Mari kita Berkawan

November 9, 2010

Ketahanan Mental



Bila bercakap pasal kecergasan, selama ni kita banyak didedahkan dengan kecergasan fizikal, endurance dan stamina yang tinggi seperti dilihat pada atlit-atlit sukan. Tapi, bagaimana pula dengan kecergasan mental?

Pernahkah Anda mendengar pakar motivasi Malaysia bercakap mengenai hal ni? Ada tak Anda jumpa di dalam bahan-bahan bacaan motivasi yang lain? Memang ada, cuma ia disebut dengan perkataan yang berlainan.

Kecergasan mental maksudnya ketahanan minda untuk berdepan dengan cabaran dan situasi yang banyak menguji kesabaran, ketabahan dan kawalan emosi kita. Kecergasan mental boleh dilatih dan dapat dibentuk, sepertimana kecergasan fizikal.

Bagaimana? Anda perlu berlatih dengan gigih, bijak dan berterusan. Latihan untuk kecergasan minda adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti intelek seperti membaca, membuat latihan matematik dan aktiviti-aktiviti kreatif.

Dalam pada itu, makan makanan yang meransang kekuatan minda seperti kismis, kuning telur dan multi-vitamin yang baik untuk memori otak. Banyakkan mengambil protein dan makanan-makanan minda yang lain. Jauhkan diri dari rokok, minuman keras dan maksiat yang dilarang oleh ajaran Islam.

Selain tu, latih diri untuk mengawal emosi, rasa marah dan pupuk kesabaran dalam jiwa Anda. Dengan kawalan emosi yang lebih baik, membuat Anda menjadi seorang yang penyabar dan mampu menghadapi apa jua dugaan dengan kesabaran dan sikap optimis. Kesannya, motivasi And akan kekal berpanjangan.

Mental fitness ada pada pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dan golongan profesional seperti pensyarah, ahli sains, doktor, penyelidik, designer, penulis dan usahawan. Apa yang membezakan ada tahap kecergasan mental mereka.

Lebih banyak Anda melibatkan diri dalam aktiviti intelektual (membaca, menganalisa, memikir dan merekacipta sesuatu) maka lebih cergas jadinya minda Anda. Jadi, bangunkan kecergasan mental Anda hari ini juga!

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum