Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
November 30, 2010
Doa ketika hati berasa sedih
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
November 15, 2010
November 11, 2010
November 9, 2010
Ketahanan Mental
Bila bercakap pasal kecergasan, selama ni kita banyak didedahkan dengan kecergasan fizikal, endurance dan stamina yang tinggi seperti dilihat pada atlit-atlit sukan. Tapi, bagaimana pula dengan kecergasan mental?
Pernahkah Anda mendengar pakar motivasi Malaysia bercakap mengenai hal ni? Ada tak Anda jumpa di dalam bahan-bahan bacaan motivasi yang lain? Memang ada, cuma ia disebut dengan perkataan yang berlainan.
Kecergasan mental maksudnya ketahanan minda untuk berdepan dengan cabaran dan situasi yang banyak menguji kesabaran, ketabahan dan kawalan emosi kita. Kecergasan mental boleh dilatih dan dapat dibentuk, sepertimana kecergasan fizikal.
Bagaimana? Anda perlu berlatih dengan gigih, bijak dan berterusan. Latihan untuk kecergasan minda adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti intelek seperti membaca, membuat latihan matematik dan aktiviti-aktiviti kreatif.
Dalam pada itu, makan makanan yang meransang kekuatan minda seperti kismis, kuning telur dan multi-vitamin yang baik untuk memori otak. Banyakkan mengambil protein dan makanan-makanan minda yang lain. Jauhkan diri dari rokok, minuman keras dan maksiat yang dilarang oleh ajaran Islam.
Selain tu, latih diri untuk mengawal emosi, rasa marah dan pupuk kesabaran dalam jiwa Anda. Dengan kawalan emosi yang lebih baik, membuat Anda menjadi seorang yang penyabar dan mampu menghadapi apa jua dugaan dengan kesabaran dan sikap optimis. Kesannya, motivasi And akan kekal berpanjangan.
Mental fitness ada pada pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang dan golongan profesional seperti pensyarah, ahli sains, doktor, penyelidik, designer, penulis dan usahawan. Apa yang membezakan ada tahap kecergasan mental mereka.
Lebih banyak Anda melibatkan diri dalam aktiviti intelektual (membaca, menganalisa, memikir dan merekacipta sesuatu) maka lebih cergas jadinya minda Anda. Jadi, bangunkan kecergasan mental Anda hari ini juga!
Emosi itu Bagaikan Bom Jangka
Emosi ada sedih, gembira, marah. Samakah dengan nafsu?
Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Antaraemosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.
Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini. Antaranya :
o Kelangsungan hidup- Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.
o Membuat keputusan- Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika perhubungan emosiseseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.
o Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita. Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.
o Komonikasi- Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.
o Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.
o Kesatuan- Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.
o Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurusemosi yang negatif. Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.
Bagaimana menunjukkan emosi negatif?
Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif. Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa menunjukkan perasaan negatif tersebut:
i. Jangan terlalu dramatik.
ii. Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.
iii. Singkatkan interaksi.
iv. Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
v. Cakap apa yang anda rasai.
vi. Tanya apa yang orang lain rasai.
vii. Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham dengan awak
atau saya tahu tujuan awak baik).
Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif. Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif. Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri. Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.
Kesihatan juga boleh mempengaruhi emosi seseorang.
November 8, 2010
10 gangguan syaitan ketika solat
1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.
Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU
Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.”
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: “Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW”. Orang tersebut bertanya, “Apa yang dilakukannya?” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW”, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)
7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)
8. MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).
9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”.
10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)
Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn
Posted@ www.isuhangat.net
Spoiler for SUMBER:
Spoiler for SUMBER:
November 2, 2010
Angkara SAKA
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai. | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Angkara Saka | ||||||||||||||||||||||||||||||
(Petikan artikel Dimensi - Berita Minggu 19 Ogos, 2007) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||
|
Rahsia SAKA Dan Keturunan
Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60) | ||
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai. | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() | ||
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. | ||
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. | ||
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan. | ||
![]() | ||
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.: | ||
![]() | ||
Ertinya: | ||
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6 | ||
Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya. | ||
![]() | ||
Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. | ||
Dalilnya: | ||
Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: | ||
![]() | ||
Ertinya: | ||
"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah." | ||
Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya. | ||
![]() | ||
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya: | ||
1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. 2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman. 3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami. 4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat. 5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar. | ||
![]() | ||
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi. | ||
![]() | ||
Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut: | ||
| ||
Firman Allah s.w.t.: | ||
![]() | ||
Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16 | ||
| ||
![]() | ||
| ||
![]() | ||
Gejala pada waktu tidur: | ||
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
363,758
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)