Anggur Dan Arak apa bezanya....
Kisah ni telah diambil dan diedit dari seorang rakan dalam Facebook.Seorang Kafir telah menjemput seorang muslim ke rumahnya. Kafir itu memberikan muslim tersebut segugus anggur.tanpa ragu-ragu muslim itu menjamahnya. Kemudian, Kafir itu pula mempelawa & memberikan segelas arak. Dengan cara baik muslim menolak pelawaan tersebut.Lalu, orang Kafir itu bertanya,'' Bagaimana agama kamu melarang kamu minum arak tetapi membolehkan kamu makan anggur walaupon arak itu terhasil daripada anggur??Orangg muslim menjawab persoalan dengan pertanyaan,'' Adakah engkau mempunyai seorang anak perempuan?'' Kafir itu menjawab, '' Ya, ada''. Muslim itu bertanya lagi, "Adakah engkau boleh mengahwini anak perempuan mu itu?."Dengan tegas dan yakin orangg kafir itu menjawab, '' Tentu tidak boleh''.Muslim itu berkata, ''Subhanallah..engkau boleh mengahwini ibu namun engkau tidak boleh mengahwini anaknya.Begitulah juga keadaan anggur dan arak.'' :)
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment