Alhamdulillah,hampir dua minggu saya di tanah air.Setiap hari,sepanjang disini saya cuba untuk mencoret sesuatu di blog ini untuk sama-sama berkongsi dengan para pembaca dan buat renungan diri sendiri.
Tetapi,baru sahaja menulis beberapa baris,terus di ‘delete’.Kosong tiada idea.Setiap hari saya hanya mampu memandang sepi blog ini.Apa aku nak tulis ye?Jika yang ditulis tidak lahir dari hati,bagaimana ia mampu sampai ke hati pembaca?
Setelah selesai melaksanakan kerja-kerja rumah,saya hanya duduk berehat-rehat.Kadang-kadang,hujung minggu saya luangkan masa menziarah kawan-kawan lama.Biasalah apabila sudah berjumpa kawan-kawan lama,macam-macam perkara yang disembangkan.Kadang-kadang saya akui perkara yang dibincangkan ada yang tidak memberi faedah.
Alhamdulillah,Allah jumpakan saya hari ini dengan kak ana di alam maya.Kata-kata kak ana membuatkan saya tersedar.
“Kalau kita tak sibukkan diri (selain study) dengan kerja-kerja islam, kita juga akan disibukkan dengan kerja duniawi semata-mata”
Jazakillah khairan kak ana.Moga Allah beri kekuatan pada kita semua untuk terus bekerja di jalanNya.Ameen.
Kalau pun bukan di blog ini,InsyaAllah akan ku cuba curahkan tenagaku untuk Islam dijalan lain pula.Moga Allah permudahkan.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
November 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment