Mari kita Berkawan

July 23, 2013

BAGAIMANA SUPAYA PAHALA KITA BERTERUSAN SESUDAH MATI?


BAGAIMANA SUPAYA PAHALA KITA BERTERUSAN SESUDAH MATI?

Anak-anak merupakan harta dan simpanan yang berharga untuk bekalan kita ketika di akhirat kelak. 

Apabila tiba saat kematian segala pahala daripada amalan kita akan terputus. 

Hanya anak yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH YANG MENDOAKAN UNTUKNYA.”

- Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra.

Didiklah anak2 kita agar menjadi SOLEH dan SOLEHAH...semoga mendapat DOA2 kebajikan drpd mereka kelak..

Jika dipinta

Jika dipinta cintamu katakanlah ia hanya untuk ALLAH
Jika dipinta rindumu katakanlah ia hanya untuk RASULLAH
Jika dipinta kasih sayangmu katakanlah ia hanya untuk ibu bapamu
Jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya

NILAI IMAN

NILAI IMAN

Jika kita ditanya oleh seseorang, “Tuan ada duit tak?”

Kebetulan dalam poket kita ada 10 sen

Apakah jawapan yang sepatutnya kita berikan?

Jika kita jujur, maka kita mestilah menjawab,

“Ya, saya ada duit. Tapi 10 sen saja!”

Kenapa?

Ini disebabkan 10 sen itu pun duit yang diakui sah sebagai mata wang.

Cuma nilainya teramat kecil.

Apa agaknya yang dapat kita beli dengan wang bernilai 10 sen pada hari ini?

Bagaimana pula jika kita ada RM10.00 (RM= Ringgit Malaysia)?

Atau RM100.00?

Atau RM1,000.00?

Semua kita setuju, itu juga duit, sama seperti syiling 10 sen tadi.

Namun begitu, nilainya amat berbeza sekali!

Nilai 10 sen dan RM10.00, apa jauh bezanya.

Apatah lagi jika dibandingkan dengan nilai RM1,000.00!

Walaupun semuanya adalah wang, tetapi kita faham betapa berbeza nilainya.

Apabila nilainya berbeza, maka manfaatnya juga berbeza.

Begitu juga nilai IMAN.

Kita semuanya BERIMAN, tetapi apa yang lebih kita perlu perhatikan ialah sejauhmana nilai (KUALITI) IMAN kita.

Adakah nilai iman kita sekadar iman 10 sen atau iman RM1,000??

Bagi mengukur nilainya tadi, kita perlu merujuk kepada sifat-sifat IMAN dan juga contoh-contoh KEIMANAN generasi yang telah diperakui KEIMANAN mereka oleh الله سبحانه وتعالى , iaitu para nabi dan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Al-Quran dipenuhi dengan cerita dan rakaman peristiwa berkenaan dua golongan insan pilihan ini.
 — with Shaik Mohamad Shaik Sadakthullah.

IMAN



IMAN bukanlah perkara yang kekal jumud tidak berubah. IMAN adalah kualiti HATI. Kualiti yang akan menentukan pula kualiti seluruh amalan dan tindak-tanduk kita. Aqidah Islam mengajarkan bahawa IMAN bagi manusia biasa boleh bertambah dan berkurang.

Oleh itu, para ulama' di dalam bidang dakwah dan islah ummah menyatakan, adalah sangat penting untuk kita sentiasa memuhasabahkan keadaan IMAN kita.

Bagi memungkin muhasabah itu dilakukan, maka sangat penting untuk meneliti sifat-sifat IMAN.

Al-Quran dipenuhui dengan dakwah KEIMANAN dan penerangan tentang sifat-sifat KEIMANAN.

الله سبحانه وتعالى berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN itu (yang sempurna IMANnya) ialah mereka yang apabila disebut nama الله gementarlah HATI mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, menjadikan mereka bertambah IMAN dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah al-Anfaal, 8:2)

Kita telah membicarakan tentang sifat pertama mereka yang sempurna IMAN-nya, iaitu HATI mereka cukup terkesan apabila nama الله disebutkan.

Rasa agung dan besarnya الله itu bukan sekadar membekas di dalam pemahaman sahaja, tetapi merebak menyelinap ke seluruh urat darah dan salur-salur nadi mereka.

Bagaikan besi berani, HATI mereka akan cukup terkesan apabila nama الله dibicarakan.

Apabila sifat-sifat الله dimuzakarahkan.

Apabila janji-janji الله diulang-ulang.

Seterusnya, bagi mereka yang BERIMAN, الله سبحانه وتعالى menyatakan bahawa apabila ayat-ayat الله dibacakan kepada mereka, maka KEIMANAN mereka akan bertambah.

Imam asy-Syaukani di dalam kitab tafsir Fathul-Qadir beliau menyatakan,

★ ★ ★ ★ "Hadrat Ibnu Abbas رضي الله عنه menyatakan bahawa maksud ‘bertambah KEIMANAN’ di sini ialah bertambahnya pembenaran terhadap الله سبحانه وتعالى "

Manakala ar-Rabii’ bin Anas pula menyatakan, ayat ini bermaksud,

★ ★ ★ ★ "bertambah rasa gerun terhadap kehebatan الله سبحانه وتعالى "

Bagi mereka yang benar-benar BERIMAN, untuk mendengar ayat-ayat الله dibacakan dengan erti kata disampaikan kandungannya, itu sahaja pun sudah memadai untuk menyebabkan kualiti KEIMANAN mereka bertambah.

Bukan mereka tidak BERIMAN sebelum ini, tetapi kualiti KEIMANAN merekalah yang telah dipertingkatkan.

❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿

Kadang - Kadang.... Sedangkan semuanya demi maruah

Kadangkala , KITA TERSENYUM HANYA UNTUK MENUTUP LUKA DI HATI dan kadangkala , KITA KETAWA HANYA UNTUK MENGUBATI KESEDIHAN DALAM DIRI . Adakalanya , KITA MELANGKAH DENGAN PENUH YAKIN , sedangkan , BERJUTA PERASAAN GOYAH MENUNGGU REBAH . Apabila MENANGIS , TIADA SIAPA YANG TAHU . SEMUANYA , DEMI MARUAH ! walau SIAPA PUN KITA , DI MANA KITA BERADA , LANGIT TETAP DI JUNJUNG . SELAGI KITA MASIH HIDUP , LANGKAH MESTI DITERUSKAN . JANGAN , SESEKALI KESAL dengan NASIB DIRI kerana KITA ADALAH SEBAHAGIAN MAKHLUK ALLAH SWT YANG SEDANG DI UJI OLEH - NYA

Buat sahabatku semua..... :) Sempena Bulan Ramadan

Sempena Bulan Ramadan

Jika HATI itu seputih awan *
Biarkanlah ia bergerak dengan keikhlasan.
Jika HATI itu setenang lautan *
Mengalirlah ia dengan kejujuran.
Jika HATI itu seindah pelangi *
Warnakanlah ia dengan kebahagiaan.
Jika HATI itu sehebat bulan *
sinarkanlah ia dengan persahabatan.
Jika HATI itu dilukai *
Sembuhkanlah ia dengan kemaafan.
Jika HATI itu gelap *
Terangkanlah dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Photo: Sempena Bulan Ramadan

Jika HATI itu seputih awan * 
Biarkanlah ia bergerak dengan keikhlasan.
Jika HATI itu setenang lautan * 
Mengalirlah ia dengan kejujuran.
Jika HATI itu seindah pelangi * 
Warnakanlah ia dengan kebahagiaan.
Jika HATI itu sehebat bulan * 
sinarkanlah ia dengan persahabatan.
Jika HATI itu dilukai * 
Sembuhkanlah ia dengan kemaafan.
Jika HATI itu gelap * 
Terangkanlah dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

ツ nota CINTA..pesanan hati



Photo: ツ nota CINTA..pesanan hati 

Wahai adam..jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||. •.♥•

•.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• Lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin ツ


ツ nota CINTA..pesanan hati

Wahai adam..jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ
 ☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||. •.♥•

•.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• Lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin ツ

AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

Ketika Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat pada suatu hari, beliau kelihatan seperti sukar melakukan pergerakan. 

Ini menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. 


Mereka tidak dapat solat dengan khusyuk dan merasa terganggu.

Setiap kali Nabi bergerak, kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu sama lain.

Umar r.a. yang risau melihat keadaan itu terus bertanya setelah mereka selesai solat.

“Wahai Rasulullah, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah?”

“Tidak, Umar” jawab Nabi SAW

“Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

Namun Umar r.a. tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

“Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.”

Tetapi Nabi Muhammad tetap SAW mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad SAW mengangkat jubahnya.

Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar.

Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad SAW menggerakkan tubuhnya.

“Wahi Rasulullah, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan Nabi SAW

“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad SAW

“Aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untukku.

Tetapi apakah yang akan ku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatNya???”

Kemudian Nabi SAW menyambung,

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak"

SUBHANALLAH!! Beginilah ciri-ciri pemimpin agung....bandingkan dengan yang sekarang!!
Photo: AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

Ketika Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat pada suatu hari, beliau kelihatan seperti sukar melakukan pergerakan. 

Ini menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. 

Mereka tidak dapat solat dengan khusyuk dan merasa terganggu. 

Setiap kali Nabi bergerak, kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu sama lain. 

Umar r.a. yang risau melihat keadaan itu terus bertanya setelah mereka selesai solat. 

“Wahai Rasulullah, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah?” 

“Tidak, Umar” jawab Nabi SAW

“Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” 

Namun Umar r.a. tidak berpuas hati dengan jawapan itu. 

“Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.” 

Tetapi Nabi Muhammad tetap SAW mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. 

Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad SAW mengangkat jubahnya. 

Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar. 

Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad SAW menggerakkan tubuhnya.

“Wahi Rasulullah, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan Nabi SAW

“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad SAW

“Aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untukku. 

Tetapi apakah yang akan ku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatNya???”

Kemudian Nabi SAW menyambung, 

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak"

SUBHANALLAH!! Beginilah ciri-ciri pemimpin agung....bandingkan dengan yang sekarang!!

Apa pandangan ANDA ????????????????


Inilah 7 Rahsia Istighfar

❥ Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat:

Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna..

Permohonan Ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diiringi dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya..

Inilah 7 Rahsia Istighfar :

❥ 1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH

Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun..
(QS. Nuh :10)..

❥ 2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI

Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya..
(HR. Abu Daud)..

❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN

Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu..
(QS. Hud :52)

❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN

Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan
(QS. Hud :3)

❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT

Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat
(QS. An-Naml :46)

❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS

Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar):

Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih...

(Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)...

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu

(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim)

❥ 7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH

Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar)
(QS. Al-Anfal :33)


HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum