Mari kita Berkawan

January 3, 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M telah diadakan dengan jayanya pada 12 Rabi’ulawwal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 (Selasa), bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminahtelah berkenan mencemar duli menghadiri majlis berkenaan sekaligus merasmikannya.
 
Dengan bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor; YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri; YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman;YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M, dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.
 
Majlis sambutan itu turut disertai lebih 13,500 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Terlebih dahulu, para peserta kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul, yang bermula dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya dan turut diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.
 
Pada majlis itu juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah Maulidur Rasul SAW kepada sembilan penerima anugerah yang terbahagi kepada dua kategori. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1435H/2014M ialah YBhg. Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah  RM50,000, sijil dan plak serta hadiah iringan Mashaf al-Quran dan set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.
 
Manakala penerima-penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW pula ialah YBhg.Tan Sri Abdul Kader Talip, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Faiza bin Haji Thamby Chik, Felo Kehormat Universiti Sains Islam Malaysia, YBhg. Datuk Wira Hj.Hamza bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa, Pensyarah di Jabatan Akidah dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Datin Rosmiyati binti Haron, Mantan Pengarah Bahagian Latihan Jakim, YBhg. Encik Azimi Kassim @ Pak Ngah, Juruhebah Radio Salam fm dan  Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, Pelajar Malaysia di Turki dan Sukarelawan Malaysia. Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, sijil dan plak serta hadiah iringan mashaf al-Quran dan  set Kitab Tafsir Fi-Zilalil Quran yang bernilai RM 3,000.00.
 
Majlis sambutan ini diakhiri dengan ceramah khas yang disampaikan oleh pendakwah bebas, YBhg. Ustaz Mohammad Kazim bin Elias.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum