Al-Quran terdiri dari himpunan ayat-ayat yang terkandung di dalam 114 surah. Ayat-ayat di dalam surah-surah tersebut, semuanya adalah wahyu dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, diturunkan selama 23 tahun. Setiap surah berbeda panjang pendeknya, memiliki ciri-ciri tersendiri, dan kronologi peristiwa yang berbeda. Kebanyakan surah-surah mempunyai satu nama, namun ada yang lebih dari satu nama.
Tidak ada garis panduan yang muktamad tentang berapa banyak al-Qur’an perlu di baca. Ianya bergantung pada azam dan niat seseorang. Juga pada situasi kehidupan yang dijalani individu. Membaca untuk tujuan bertafakur, memikir dan mendalami pemahaman, maka al-Qur’an di baca dalamasa yang lebih panjang. Iman al-Ghazali pernah mendengar seseorang berkata “aku selesai membaca al-Quran kadangkala pada setiap hari Jumaat, kadangkala setiap bulan, kadangkala setiap tahun.” Dan pernah juga beliau terdengar dari seseorang, “aku telah cuba mengkhatam pembacaan al-Quran sejak 30 tahun yang berlalu, namun masih belum mampu.” (Ihya Ulumuddin)
Jarak masa mengkhatam pembacaan al Qur’an di kalangan para sahabat dan para pengikut juga berbeda antara satu dengan yang lain. Ada yang khatam dalamasa 30 hari, ada dalamasa 10 hari, ada pula dalamasa 7 hari, bahkan ada dalamasa sehari.
Bagi memudahkan pembacaan seseorang sehingga khatam, maka pembacaan al-Qur’an boleh dilakukan mengikut Juz’/Ajiza untuk jangkamasa 30 hari, atau mengikut Manazil untuk jangkamasa 7 hari khatam.
Pembacaan al-Quran mengikut 30 Juz’/Ajiza. Al-Qur’an dibahagikan kepada 30 bahagian yang saksama, disebut juz' (lebih dari satu: ajiza). Juz’-juz' ini tidak tertakluk kepada surah; kerapkali sesuatu juz’ terhenti di tengah atau mana-mana bahagian ayat di dalam sesuatu surah. Peng- juz’-an dilakukan untuk memudahkan skala pembacaan dalam masa 30 hari, pembacaan menjadi seimbang dan saksama setiap hari sehingga khatam dalamasa 30 hari.
Peng-juz’-an ini penting terutama pada bulan Ramadhan, bilamana setiap umat islam dianjurkan membaca al-Qur’an sehingga khatam dalam bulan tersebut.
*Sila lihat senarai pada Rajah sebelah; 30 Juz’/Ajiza al-Qur’an, serta tempat berhenti pada ayat dalam sesuatu surah.
Pembacaan al-Quran mengikut 7 Manazil/Hizb. Dari 114 surah-surah al-Qur’an tersebut, dibahagikan juga kepada 7 Manazil (satu, disebut manzil). Kekadang manazil juga di sebut Hizb. Pembahagian 7 manazil ini agak seimbang dan saksama. Tujuannya sama, iaitu bagi memudahkan pembacaan sehingga khatam al-Quran dalamasa 7 hari.
Di kalangan para sahabat, mereka membaca al-Qur’an mengikut 7 Manazil. Namun, masih terdapat perbedaan pada manazil mereka. Umpamannya, Saiyyidina Othman r.a. selalu membaca; bermula (1) Malam Sabtu - dari Surah al-Baqarah hingga al-Maidah, (2) Malam Ahad – dari Surah al An’am hingga Surah Hud, (3) Malam Isnin – dari Surah Yusuf hingga Surah Maryam, (4) Malam Selasa – dari Surah Tho-ha hingga Surah Tho–Sin-Meem, (5) Malam Rabu – dari Surah al-Ankabut hingga Surah Shood, (6) Malam Khamis - dari Surah az-Zumar hingga ar-Rohman, (7) Malam Jumaat – dari Surah al-Waqiah hingga tamat al-Qur’an.
Ibn Mas’ud pula, 7 manazilnya tidak seperti manazil Saiyyidina Othman r.a - yakni: (1) 3 Surah Pertama (al Fatihah tidak di kira), (2) 5 Surah berikutnya, (3) 7 Surah berikutnya, (4) 9 Surah berikutnya, (5) 11 Surah berikutnya, (6) 13 Surah berikutnya, dan (7) 65 Surah berikutnya (dikenali sebagai Surah-Surah al-Mufassal) bermula dari Surah Qaf hingga tamat al-Qur’an.
Justru, setiap umat islam disyorkan membaca al-Qur’an, tanpa tergesa-gesa, sambil merenung memikir dan mendalami pemahaman, sekali dalamasa 30 hari. Dengan demikian, dapat menambah iman dan memperoleh manfa'at dunia mahu pun akhirat. Sekiranya mampu, bacalah dalamasa yang lebih singkat, atau sekali dalam 7 hari. Mengurangi dari 7 hari, meskipun tidak bersalahan, tidak digalakkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah ibn Amr r.a. ibn Al-Aas: “sempurnakan bacaan al-Qur’an kamu meskipun sekali dalam setiap bulan.” Abdullah berkata, “sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu, ya Rasulullah!” Maka jawab Rasulullah, “kalau begitu sempurnakan bacaan sekali dalamasa 20 malam.” Lalu Abdullah berkata lagi, “sesungguhnya aku mampu melakukan lebih dari itu.” Lalu Rasulullah bersabda, “jika demikian, sempurnakan bacaan dalamasa 7 malam dan tetap sekadar itu.” (Sahih Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada 3 hari.” (Imam Abu Daud, Tirmidhi)
Bacalah al-Qur’an, meskipun 1 hari 1 huruf !!! kerana dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai pahala berlipat 10 kali ganda. Saya tidak berkata Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (HR Tirmidzi)
Bacalah al-Qur’an pada setiap hari !!! bagi setiap umat islam yang tahu membaca, lelaki mahu pun perempuan, juga kanak-kanak, berkumpulan atau bersendirian. Bagi yang masih belum tahu membaca, dewasa atau kanak-kanak, belajarlah membaca!!!
La haulawala quwwata illa billah hil ‘aliyyil ‘adhiim!!!
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
January 3, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment