Mari kita Berkawan

February 1, 2015

Tazkirah: Kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana?

Tazkirah: Kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana?
Bismillah pembuka bicara,
Allah Swt telah berfirman dalam Al-Quran iaitu Kalamullah yg dibukukan, Auzubillahiminasysyaitonirrojim,
بسم الله الحمن الرحيم
Bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Bagi menjawab persoalan di atas, kenapa Allah jadikan kita yakni kita semua makhluk yg diatas muka bumi yang bernyawa: malaikat, manusia, jin, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan dan yang tidak bernyawa seperti batu, air, tanah, pasir, besi, udara, angin, api, planet2, bintang, bulan dan matahari adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah dalam surah Al-Alaq (wahyu pertama) di awali dengan menyebut tentang penciptaan manusia:
اقراء بسم ربك الذي خلق، خلق الانسان من علق.
Maksud: Bacalah (olehmu wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, yang mencipta manusia dari segumpal darah.
Allah Maha Mencipta. Dia menciptakan kita spesis manusia dari segumpal darah beku. Sains telah membuktikan kebenaran ayat Allah. Alhamdulillah syukur kerana kita telah dihidupkan dan diberi nafas untuk bernyawa di dunia. Perkara utama yang ingin ditekankan di sini ialah apakah tujuan Allah mencipta kita, seterusnya memberi nyawa dan kehidupan, seterusnya diberi makan dan minum untuk meneruskan kelangsungan hidup ini? Allah tidak menjadikan kita sia-sia. Firman Allah: ما خلقناكم عبسا bermaksud: Kami (Allah) tidak menjadikan kamu (manusia dan seluruh makhluk) sia-sia (tanpa tujuan).
Sesungguhnya Allah bertujuan baik mencipta dan menghidupkan kita. Dia mahu kita mentadbir bumi sebagai khalifah. Dia mahu kita kita menguruskan dunia ini dengan bijak dan sebaiknya. Dia mahu kita bersyukur dengan beribadah padaNya. Dia mahu kita melaksanakan titah perintahNya kerana kita adalah hambaNya. Dia mahu kita menggunakan sebaik-baik nikmat yang Allah beri untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup. Dan nikmat yang terbaik ialah nikmat Iman dan Islam. Banyak tujuan Allah kenapa menjadikan kita. Antaranya untuk menguji amalan (liyabluakum ayyukum ahsanu amalan:surah almulk-ayat 2) siapakah antara kita yang terbaik amalannya. Lalu Allah mengutuskan seorang rasul untuk membimbing kita.
Allah menyeru kita berdakwah (amar makruf nahi mungkar).. Setiap perbuatan, perkataan dan gerak hati kita termasuk dalam makruf (kebaikan) yang Allah ganjari dengan pahala, bukan mungkar (kejahatan) yang Allah mungkari dan murkai.
Allah menyeru kita berjamaah. Maksud umum jamaah ialah satu kumpulan ramai. Maksud khusus jamaah ialah satu kumpulan ramai yang bersatu bergabung mengerjakan titah perintah, menjauhi larangan dan mengamalkan Sunnah junjungan pesuruhNya iaitu Nabi Muhammad saw. Jamaah merupakan Ummah, ummah merupakan jamaah, sama-sama mencari keredhaan Allah (Mardhatillah). Politik siasah adalah pilihan dan menjadi kewajipan pula ke atas orang yang beriman untuk membina kesatuan jamaah bagi menegakkan titah perintah Allah, amar makruf nahi mungkar, serta mentadbir negara (daulah) dan masyarakat berteraskan agama (persoalan "bolehkah kita menjalani kehidupan tanpa agama" telah di jawab sebelum ini, sila rujuk posting lepas). Hendaklah kita mengakui bahawa kita semua adalah anggota ahli jemaah/jamaah Islam.
Allah menyeru kita melakukan kebaikan (واعملوا صالحا)
Antara kebaikan yang boleh kita lakukan ialah:
- Ibadah khusus (wajib) seperti solat, puasa, zakat, haji.
- Ibadah umum (sunat dan harus) seperti membaca Al-Quran, berzikir dan bertahlil, menuntut ilmu, belajar dan mengajar orang lain, bersedekah, memberi bantuan kepada orang yang ditimpa bencana dan kesusahan, ziarah melawat orang sakit, menghantar jenazah ke perkuburan, memberi hadiah, memberi ucapan baik dan nasihat, menyampaikan ayat-ayat Allah dan Hadis nabi, menyambut kelahiran Nabi, menyambut kelahiran anak , berselawat, bercukur, berkhatan, bekerja mencari nafkah untuk menyara anak isteri, berjihad dan berbagai-bagai lagi.
- Berakhlak dengan akhlak yang baik dan terpuji seperti taat, tawaduk, taqwa, ikhlas, amanah, jujur, berintegriti dll.
Allah menyeru kita menjauhi kemungkaran, fasad dan Toghut (واجتنبوا الطاغوت)
Antara kemungkaran ialah dosa maksiat, fasiq (اثم الفسوق) dan jenayah (berzina, rogol, liwat, mencuri, merompak, membunuh, murtad, minum arak). Meninggalkan solat, puasa, zakat dan haji juga satu bentuk kemungkaran yang ditegah. Mendedahkan aurat, merokok (التدخين), menghisap dadah, leka berhibur (اللغو), berlaku zalim menindas orang lain, menyakiti saudara, menipu, memaki, mengumpat, mengadu domba, memfitnah adalah antara bentuk perbuatan yang ditegah dan wajib dicegah. Kemungkaran juga melibatkan dosa hati seperti menunjuk-nunjuk (رياء), bangga diri, takabur, sombong, dengki dan iri hati, ujub, tidak percaya/beriman dengan ayat dalam kitab Allah (AlQuran), kafir (menolak, melawan hukum Allah), tidak percaya dengan qada' qadar dan hari akhirat dan sebagainya. Janganlah kita mengikut telunjuk iblis dan syaitan.
Persoalan kedua, ke mana kita semua akan pergi. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. انا لله وانا اليه راجعون
Dunia adalah permulaan, manakala akhirat adalah pengakhiran. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan merasai mati. Firman Allah: كل نفس ذاءقة الموت
Firman Allah lagi: كل من عليها فان، ويبقى وجه ربك ذوا الجلال والاكرام maksudnya: semua yang berada di atas (dunia) akan hancur musnah (fana), dan kekallah wajah Tuhanmu yang Maha Memiliki Kemuliaan.
Menyedari hakikat ini (bahawa kita hidup di dunia dan akan mati menempuh akhirat) , kita sebagai manusia dan makhluknya hendaklah sentiasa sedar untuk beramal, beistiqomah berada di atas jalanNya yang lurus (Sirotolmustaqim) yakni Islam dan sentiasa bersedia menghadapi kepastian iaitu ketetapan mati. Dalam kita mengerjakan titah perintah Allah seperti Solat, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri kita supaya kita di akhir nanti mati dalam keadaan Husnul Khatimah (penutupan yg baik) bukan su'ulkhatimah, bertemu dengan Azza wajalla robbul izzati dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa. Moga Allah tetapkan iman dan Islam kita semua sepanjang masa, setiap saat dan ketika dan diberi ilmu serta hidayah agar tercapai maksud dan tujuan "kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana".
Lailahaillallah

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum