Mari kita Berkawan

July 23, 2013

AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

Ketika Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat pada suatu hari, beliau kelihatan seperti sukar melakukan pergerakan. 

Ini menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan sahabat yang menjadi makmum. 

Mereka tidak dapat solat dengan khusyuk dan merasa terganggu.

Setiap kali Nabi bergerak, kedengaran bunyi mengerutup seperti sendi-sendinya bergesel antara satu sama lain.

Umar r.a. yang risau melihat keadaan itu terus bertanya setelah mereka selesai solat.

“Wahai Rasulullah, kami perhatikan seolah-olah tuan sedang menanggung penderitaan yang amat berat sekali. Tuan sakitkah?”

“Tidak, Umar” jawab Nabi SAW

“Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

Namun Umar r.a. tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

“Kalau sihat, mengapa setiap kali tuan menggerakkan badan, kami dengar seolah-olah sendi tuan bergesel. Kami yakin bahawa tuan sedang sakit.”

Tetapi Nabi Muhammad tetap SAW mengatakan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Namun setelah didesak berkali-kali, akhirnya Nabi Muhammad SAW mengangkat jubahnya.

Para sahabat terkejut kerana perutnya begitu kempis dan di liliti sehelai kain berisi batu kerikil bagi menahan rasa lapar.

Batu-batu itulah yang mengeluarkan bunyi setiap kali Nabi Muhammad SAW menggerakkan tubuhnya.

“Wahi Rasulullah, adakah apabila tuan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak dapat menyediakannya?” Umar bertanya lagi dengan suara penuh belas kasihan kerana khuatir mereka tidak dapat menyempurnakan permintaan Nabi SAW

“Tidak sahabatku” jawab Nabi Muhammad SAW

“Aku tahu kamu sanggup lakukan apa saja untukku.

Tetapi apakah yang akan ku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatNya???”

Kemudian Nabi SAW menyambung,

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah daripada Allah buatku agar umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak"

SUBHANALLAH!! Beginilah ciri-ciri pemimpin agung....bandingkan dengan yang sekarang!!
Photo: AGAR UMATKU TIADA YANG KELAPARAN

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum