Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
January 28, 2011
Sebagai berkongsi cerita
Duduk kat opis dgn kesejukan hujan diluar, terkenang plak aku pada masa aku kecik2 dulu... masa tu umur ku lbh kurang 5thn.. aku dan mak (amat tominah) berlalu disebuah kedai kek. Aku terhenti didepan kedai kek tersebut kerana terpaku melihat sepotong kek yg agak enak dan menyelerakan... mak memusing dan bertanyer adakah aku nakkan kek tersebut?.. aku menanggukkan kepala mengatakan "iye". Mak pun masuk dan menyuruh pekerja kedai tu mengambil sepotong kek yang aku nak, dalam hati aku kenapa sepotong??? aku bertanya pada mak, mak beli satu jer ker??? kakak2 abang2 dan adeq xpayah ker??? mak aku menjawab, kek sepotong tu mahal beli jer satu makan dulu jgn bawa balik, bila mak ckp mcm tu, hati aku mula tersentuh, aku menolak utk makan kek itu.. aku meninjau2 apa yg boleh aku mkn bersama2 dgn kakak2 ku, abg2 ku dan adeq ku.. maka aku ternampak roti yg ada isinyer 6 keratan.. maka aku hampiri mak kembali dan ckp "belilah yang ini saja mak, blh kongsi dgn akak2, abg2 n adeq.... mak aku kata ok ker? aku menjawab dgn senyum "iyer"... maka dgn hapynyer aku membawa roti tu utk dkongsikan bersama, aku amat berpuas hati dgn keputusan itu... (aku amat rindukan korang sebenarnyerrr...kalu korang rindukan aku melawatlah aku yer...) huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment