Mari kita Berkawan

October 1, 2010

Mengumpan cinta


LUV


Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari.
Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh
secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.
Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia
mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan
dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai
kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang
mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal
perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga
apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya
selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati
saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih
dari seorang kawan?
Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,
tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin
menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap
dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah
memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-
diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang
lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.
Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain
dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang
lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak
sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang
lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.
Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia
ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan
mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah
umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika
ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai
kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata
berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali
adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi
dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan
umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu
bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak
perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya
lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak
dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam
senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang
lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik,
sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah
berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak
sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu
berbaik-baik.
Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil
keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti
dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang
serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya
adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya
seawal perkenalan anda dengannnya.
Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum