Mari kita Berkawan

November 9, 2010

Ketahanan Mental



Bila bercakap pasal kecergasan, selama ni kita banyak didedahkan dengan kecergasan fizikal, endurance dan stamina yang tinggi seperti dilihat pada atlit-atlit sukan. Tapi, bagaimana pula dengan kecergasan mental?

Pernahkah Anda mendengar pakar motivasi Malaysia bercakap mengenai hal ni? Ada tak Anda jumpa di dalam bahan-bahan bacaan motivasi yang lain? Memang ada, cuma ia disebut dengan perkataan yang berlainan.

Kecergasan mental maksudnya ketahanan minda untuk berdepan dengan cabaran dan situasi yang banyak menguji kesabaran, ketabahan dan kawalan emosi kita. Kecergasan mental boleh dilatih dan dapat dibentuk, sepertimana kecergasan fizikal.

Bagaimana? Anda perlu berlatih dengan gigih, bijak dan berterusan. Latihan untuk kecergasan minda adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti intelek seperti membaca, membuat latihan matematik dan aktiviti-aktiviti kreatif.

Dalam pada itu, makan makanan yang meransang kekuatan minda seperti kismis, kuning telur dan multi-vitamin yang baik untuk memori otak. Banyakkan mengambil protein dan makanan-makanan minda yang lain. Jauhkan diri dari rokok, minuman keras dan maksiat yang dilarang oleh ajaran Islam.

Selain tu, latih diri untuk mengawal emosi, rasa marah dan pupuk kesabaran dalam jiwa Anda. Dengan kawalan emosi yang lebih baik, membuat Anda menjadi seorang yang penyabar dan mampu menghadapi apa jua dugaan dengan kesabaran dan sikap optimis. Kesannya, motivasi And akan kekal berpanjangan.

Mental fitness ada pada pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dan golongan profesional seperti pensyarah, ahli sains, doktor, penyelidik, designer, penulis dan usahawan. Apa yang membezakan ada tahap kecergasan mental mereka.

Lebih banyak Anda melibatkan diri dalam aktiviti intelektual (membaca, menganalisa, memikir dan merekacipta sesuatu) maka lebih cergas jadinya minda Anda. Jadi, bangunkan kecergasan mental Anda hari ini juga!

Emosi itu Bagaikan Bom Jangka

Emosi ada sedih, gembira, marah. Samakah dengan nafsu?




Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antaraemosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.

Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini.  Antaranya :

o        Kelangsungan hidupEmosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

o        Membuat keputusanEmosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan  sumber informasi yang penting.  Kajian menunjukkan jika perhubungan emosiseseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.  Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

o        Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.  Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.

o        Komonikasi- Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.  Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.

o        Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang.  Jika kita dapat mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.

o        Kesatuan-  Emosi adalah universal.  Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

o        Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurusemosi yang negatif.  Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.  Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.  Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.


Bagaimana menunjukkan emosi negatif?

Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.  Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa menunjukkan perasaan negatif tersebut:

i.      Jangan terlalu dramatik.
ii.     Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.
iii.    Singkatkan interaksi.
iv.    Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
v.     Cakap apa yang anda rasai.
vi.    Tanya apa yang orang lain rasai.
vii.    Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham dengan awak
        atau saya tahu tujuan awak baik).


Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.

Kesihatan juga boleh mempengaruhi emosi seseorang.

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum