Mari kita Berkawan

June 5, 2013

Cinta ibarat makan sambal belacan

Orang kata , 'Cinta itu boleh diibaratkan makan dengan sambal belacan. Bila pedas , kita boleh mengalir air mata.' 

Memang belacan itu enak bila dimakan dengan nasi (kecur pulak air liur kita!) , tapi hakikatnya cinta itu jika tiada air mata bagaikan tidak 'lengkap'.

Sakit sebab cinta kan ada ubatnya..iaitu berdoa kepada DIA.

Moga kita diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup ini.

Cabaran dalam hidup bagaikan memberi warna dalam kanvas hidup kita.

Bukankah sifat redha dan sabar itu menjadi pegangan kita sebagai Muslim?

Jadi , marilah sama-sama kita menjadi orang yang lebih bersabar dan dalam masa yang sama belajar untuk redha akan takdir Illahi.......



No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum