lain yang lebih kecil  dinamakan Baitul Ma’mur. (Di bawah lapisan tiang Arasy.) Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat.

Kemudian Allah telah memerintahkan mereka agar membina suatu binaan yang fungsinya menyamai fungsi Baitul Ma’mur iaitu sebagai tempat tawaf bagi diri mereka di bumi.  Dan itulah Baitullah atau Kaabah yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Makkah. Ia dikatakan selari dengan kedudukan Arasy di langit.

Kemudian, setelah Nabi Adam AS dibuang dari syurga ke bumi, setelah bertemu dengan Hawa di Jabal Rahmah, Nabi Adam AS yang teramat menyesali dosa yang telah dilakukannya di syurga memohon keampunan dari Allah SWT. Dan Allah memerintahkan mereka berdua mengelilingi kaabah yang menjadikan mereka adalah di kalangan manusia pertama yang melakukan tawaf.
Contoh asas binaan Kaabah

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh.

Umum mengetahui dengan kejadian banjir besar Nabi Nuh. Dalam Al-Quran juga ada menyebut..Dalam kitab taurat Yahudi juga ada menyebut..Dalam kital Injil juga ada menyebut berkenaan Noah Ark ini. Tapi di kalangan pakar sejarah, ada pertelingkahan sama ada banjir Nuh ini bersifat Local atau Global.

Persoalannya di sini sama ada banjir besar ini meneggelamkan umat Nabi Nuh sahaja (local) ataupun menenggelamkan keseluruhan kota Atlantis (global)..*Rasanya persoalan ni aku nak buat entry lain berkenaan Kota Atlantis yang menjadi persoalan pada pakar sejarah. Tapi sebagai umat Islam, kita hanya perlu percaya apa yang terkandung dalam Al-Quran yang menyatakan banjir Nabi Nuh telah menenggelamkan seluruh umatnya.

 *Gambaran pelukis berkenaan Kota Atlantis.


Gambar Kaabah Lama

Setelah tenggelamnya umat Nabi Nuh, kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut tidak dikenali lagi dan hanya menjadi laluan para pedagang. Kemudian, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Ibrahim AS yang pada waktu itu berada di Palestin untuk menghantar anaknya (Nabi Ismail AS) dan isteri keduanya, Siti Hajar ke kawasan yang tidak pernah diduduki orang iaitu kawasan berhampiran dengan kaabah. Boleh rujuk sini kalau nak refresh pembelajaran sejarah Nabi Ismail AS 

Sebelum meninggalkan mereka berdua, Nabi Ibrahim a.s berdoa dalam surah Ibrahim ayat ke 37 bermaksud :-
”Wahai Tuhanku, Aku telah menempatkan sebahagian daripada keluargaku di sebuah lembah yang tandus tiada tumbuh-tumbuhan di sana, di sisi RumahMu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai Tuhan kami (mereka ditempatkan di situ) supaya mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu jadikanlah hati sebahagian daripada manusia  tertarik kepada mereka. (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan , semoga mereka bersyukur.”

Seterusnya Nabi Ibrahim berdoa dalam surah al_Baqarah ayat 126 bermaksud :
” Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki daripada pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat di antara mereka.”

Sepeninggalan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail yang tinggal di situ di tanah yang kering kontang, Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Marwah untuk mencari makanan bagi menyusui Ismail yang masih bayi. Kelakuan inilah yang menjadi rukun haji dan umrah iaitu membuat saei (berjalan antara Safa dan Marwah) bagi menghayati usaha Siti Hajar mencari sumber untuk anaknya. Kemudian datang malaikat Jibril yang menghentak tanah di kaki nabi Ismail hingga keluarnya air zam-zam.
Saei di Bukit Safa
Telaga Zam zam suatu ketika dahulu
Setelah keluarnya air zam-zam, duduklah Siti Hajar di situ dua beranak. Air zam-zam yang muncul dari perut bumi itu menarik burung-burung berterbangan mengelilingi kawasan tersebut. Para pedagang yang merentasi padang pasir pada waktu itu menggunakan burung-burung yang berterbangan sebagai tanda kawasan tersebut mempunyai sumber air. Dan ia menarik perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau di sekitar Makkah.

Suku kaum Jurhum yang datang ke tempat Siti Hajar dan Ismail meminta kebenaran untuk menetap di sini. Amat bernasib baik, suku kaum Jurhum adalah suku kaum yang beradab dan baik. Nabi Ismail juga telah berkahwin dan meninggalkan zuriat dari suku kaum Jurhum ini.

 Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.


Kaabah selepas Nabi Ismail AS hingga lahirnya Nabi Muhammad SAW

Selepas Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail membina kaabah, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim memanggil umatnya untuk menunaikan ibadah haji.
Firman Allah SWT: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji,nescata mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh." 

Nabi Ibrahim berkata:"Wahai Tuhan!Apakah yang akan menyampaikan suaraku?"

Lalu Allah SWT menjawa: "Serulah,aku yang akan menyampainya."

Lalu Nabi Ibrahim menaiki bukit Abu Qubis lantas memasukkan jari ke dalam kedua belah telinganya sambil menghadap ke arah timur dan barat sambil menyeru:
"Wahai sekalian manusia!Diwajibkan ke atas kamu untuk menunaikan ibadat haji di Baitul Atiq, oleh itu sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha Agung." Seruan tersebut telah didengari oleh setiap orang yang berada di dalam salbi kaum lelaki dan setiap yang berada di dalam rahim-rahim perempuan.
Source

Walau bagaimanapun, setelah diwarisi fardhu haji ini turun temurun, banyak yang ditokok tambah dari kaum arab ini.Sebagai contoh, lafaz tarbiyah:  
"Labbaik Allahumma Labbaik: Labbaika la syarika laka labbaik: Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:"

Tapi orang jahiliah ini telah menukar pada ayat kedua menjadi:  

"Labbaika la ka syarikun wa laka tablikuhu wama malak.
(Kami sahut panggilanMu,Bagi kau ada sekutu-sekutu,Mereka memiliki sebagaimana Kau memiliki)..

Sekutu di sini bermaksud berhala-berhala yang telah wujud di sekeliling kaabah. Perlu diingat, jarak kelahiran antara Nabi Ismail AS dengan Nabi Muhammad SAW adalah kira-kira 700 tahun. Jadi terdapat banyak terpesongnya ajaran yang ditinggalkan Nabi Ibrahim AS pada umatnya.
Selain itu, antara tambahan kelakuan masyarakat jahiliah pada rukun haji di waktu itu ialah mereka akan bertawaf dalam keadaan berbogel. Ini kerana menurut fahaman mereka manusia dilahirkan tanpa seurat benang,tanpa pakaian.Jadi Tuhan akan menerima keampunan jika manusia melakukan tawaf seperti waktu lahir(bogel)*sigh.. (kuliyyah Ustaz Nazmi Karim:Perancangan Hijrah Nabi Muhammad SAW)


Selepas perintah Allah SWT ke atas umat Nabi Ibrahim menunaikan haji, maka ramai orang datang ke Kota Makkah. Sebelum ni aku dah bagi bagitau yang suku kaum Jurhum yang mula-mula datang kepada Siti Hajar dan Nabi Ismail sewaktu mereka melihat burung-burung berterbangan di sekitar air zam zam. Mereka menetap di situ dan menjaga kawasan Makkah serta merahmati pengunjung yang datang untuk menunaikan haji.Nabi Ismail juga berkahwin dengan suku kaum Jurhum dan mendapat zuriat.


Kemudian datang seorang lelaki arab dari suku Khuzaah yang bernama Amru bin Lu’ayy.Suku Khuzaah ini menghalau suku Jurhum keluar dari Makkah dan dengan itu suku Khuzaah dapat menguasai Makkah. 

Amru bin Lu’ayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada suku kaumnya dan amalan berhala ini tersebar ke seluruh suku-suku Arab yang lain.

Amru adalah seorang kaya dan berpengaruh dan dialah yang menyediakan keperluan orang ramai mengerjakan haji. Dia juga yang mencipta binatang-binatang yang kononnya suci untuk disembah. Bermula dari situ, setiap suku Arab mempunyai berhala mereka sendiri. 

Kabilah Khuzaah memimpin Mekah selama 500 tahun . Setelah berzaman orang Arab Mekah hidup dalam kejahilan menyembah berhala, datang seorang lelaki bernama Qusai bin Kilab. Qusai adalah keturunan Nabi Ismail AS yang berkahwin dengan suku Jurhum.

Qusai berjaya mengahwini anak perempuan Hulail iaitu ketua Mekah dari suku Khuzaah. Setelah Hulail mati, Qusai mengisytiharkan dirinya menjadi Ketua Mekah dan menjadi pemerintah Mekah yang adil dan bijaksana. Dengan ini, Kota Mekah berada di bawah pimpinan keturunan Nabi Ismail AS kembali. 

Bagi menyediakan keperluan pengunjung yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji, beberapa sistem pembahagian  kerja dibuat iaitu siqayah,rifadah,sidanah,nadwah dan hijabah. Aku tak dapat pastikan apa maksud kerja-kerja tersebut. Tapi bagi kerja siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji telah diberikan pada Abdul Muttalib (Datuk Nabi Muhammad SAW) yang juga dari keturunan Qusai bin Kilab. 
Rajah telaga zam zam berhampiran kaabah.

Pada waktu itu, telaga zam zam sudah tiada kerana telah tertimbus semasa suku Khuzaah memerintah Mekah. Jadi Abdul Muttalib terpaksa mengambil air dari luar Mekah. Pada suatu malam, Abdul Muttalib mendapat mimpi supaya menggali Zam zam. Akhirnya Abdul Muttalib menggali sekitar kaabah dan telaga zam zam dijumpai kembali. 


Peristiwa Tentera Bergajah Abrahah menyerang Kaabah.



Seperti yang kita sedia maklum, Tentera Abrahah telah menyerang Kota Mekah. Ramai juga yang maklum Allah SWT telah menghantar burung Ababil yang membawa tiga batu kecil. Tapi siapa Abrahah ini?

Abrahah merupakan seorang gabenor bagi orang Habsyah di Negeri Yaman yang beragama Kristian.  Dia telah membina gereja di Yaman yang dinamakan al-Qulais dan memerintahkan suku kaum Arab mengerjakan haji di Yaman. Walau bagaimanapun, suku kaum Arab amat menyanjungi kaabah dan ada orang Arab datang ke al-Qulais dan membuang air besar di situ dan menyapu najis di dinding al-Qulais. Abrahah yang tahu hal ini terjadi kerana orang Arab begitu sayangkan kaabah, amat marah dan bersiap sedia untung meruntuhkan kaabah.

Apabila tentera Abrahah sampai berhampiran Mekah, dia merampas 200 ekor unta milik Abdul Muttalib. Abdul Muttalib yang juga ketua penduduk Mekah datang berjumpa Abrahah dan berkata,”Wahai Abrahah, aku ni tuan punya unta-unta.Oleh itu aku minta kamu bebaskan untaku. Kaabah itu ada tuan yang menjaganya.Kalau kaabah itu rumah tuhan,pastu Tuhan menjaganya.Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!”

Dengan itu Abrahah mengembalikan unta Abdul Muttalib dan meneruskan perjalanan tenteranya untuk meruntuhkan kaabah. Pada hari yang ditentukan, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya menuju ke kaabah untuk merobohkannya tetapi gajahnya tidak mahu bergerak.

Pada masa itu juga langit berwarna hitam dan sekumpulan burung ababil melepaskan batu-batu kecil ke atas tentera Abrahah. Batu yang terkena gajah tersebut menjadikan daging hancur. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali. Peristiwa ini telah disebutkan dalam al-Quran Surah Al-Fil.

Dengan peristiwa ini, bertambah besar penghormatan orang Arab kepada kaabah.  Dengan itu, tahun berlakunya peristiwa itu disebut Tahun Gajah. Orang Arab mula menyusun kalendar mereka berdasarkan peristiwa ini sebagai contoh 5 tahun sebelum Tahun Gajah, 2 tahun selepas Tahun Gajah..

Dan Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah

[kisah di atas bersumberkan:Biografi Muhammad bin Abdullah]

Dan sekianlah ceritaku berkenaan sejarah kaabah dan Mekah..

Tapi cerita ni rasanya tak boleh tergantung kat sini sebab rasanya tak sah kalau tak ceritakan kaabah setelah lahirnya junjungan besar kita,Nabi Muhammad SAW. In sya Allah, mungkin aku boleh buat entry yang lain sebab kalau semua nak sumbat kat sini, memang terus cacamerba jadinya.

Lagipun, kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam di Kota Mekah amatlah mencabar. Sekarang ni aku tengah membaca biografi Nabi Muhammad SAW yang ditulis Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. Bayangkanlah, aku baru baca 1/3 perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam di Mekah, tapi air mata aku dah berjurai sebab baginda menerima seksaan yang amat berat dari kaumnya sendiri. 

Cerita yang aku ceritakan ni adalah hasil dari pemahaman aku. Aku bukanlah ahli tafsir yang mampu menelaah segala kitab-kitab. Dah aku cakap awal-awal,aku cabut dari sekolah Arab,jadi aku memang tak tahu bahasa Arab. Seandainya aku faham, mungkin ia akan membantu aku lagi memahami kisah-kisah sejarah ni. Jadi pemahaman aku adalah terbatas bila aku cuma dapat baca apa yang pakar-pakar agama dan sirah mengolah kembali cerita-cerita ni. Tapi tak salah kalau nak menambah pengetahuan mengenai sejarah asal usul agama kita. Banyakkan membaca,kawan..

Kalau nak tau sahih atau tidak, boleh tanya ulama’ kerana ulama’ merupakan penghafal al-Quran dan hadith yang ditinggalkan Rasulullah SAW serta kitab-kitab riwayat yang ditinggalkan para sahabat nabi. 

In sya Allah,bakal bersambung...

Petikkan dari  
http://hafeezafauzi.blogspot.my/

Lemah Lembut Sifat Mulia

Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut, yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

Allah berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembutterhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah SAW berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan bertindak mengikut hukum. Keduanya, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.

senang dan mudah nak dapat pahala


100 Keutamaan Rasulullah S.A.W

Muhammad Guntur Wijaya's photo.
100 Keutamaan Rasulullah S.A.W

Imam Shadiq R.A. berkata:
"Saya tidak ingin seseorang meninggal dunia sementara ia belum mengetahui sebagian perilaku Rasulullah S.A.W"
1. Ketika berjalan, beliau berjalan secara pelan-pelan dan wibawa.
2. Ketika berjalan, beliau tidak menyeret langkah kakinya.
3. Pandangan beliau selalu mengarah ke bawah.
4. Beliau senantiasa mengawali salam kepada siapa saja yang dilihatnya... tidak ada seorangpun yang mendahuluinya dalam mengucapkan salam.
5. Ketika menjabat tangan seseorang, beliau tidak pernah melepaskannya terlebih dahulu.
6. Beliau bergaul dengan masyarakat sedemikian rupa sehingga setiap orang berpikir bahwa dirinya adalah satu-satunya orang yang paling mulia di mata Rasulullah.
7. Bila memandang seseorang, beliau tidak memandang sinis bak pejabat pemerintah.
8. Beliau tidak pernah memelototi wajah seseorang.
9. Beliau senantiasa menggunakan tangan saat mengiyaratkan sesuatu dan tidak pernah mengisyaratkan dengan mata atau alis.
10. Beliau lebih banyak diam dan baru akan berbicara bila perlu.
11. Saat bercakap-cakap dengan seseorang, beliau mendengarkan dengan baik.
12. Senantiasa menghadap kepada orang yang berbicara dengannya.
13. Tidak pernah berdiri terlebih dahulu selama orang yang duduk bersamanya tidak ingin berdiri.
14. Tidak akan duduk dan berdiri dalam sebuah pertemuan melainkan dengan mengingat Allah.
15. Ketika masuk ke dalam sebuah pertemuan, beliau senantiasa duduk di tempat yang akhir dan dekat pintu, bukan di bagian depan.
16. Tidak menentukan satu tempat khusus untuk dirinya dan bahkan melarangnya.
17. Tidak pernah bersandar saat di hadapan masyarakat.
18. Kebanyakan duduknya menghadap kiblat.
19. Bila di hadapannya terjadi sesuatu yang tidak disukainya, beliau senantiasa mengabaikannya.
20. Bila seseorang melakukan kesalahan, beliau tidak pernah menyampaikannya kepada orang lain.
21. Tidak pernah mencela seseorang yang mengalami kesalahan bicara.
22. Tidak pernah berdebat dan berselisih dengan siapapun.
23. Tidak pernah memotong pembicaraan orang lain kecuali bila orang tersebut bicara sia-sia dan batil.
24. Senantiasa mengulang-ulangan jawabanya atas sebuah pertanyaan agar jawabannya tidak membingungkan pendengarnya.
25. Bila mendengar ucapan yang tidak baik dari seseorang, beliau tidak mengatakan mengapa si fulan berkata demikian, tapi beliau mengatakan, bagaimana mungkin sebagian orang mengatakan demikian?"
26. Banyak bergaul dengan fakir miskin dan makan bersama mereka.
27. Menerima undangan para abdi dan budak.
28. Senantiasa menerima hadiah, meski hanya seteguk susu.
29. Melakukan silaturahmi lebih dari yang lain.
30. Senantiasa berbuat baik kepada keluarganya tapi tidak melebihkan mereka dari yang lain.
31. Senantiasa memuji dan mendukung pekerjaan yang baik dan menilai buruk dan melarang perbuatan yang jelek.
32. Senantiasa menyampaikan hal-hal yang menyebabkan kebaikan agama dan dunia masyarakat kepada mereka dan berkali-kali mengatakan, "Orang-orang yang hadir hendaknya menyampaikan segala yang didengarnya kepada orang-orang yang tidak hadir."
33. Senantiasa menerima uzur orang-orang yang punya uzur.
34. Tidak pernah merendahkan seseorang.
35. Tidak pernah memaki atau memanggil seseorang dengan gelar yang jelek.
36. Tidak pernah mengutuk orang-orang sekitar dan familinya.
37. Tidak pernah mencari-cari aib orang lain.
38. Senantiasa menghindari kejahatan masyarakat, namun tidak pernah menghidar dari mereka dan beliau selalu bersikap baik kepada semua orang.
39. Tidak pernah mencaci masyarakat dan tidak banyak memuji mereka.
40. Senantiasa bersabar menghadapi kekurangajaran orang lain dan membalas kejelekan mereka dengan kebaikan.
41. Selalu menjenguk orang yang sakit, meski tempat tinggalnya dipinggiran Madinah yang sangat jauh.
42. Senantiasa menanyakan kabar dan keadaan para sahabatnya.
43. Senantiasa memanggil nama sahabat-sahabatnya dengan panggilan yang terbaik.
44. Sering bermusyawarah dengan para sahabatnya dan menekankan untuk melakukannya.
45. Senantiasa duduk melingkar bersama para sahabatnya, sehingga bila ada orang yang baru datang, ia tidak bisa membedakan di antara mereka yang manakah Rasulullah.
46. Akrab dan dekat dengan para sahabatnya.
47. Beliau adalah orang yang paling setia dalam menepati janji.
48. Senantiasa memberikan sesuatu kepada fakir miskin dengan tangannya sendiri dan tidak pernah mewakilkannya kepada orang lain.
49. Bila sedang dalam shalat ada orang datang, beliau memendekkan shalatnya.
50. Bila sedang shalat ada anak kecil menangis, beliau memendekkan shalatnya.
51. Orang yang paling mulia di sisi beliau adalah orang yang paling banyak berbuat baik kepada orang lain.
52. Tidak ada seorangpun yang putus asa dari Rasulullah S.A.W Beliau selalu mengatakan, "Sampaikan kebutuhan orang yang tidak bisa menyampaikan kebutuhannya kepada saya!"
53. Bila ada seseorang membutuhkan sesuatu kepada beliau, Rasulullah Saw pasti memenuhinya bila mampu, namun bila tidak mampu beliau menjawabnya dengan ucapan atau janji yang baik.
54. Tidak pernah menolak permintaan seseorang, kecuali permintaan untuk maksiat.
55. Beliau sangat menghormati orang tua dan menyayangi anak-anak.
56. Rasulullah Saw sangat menjaga perasaan orang-orang asing.
57. Beliau selalu menarik perhatian orang-orang jahat dan membuat mereka cenderung kepadanya dengan cara berbuat baik kepada mereka.
58. Beliau senantiasa tersenyum sementara pada saat yang sama beliau sangat takut kepada Allah.
59. Saat gembira, Rasulullah S.A.W memejamkan kedua matanya dan tidak banyak menunjukkan kegembiraannya.
60. Tertawanya kebanyakan berupa senyuman dan tidak pernah tertawa terbahak-bahak.
61. Beliau banyak bercanda namun tidak pernah mengeluarkan ucapan sia-sia atau batil karena bercanda.
62. Rasulullah S.A.W mengubah nama yang jelek dengan nama yang baik.
63. Kesabarannya mendahului kemarahannya.
64. Tidak sedih dan marah karena kehilangan dunia.
65. Saat marah karena Allah, tidak seoranpun yang akan mengenalnya.
66. Rasulullah Saw tidak pernah membalas dendam karena dirinya sendiri melainkan bila kebenaran terinjak-injak.
67. Tidak ada sifat yang paling dibenci oleh Rasulullah selain bohong.
68. Dalam kondisi senang atau susah tidak lain hanya menyebut nama Allah.
69. Beliau tidak pernah menyimpan Dirham maupun Dinar.
70. Dalam hal makanan dan pakaian tidak melebihi yang dimiliki oleh para pembantunya.
71. Duduk dan makan di atas tanah.
72. Tidur di atas tanah.
73. Menjahit sendiri pakaian dan sandalnya.
74. Memerah susu dan mengikat sendiri kaki ontanya.
75. Kendaraan apa saja yang siap untuknya, Rasulullah pasti mengendarainya dan tidak ada beda baginya.
76. Kemana saja pergi, beliau selalu beralaskan abanya sendiri.
77. Baju beliau lebih banyak berwarna putih.
78. Bila memakai baju baru, maka baju sebelumny pasti diberikan kepada fakir miskin.
79. Baju kebesarannya khusus dipakai untuk hari Jumat.
80. Ketika memakai baju dan sandal, beliau memulainya dari sebelah kanan melepas sebelah kiri.
81. Beliau menilai makruh rambut yang awut-awutan.
82. Senantiasa berbau harum dan kebanyakan pengeluarannya untuk minyak wangi.
83. Senantiasa dalam kondisi memiliki wudu dan setiap mengambil wudu pasti menyikat giginya.
84. Cahaya mata beliau adalah shalat. Beliau merasa menemukan ketenangan dan ketentraman saat shalat.
85. Beliau senantiasa berpuasa pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan.
86. Tidak pernah mencaci nikmat sama sekali.
87. Menganggap besar nikmat Allah yang sedikit.
88. Tidak pernah memuji makanan dan tidak juga mencelanya.
89. Memakan makanan apa saja yang dihidangkan kepadanya.
90. Di depan hidangan makanan beliau senantiasa makan makanan yang ada di depannya.
91. Di depan hidangan makanan, beliau yang paling duluan hadir dan paling akhir meninggalkannya.
92. Tidak akan makan sebelum lapar dan akan berhenti dari makan sebelum kenyang.
93. Tidak pernah makan dua model makanan.
94. Ketika makan tidak pernah sendawa.
95. Sebisa mungkin beliau tidak makan sendirian.
96. Mencuci kedua tangan setelah selesai makan kemudian mengusapkannya ke wajah.
97. Ketika minum, beliau meneguknya sebanyak 3 kali. Awalnya baca Bismillah dan akhirnya baca Alhamdulillah.
98. Rasulullah lebih memiliki rasa malu daripada gadis-gadis pingitan.
99. Bila ingin masuk rumah, beliau meminta izin sampai tiga kali.
100. Waktu di dalam rumah, beliau bagi menjadi tiga bagian: satu bagian untuk Allah, satu bagian untuk keluarga dan satu bagian lagi untuk dirinya sendiri. Sedangkan waktu untuk dirinya sendiri beliau bagi dengan masyarakat.
والله تعالى أعلم
“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
آمين...

Nikmat Orang Berdakwah


Doa Mustajab - Jumaat


Oh Ayah



Ayah jarang mengujar sayang,
Sebenarnya ayah memendam.
Ayah jarang mengerang kesakitan,
Sebenarnya ayah banyak menahan.
Ayah memberi bila diminta wang,
Sebenarnya masa tu ayah kesempitan.
Ayah berdiam bila ada permintaan,
Petanda ayah berfikir mencari jalan,
Agar permintaan anak dapat dikabulkan,
Meskipun dompet sudah kekosongan.




Ayah,
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.

Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa...

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum