Mari kita Berkawan

October 18, 2011

Sebab lelaki suka tengok tubuh badan wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, 

maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.






September 22, 2011

Bagaimana hendak mengenali orang??????

Pesan bijak pandai, untuk mengenali orang di sekeliling kita, lihat kepada reaksinya pada 3 tempat/keadaan, iaitu;
1. Untuk mengetahui samada org itu lemah lambut atau tidak, lihatlah pada ketika dia marah. Jika dia seorang yg lemah lembut, dia tidak akan mudah dipengaruhi emosi marah. Jika hal yg menjadi punca kemarahan itu adalah kesalahan dirinya, dia akn segera meminta maaf. Namun, jika kesalahan itu adalah kesalahan orang lain terhadapnya, dia akan memaafkan. Sebgai contoh, kisah Malik bin Dinar. Khadamnya membawa bekas panas berisi mknn, dan bekas makanan tersebut telah jatuh ke atas budak kecil iaitu anak kepada Malik bin Dinar. Malik bin Dinar memaafkan khadamnya itu kerana khadam itu tidak sengaja. Ini adalah contoh seorang yg lemah lembut.

Namun, perlu juga dilihat pada tempat utk marah/memaafkan kesalahan orang. Jangan sampai dikatakan zalim. Cth: Marah perlu jika syariat Allah dilanggar.
2. Untuk mengetahui samada org itu seorang yg berani atau tidak, lihatlah ketika dia berada di medan peperangan. Orang yg berani tidak akan berundur walaupun diasak oleh pihak musuh. Perang di sini adalah besar dan luas maknanya, bukan hanya tertakluk kepada peperangan dengan mengangkat senjata seperti zaman Rasulullah.
Biar badan kecil, otak dan hati jgn kecil..
3. Untuk mengetahui samada org itu adalah seorang kawan atau bukan, lihatlah ketikamana kamu memerlukan dia (dalam kesusahan terutamanya). Jika dia benar adalah sahabat kita, dia tidak akan meninggalkan kita keseorangan tatkala kita terkapai-kapai sendirian.
Bahu-membahu/tolong-menolonglah kamu dalam perkara2 kebajikan..
Bagaimana? Sudah kenal diri kita? Walaupun tajuknya adalah ‘bagaimana nk kenal orang lain’, tetapi adalah lebih baik kita menjadikannya sebagai satu medium utk kita bermuhasabah. Seorang yg lemah-lembutkah kita? Seorang yang beranikah kita? Adakah layak kita ni dianggap sebagai seorang kawan, sahabat?
Tanya diri sendiri, dan sila jawab sendiri. Jwapan ada di dalam diri masing-masing, tinggal sahaja terpulang pada kita untuk menjawabnya secara jujur mahupun terus-terusan menipu diri. Yang penting, bila dah dapat jawapan, bergeraklah utk menjadikan diri kita lebih baik dari hari sebelumnya. Allahua’lam..
Sayangilah mereka2 yg berada di sekeliling kita walaupun mereka itu musuh kita =)

September 6, 2011

Pada suatu Zaman Nanti Manusia Lebih Suka Mati





Hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan dimana pada suatu zaman nanti orang-orang lebih suka dia dimatikan, kerana keadaan yang wujud ketika itu. Rasulullah s.a.w. juga disebutkan ada bersabda tentang bersegeralah kepada kematian dikeranakan ada bebarapa sebab diantaranya.
“Kekuasaan dipegang oleh orang-orang bodoh.” 
Maksudnya, pemegang kuasa agama diambil atau dilantik dari kalangan orang-orang yang bukan ahlinya.
 

Quran dijadikan sebagai nyanyian oleh sekolompok manusia iaitu merika menampilkan seseorang untuk “menyanyikan” Al-Quran bagi mereka.
Kemudian disebutkan juga tentang Al-Quran dilagu-lagukan, bukan untuk difahami dan diamalkan. 

Abu Abbas berkata: “tidakkah anda mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Bersegeralah kalian pada kematian kerana enam perkara:”

Kekuasaan dipegang orang-orang bodoh. 
Kerana banyaknya sekatan.
 
Kerana diperjual belikan hukum.
 
Kerana diremehkannya darah (pembunuhan).
 
Kerana diputuskannya silaturahim.
 
Kerana dijadikannya Al-Quran sebagai seruling oleh sekolompok manusia.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak sepatutnya salah seorang diantara kalian mengharapkan kematian, kecuali jika dia benar-benar yakin akan amalnya dan jika kelian mengetahui enam perkara dalam Islam, bolehlah kalian berharap akan kematian. 

Kisah Benar….Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina

“Ambillah iktibar dari kisah benar ini...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.




July 25, 2011

Kebaikan berpuasa dan berlapar

Assalamualaikum...
Dalam menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, semasa artikel ini ditulis tidak sampai seminggu saja lagi semua umat islam akan mula berpuasa pada tahun ini. Sudah tentu semua orang islam berasa gembira untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan pada setiap tahun. Kita sebagai orang islam mesti berasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada kali ini. Kita tidak tahu mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir dalam hidup kita dan mungkin tidak akan dapat bertemunya lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Dalam bulan ramadhan semua umat islam adalah wajib untuk melaksanakan ibadat puasa yang telah diperintahkan pada bulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dengan melatih diri berlapar dan berpuasa akan memberi kebaikan kepada diri manusia.
1. Dapat terhindar diri manusia dari pelbagai jenis penyakit. Ini kerana banyak penyakit yang berpunca dari makanan yang  anda makan. Pada bulan puasa sudah tentu perut kita akan dapat berehat seketika dari menerima pelbagai jenis makanan seperti yang kita makan pada bulan-bulan sebelumnya. InsyaAllah dengan berlapar dan berpuasa akan dapat menjauhkan diri manusia dari pelbagai jenis penyakit.
2. Menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. Selalunya terlalu banyak perbelanjaan yang keluar dalam aktiviti seharian anda jika tidak dikawal. Dengan berlapar atau berpuasa akan dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang mungkin banyak dalam perbelanjaan membeli makanan. Oleh itu ia dapat menjmatkan kos perbelanjaan seharian anda.
3. Dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu manusia. Apabila seseorang berada dalam kekenyangan maka syaitan akan mudah masuk ke dalam hati mereka dan semakin mudahlah seseorang akan mengikut hawa nafsu. Dalam keadaan lapar nafsu manusia akan menjadi lemah dan akan dapat menghindarkan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan. Sebab tu apabila seseorang berpuasa maka keinginan untuk mengikut hawa nafsu akan berkurangan.
4. Hati akan mudah untuk berasa khusyuk dalam solat kerana pintu godaan syaitan telah tertutup. Hati manusia susah untuk khusyuk kerana syaitan yang selalu menggoda. Apabila manusia berada dalam kekenyangan, ia adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. Maka, berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga hati dari godaan nafsu dan syaitan.
5. Memberi keinsafan dalam diri kerana mengingatkan kepada fakir miskin yang selalu berada dalam keadaan kelaparan. Setiap hari golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin berada dalam keadaan kelaparan kerana kesusahan hidup yang mereka alami. Walaupun anda tidak terlalu kaya tapi sekurang-kurangnya anda cukup makan setiap hari berbanding dengan golongan fakir miskin. Anda perlu bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan dan bersedekahlah kepada golongan fakir miskin jika berkemampuan.
Lapar adalah cara terbaik untuk menundukkan hawa nafsu yang selalu bermaharajalela dalam diri manusia. Lapar juga akan menutup pintu hati manusia dari godaan syaitan. Cubalah menahan diri anda dari terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Berlapar bukanlah sampai menyiksa diri sendiri. Cuma berpada-pada jangan terlalu kenyang kerana makan terlalu banyak dan terlalu kenyang yang akan menyiksa diri sendiri. Hati manusia juga akan menjadi keras jika terlalu banyak makan. Berpuasa adalah cara yang terbaik dan mendapat pahala. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba. 

Kelebihan berpuasa


Nabi saw bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim). 

Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)

Nabi saw bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi saw bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi saw bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Tauladan suami isteri yang selalu bergaduh


Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, aitu merekadiminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua. Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnyamereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra,sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?". Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai"."Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".
Beberapa hikmah: 
1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika
 seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas.... 

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,
 sehingga Nabi Muhammad saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang
 lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah
 membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi Muhammad saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan. 

Wanita sebagai ahli NERAKA


Rambut digantung dan otak mendidih

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’

‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’
‘Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’

Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’

‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’

‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’



Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’

Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’



Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’

Tip pikat isteri

1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri.

2
. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin.

3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir.

4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin.

5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri.

6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri.

7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Malam Pertama 2

SOALAN:
SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Setiap kali hendak memasukkannya isteri saya mengadu sakit. Umur saya 37 tahun manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?

Rahman,
Johor Bahru
JAWAPAN:
Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika bersetubuh. Pasangan perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj dengan melegakan ruang faraj supaya mudah untuk zakar masuk.

Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj. Jika dalam keadaan risau, sukar untuk wanita itu memberi tumpuan. Dia akan mencengkam faraj, menyebabkan pembukaan faraj tidak kelihatan.

Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat memasuki faraj.

Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Dalam keadaan takut atau risau, kawalan faraj tiada dan faraj boleh mencengkam tanpa kawalan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’.

Isteri anda perlu menemui pakar untuk menyelesaikan masalahnya. Dapatkan cakera padat video (VCD) ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ di pasaran. Ada banyak maklumat mengenai cara mengendalikan malam pertama.
Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Malam Pertama 1

SOALAN:
SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri. Apa sepatutnya saya lakukan? Ada ke ubat atau makanan untuk menjadikan zakar tegang dan keras selain mampu bertahan lama?

Alex,
Selangor

JAWAPAN:
Memang perkara semula jadi untuk mana-mana individu, sama ada lelaki atau wanita, akan terangsang apabila berdepan objek yang memberahikan mereka. Jika objek itu tidak merangsangkan perasaan syahwatnya, sukar untuk mereka mencapai ereksi. Proses ini dikenali sebagai orientasi seksual. Bagi golongan gay, mereka akan menggunakan seks khayalan (penetratif) dengan menggunakan mindanya untuk mencetuskan rangsangan seksual seperti bersetubuh dengan lampu dipadamkan dan melakukan penembusan faraj dari belakang. Adakalanya dia akan memujuk pasangannya memotong rambut supaya lebih kelihatan macam lelaki supaya dapat membangunkan keterampilan kelelakian itu untuk mencapai ereksi dan melakukan hubungan seksual.

Pendek kata, lelaki atau wanita gay masih boleh berlagak atau berlakon macam mereka bukan gay dengan cara yang dijelaskan tadi. Namun, lama kelamaan mereka akan rasa bosan dan kembali kepada naluri asalnya jika dia benar-benar gay. Berbeza dengan biseksual yang masih dapat mempertahankan dirinya untuk memilih pasangan seksnya secara tetap. Tiada ubat yang dapat menukarnya terangsang dengan jantina lain jika seseorang tetap dengan jantina pilihannya.

Ubat PDE-5 inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra hanya berfungi apabila lelaki yang mengalami rangsangan seksual gagal mencapai ereksi. Jika makan ubat dan tiada apa perasaan rangsangan, ereksi tidak akan berlaku. Fikirkan baik-baik sebelum anda berkahwin. Jangan sia-siakan pasangan anda. Jika sudah berkahwin, pandai-pandailah menyesuaikan diri.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Isteri Lambat Klimaks

SOALAN:
Saya baru berkahwin semula selepas lama menduda. Menggunakan pengalaman sedia ada, saya menjalin hubungan intim bersama isteri baru.

Bagaimanapun, isteri saya lambat klimaks. Soalan saya, adakah produk atau ubat untuk mempercepatkan klimaks wanita?

Lan,
Kuala Lumpur



JAWAPAN:
Seperti lelaki, wanita mempunyai anggota kelamin yang sensitif kepada sentuhan dan boleh membangkitkan syahwatnya.

Wanita juga dianugerah Tuhan beberapa tempat bahagian tubuh badannya yang boleh mengghairahkan jika tempat itu dirangsang seperti payu dara, puting, ketiak, leher, lidah dan mulut.

Dalam keadaan terangsang, anggota sulit wanita mengembang, corong faraj melega dan lelehan keluar dari faraj, yang menandakan anggotanya bersedia menjalin hubungan intim.

Sudah tentu dalam keadaan bersedia itu serta belaian yang suami beri kepadanya, tahap rangsangan akan mendadak dan mencapai tahap kemuncak, maka akan berlaku klimaks.

Klimaks untuk wanita sangat cepat dan boleh berlaku berkali kali. Jika wanita itu takut, risau dan tidak dapat belaian yang diinginkan, tentu dia tidak mencapai kemuncak kerana tiada rangsangan atau rangsangan tidak sampai kemuncak kerana gangguan.

Yang mustahak ialah anda menambah belaian dan sentuhan intim supaya dia rasa ghairah dan memudahkannya mencapai kemuncak apabila anda melakukan seks penetratif.

Wanita mudah mencapai klimaks dengan geselan klitoris dan posisi seperti wanita di atas dapat memudahkannya mencapai klimaks.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Resah Bakal Pengantin

SOALAN:
SAYA berusia 24 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ketika berusia 10 tahun, saya pernah termakan ubat kepunyaan ibu saya, yang rasanya manis seperti gula dan berwarna kuning gelap.

Saya tidak tahu ubat apa tetapi selepas beberapa kali mengambilnya, baru saya mendapat tahu ubat itu untuk menopaus (putus haid).

Adakah ubat itu memberi kesan kepada organ seks saya? Pada masa ini, organ seks saya masih berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan air mani apabila saya melakukan onani.

Bagaimanapun, saya masih bimbang jika sejarah saya makan ubat kepunyaan ibu akan memberi kesan negatif kepada alat zakar dan kualiti serta kandungan sperma saya.

Sam,
Kajang
JAWAPAN:
Menjadi kebiasaan mana-mana individu yang bakal mendirikan rumah tangga akan mula memberi tumpuan lebih ke atas aspek kesihatan diri, terutama kesihatan anggota reproduktif.

Mereka bimbang anggota itu bermasalah akibat ‘sejarah’ silam, sekali gus menjejaskan masa depan dengan pasangan mereka.

Masalah anda ialah pernah termakan ubat ibu anda tanpa mengetahui kandungan ubat berkenaan. Ini berlaku sudah lama. Jika ada apa-apa kesan atau implikasi sudah diketahui sekarang. Jika tiada, anda tidak perlu khuatir kesan jangka panjang.

Masalah tidak berlaku kerana anda mempunyai sistem reproduksi yang berfungsi, dapat mencapai ereksi dan boleh mencapai ejakulasi.

Perkara yang anda perlu khuatir yang mungkin boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan ialah amalan onani.

Jika anda ketagih dengan perbuatan onani itu, tentu anda tidak dapat mengurangkannya dan akan menjejaskan hubungan keintiman dengan pasangan apabila anda lebih seronok dengan cara onani daripada hubungan seks dengan pasangan.
Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Risiko Zuriat Pasangan Sepupu

SOALAN:
SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat.

Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan terperinci.


Eusoff,
Subang Jaya, Selangor

JAWAPAN:
PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak.

Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal.

Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing.

Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan.

Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.


Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Punca Berubah Warna Air Mani

LELAKI sungguh prihatin dengan organ seksual mereka. Berikutan sikap semulajadi itu, mereka kerap ‘gelabah’ apabila mendapati organ seksual mereka tidak menepati apa yang dilihat, terutama kepada ‘kaki’ filem lucah.

Saya kerap menerima soalan mengenai warna air mani. Setiap kali ada perubahan pada warna cecair mengandungi sperma itu, mereka terus menjadi ‘serabut’ dengan berfikiran sudah dijangkiti penyakit kelamin.
Ini adalah pemikiran sempit. Mungkin kepada lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti seks bebas, mereka sentiasa diburu bayang-bayang dosa sendiri.

Namun, tidak semua perubahan air mani ada kaitan dengan penyakit seks.

Saya memberi contoh soalan ini: “Air kencing saya kadangkala mempunyai lendir berwarna kuning. Begitu juga air mani saya. Kadangkala air mani saya juga tidak berwarna putih seperti biasa. Ia berwarna ‘koko’ seakan-akan bercampur darah.

“Saya juga mengalami masalah di mana saya tidak berasa senak apabila sesuatu berlaku pada buah zakar saya, seperti terkena tendangan bola. Adakah ini menunjukkan buah zakar saya sudah tidak berfungsi?”

Di dalam dunia perubatan sakit tuan, warna air mani tertakluk kepada cecair yang banyak keluar daripada pundi yang terbabit menghasilkan air mani.

Jika ia berwarna kekuningan, kemungkinan besar banyak cairan keluar daripada pundi seminal dan jika ia kelihatan kelabu putih, itu bermakna banyak cecair datang daripada pundi prostat.

Jika warna kelihatan ‘koko’ pula, ia menunjukkan ada kandungan darah dalam air mani dan mungkin petanda jangkitan dalam pundi prostat.

Kadangkala air mani kekuningan menjadi petanda jangkitan kepada pundi prostat.

Bagaimanapun, semua perkara di atas perlu mendapat kepastian dan bukan sekadar melihat apa perubahan yang berlaku tetapi tidak menjalani rawatan doktor kerana bimbang disahkan mengidap penyakit, terutama kelamin yang sungguh memalukan.

Namun, tidak semua penyakit kelamin berasaskan seks bebas atau meniduri ‘wanita kotor’, sebaliknya boleh berlaku disebabkan kerosakan kepada beberapa pundi yang penting di dalam ‘dunia seksualiti’ lelaki.

Jangan ‘dibuai’ kebimbangan tanpa bersebab. Berjumpalah doktor, bukan bomoh atau tukang urut untuk ketenangan fikiran apabila anda berasa ada perubahan pada organ seksual.

Saya juga menasihatkan supaya anda jangan bertanya yang bukan pakar seperti rakan kerana nasihat yang tidak betul akan memudaratkan anda seumur hidup.

Mengenai perasaan senak yang biasa timbul jika buah zakar tercedera, itu tertakluk kepada keadaan.

Kebiasaan untuk kerandut mengecut ketika sesuatu kemalangan berlaku kepada buah zakar. Ini satu perlindungan semulajadi yang tidak perlu dibimbangkan.
Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/

Bersetubuh Mengikut Cara Islam

SOALAN:
SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam IslamPosisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas. Untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.

DJ ROCK,
Bayan Lepas
JAWAPAN:
Pernah sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenaihubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali. Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.

Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkanereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita. Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa dan mudah untuk melakukan hubungan seksual.

Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi anda duduk dan dia duduk di atas paha anda dengan memasukkan ereksi anda ke dalam farajnya dan mukanya bertentangan dengan muka anda.

Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmati selepas Matinya



 Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 


Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya 


2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 


3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.  


4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.  


5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.   


6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya  


7. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : 


"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam : 
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan 
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. 

kisan nafsu yang degil



 Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. 

12 Azab meninggalkan sembahyang


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka. 

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum