Mari kita Berkawan

April 14, 2013

Pusat Tahfiz Amal - KEDAH



Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.

Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.

Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.

Aku : Datang dari mana ?

Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan amal, kutip derma.

Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri sedekah ?

Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.

Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?

Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.

Aku : OooOoooo ... ishhhh ..... sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?

Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.

Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.

Aku : Oh ye ke ? ermmmm ... OK laaa ... memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ... Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ....

Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.

Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?

Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. .... Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu lagi pakcik.

Aku : Isshhh ... itu surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.

Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.

Budak tu semakin pucat ...... Saya belum hafal lagi pakcik.

Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah ...

Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.

Aku : Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.

Budak tu dah menangis ... tak terjawab.

Aku : Adik nak masuk neraka ?

Budak tu geleng kepala.

Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?

Budak tu angguk kepala.

Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :

Pusat Tahfiz Amal

Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah

Mkm. Kangkong

06600 Alor Setar,

Kedah.

No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.

Antara aduan dan rungutan yang aku temui ialah :

1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html

2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfiz-ditangkap.html

3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-perlu.html

4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/peminta-derma.html

5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpati http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.

Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat.



Persoalannya ialah....
1. Betul ke pusat tahfiz ini wujud? Jika memang wujud pun, sahkan penubuhannya? Siapa yang memantaunya?
2. Mengapa perlu menggunakan pelajar2nya untuk mengutip derma sekolah?
3. Tidak belajarkah pelajar2 yang mengutip derma ini? Bila pula masanya untuk menghafaz Al Quran?
4. Tahukah ibu bapa mereka akan kegiatan anak2 mereka ini?
5. Terjaminkah keselamatan mereka?

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang berlegar di kepala yang tak mampu kami jawab... Kasihan anak2 ini, bagaimana ya untuk kita bantu mereka?

Semoga Allah memberikan perlindungan kepada anak2 ini...

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum