Mari kita Berkawan

July 25, 2011

Kebaikan berpuasa dan berlapar

Assalamualaikum...
Dalam menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, semasa artikel ini ditulis tidak sampai seminggu saja lagi semua umat islam akan mula berpuasa pada tahun ini. Sudah tentu semua orang islam berasa gembira untuk menyambut ketibaan bulan ramadhan pada setiap tahun. Kita sebagai orang islam mesti berasa gembira kerana dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada kali ini. Kita tidak tahu mungkin ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir dalam hidup kita dan mungkin tidak akan dapat bertemunya lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Dalam bulan ramadhan semua umat islam adalah wajib untuk melaksanakan ibadat puasa yang telah diperintahkan pada bulan ramadhan. Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dengan melatih diri berlapar dan berpuasa akan memberi kebaikan kepada diri manusia.
1. Dapat terhindar diri manusia dari pelbagai jenis penyakit. Ini kerana banyak penyakit yang berpunca dari makanan yang  anda makan. Pada bulan puasa sudah tentu perut kita akan dapat berehat seketika dari menerima pelbagai jenis makanan seperti yang kita makan pada bulan-bulan sebelumnya. InsyaAllah dengan berlapar dan berpuasa akan dapat menjauhkan diri manusia dari pelbagai jenis penyakit.
2. Menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan. Selalunya terlalu banyak perbelanjaan yang keluar dalam aktiviti seharian anda jika tidak dikawal. Dengan berlapar atau berpuasa akan dapat mengurangkan perbelanjaan anda yang mungkin banyak dalam perbelanjaan membeli makanan. Oleh itu ia dapat menjmatkan kos perbelanjaan seharian anda.
3. Dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu manusia. Apabila seseorang berada dalam kekenyangan maka syaitan akan mudah masuk ke dalam hati mereka dan semakin mudahlah seseorang akan mengikut hawa nafsu. Dalam keadaan lapar nafsu manusia akan menjadi lemah dan akan dapat menghindarkan diri seseorang dari melakukan kemaksiatan. Sebab tu apabila seseorang berpuasa maka keinginan untuk mengikut hawa nafsu akan berkurangan.
4. Hati akan mudah untuk berasa khusyuk dalam solat kerana pintu godaan syaitan telah tertutup. Hati manusia susah untuk khusyuk kerana syaitan yang selalu menggoda. Apabila manusia berada dalam kekenyangan, ia adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. Maka, berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga hati dari godaan nafsu dan syaitan.
5. Memberi keinsafan dalam diri kerana mengingatkan kepada fakir miskin yang selalu berada dalam keadaan kelaparan. Setiap hari golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin berada dalam keadaan kelaparan kerana kesusahan hidup yang mereka alami. Walaupun anda tidak terlalu kaya tapi sekurang-kurangnya anda cukup makan setiap hari berbanding dengan golongan fakir miskin. Anda perlu bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan dan bersedekahlah kepada golongan fakir miskin jika berkemampuan.
Lapar adalah cara terbaik untuk menundukkan hawa nafsu yang selalu bermaharajalela dalam diri manusia. Lapar juga akan menutup pintu hati manusia dari godaan syaitan. Cubalah menahan diri anda dari terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa. Berlapar bukanlah sampai menyiksa diri sendiri. Cuma berpada-pada jangan terlalu kenyang kerana makan terlalu banyak dan terlalu kenyang yang akan menyiksa diri sendiri. Hati manusia juga akan menjadi keras jika terlalu banyak makan. Berpuasa adalah cara yang terbaik dan mendapat pahala. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba. 

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum