Mari kita Berkawan

May 5, 2011

101 Kisah & Tauladan

BismilLAH, alhamdulilLAH,

Assalamu'alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,

Khassun ila hadhrati ikhwah wa akhwatil fadhilah,

Sekadar wacana penghebahan dan mempercepat penyebaran informasi Ilmiah nan bermanfa'at biiznilLAH, secara efficient sesama Muslim Muslimah bersaudara.

Moga ada khairnya makluman yang diforwardkan (dikehadapankan) ini buat semua, insyaALLAH.


BATU-BATU YANG ANEH.


Pada zaman dahulu ada seorang lelaki wuquf di Arafah. Dia berhenti di palapngan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadah haji. Wuquf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wuquf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwuquf di Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan:

"Alhajju Arafah" (Haji itu wuquf di Arafah)

Rupanya lelaki tadi masih belum mengenali Islam dengan mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu.

"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu diapun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu di bawah kepalanya. Dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa pahalanya oleh Allah. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka diapun ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

Tetiba batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Malaikat azab telah menolak lelaki masuk ke pintu neraka tersebut tetapi oleh kerana adanya batu itu mengikut... maka malaikat azab tidak sanggup berbuat demikian... Maka di bawa ke pintu-pintu neraka yang lain namun tidak berjaya kerana batu-batu mengikut ke mana sahaja lelaki itu pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak sedayatenaga untuk menolak lelaki itu tetapi tidak berjaya - Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang maksud:

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan mensia-siakan hakmu. Bagaimana aku akan mensia-siakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi "sahadah" yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar... Kunci syurga itu adalah kalimah syahadah yang diucapkannya dahulu... .. Walllahualam. 

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum