Mari kita Berkawan

January 28, 2011

Kenapa saya pilih islam

Catatan spontan...

1. Islam adalah perkataan arab yg membawa maksud taat, patuh dan menyerah diri. Sebagai agama, Islam bermaksud taat penyerahan diri kpd Allah SWT dgn melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarangNya. Org2 yg bersikap begini dipanggil muslim tidak kira pada zaman mana atau bangsa apa sekali pun.

Sesungguhnya, seluruh makhluk samada sedar atau tidak  tunduk 100% kepada kehendak Allah SWT.Berlainan dgn makhluk manusia, makhluk yg dikurniakan aqal ini  diberi pilehan samada memileh taat atau kufur. Jika manusia memileh taat, maka berlaku keharmonian dengan perjalanan alam jagat raya yg luas ini; jalan Islam. Sebaliknya jika manusia memileh kufur, berlaku konfliks dalam perjalanan alam ini yg akan mengakibatkan kemusnahan dan kezaliman.

"Apakah selain agama Allah[Islam] mereka mencari, pada hal kepadaNya menyerah diri segala apa yang dilangi dan di bumi dgn rela atau terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan."[surah al imran, ayat 83]

Dia atas fikrah yg indah  inilah saya  memileh Islam sebagai agama!

2. Islam adalah panduan hidup yg lengkap dan sempurna. Tidak ada satu masalah hidup pun yg tidak disentuh oleh Islam. Panduan ini termaktub dalam al Quran dan diperjelaskan oelh sunnah nabi saw. Saya tidak perlu meraba2 mencari penyelesaian utk sebarang masalah yg dihadapi kerana penyelesaiannya amat jelas dr sumber yg suci.


3. Islam adalah agama yg membawa rahmat kpd seluruh alam. "tidak Kami utuskan engkau [ya Muhammad] kecuali sebagai pembawa rahmat utk seluruh alam." Rahmat yg dicurahkan Islam bermula dari individu, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh alam. Tidak ada konfliks jiwa atau mental bg seorang yg beriman. Sebaliknya, dalam masyarakat yg menolak Islam sebagai cara hidup, penyakit mental dan jiwa berlaku secara berleluasa. Menurut kementerian kesihatan lebih 400 000 org telah dikesan mempunyai penyakit mental di Malaysia.

4. Ajaran pokok Islam adalah tauhid. Selain tauhid, ia adalah syirik. Islam mengajar kita menyembah Pencipta dan Pentadbir yg Maha Esa; Allah. Menyembah Allah disamping menyembah berhala2 adalah syirik. Manusia adalah makhluk yg mulia. Makanya, tidak layak bg manusia menyembah sesama manusia atau makhluk lain. Aqidah tauhid membebaskan org beriman daripada belenggu syirik dan kekeliruan pemikiran. Sebaliknya, org bukan Islam sentiasa dalam keadaan kekerliruan dalam aqidah...


ada ide lg, saya sambung laa...nak solat jumaat dulu..ehe

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum