Mari kita Berkawan

March 17, 2010

Mahligai

Isteriku datang membawa secawan teh tarik ketika aku sedang sibuk mengolah "layout" blog kerjayaku yang sudah hampir setahun dengan template yang sama, tiba-tiba terlintas dihatiku untuk bertanya,

Aku: Sayang, disyurga nanti Ayang akan bersama siapa?

Sayang: Alahai Abang, tentulah dengan Abang suami yang Ayang sangat cintai.

Aku: Tetapi adakah Abang dengan Ayang seorang sahaja?

Sayang: Sudah tentulah tidak, Abang juga akan dikelilingi oleh bidadari-bidadari syurga yang cantik jelita.

Aku: Betul tu, tetapi bukankah itu bahaya, sudah tentu Ayang akan bercakaran bertarik rambut bergaduh dengan mereka kerana cemburu, tak gitu?

Sayang: Abang, di syurga nanti sudah tidak ada sifat-sifat negatif pada diri kita, yang ada cuma sifat asal manusia yang penuh dengan taqwa dan bersyukur pada Allah Subhanawataala. Tiada sedikit pun perasaan negatif seperti cemburu, iri hati, kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya, semua Allah keluarkan dari diri kita ni.

Aku: Pandai isteri Abang ni berhujah, tetapi jika kita semua dapat buangkan sifat-sifat negatif tersebut semasa kita hidup sekarang ini, bukankah kita boleh cipta keadaan seolah-olah kita sudah disyurga?

Sayang: Betul tu Bang, jika semua manusia boleh bersifat begitu sudah tentulah dunia ni seolah-olah di syurga, terutamanya orang lelaki, kerana mereka yang sepatutnya menjadi pemimpin membimbing isteri dan anak-anak kearah mendapat keredhaan Allah.

Aku: Pandai sungguh isteri Abang ni, kita semua lelaki mahupun wanita harus menuju kearah itu, hidup tanpa sifat-sifat negatif, hidup yang penuh dengan sifat-sifat positif seperti selalu bersyukur kepada Allah, penyayang, pengasih, pemurah, riang gembira, yakin, sabar, pemaaf dan macam-macam lagi, sudah tentu dunia ini akan aman, seolah-olah kita sudah disyurga.

Pendapat Abang la, Allah menguji kita didunia ini dengan semua sifat-sifat negatif ni, terpulang pada kita untuk mengawalnya, jika kita boleh kuasainya, insyaallah syurga balasannya, jika sifat-sifat negatif ini yang menguasai kita, nerakalah alamatnya. Disebabkan dunia sekarang penuh dengan manusia dengan sifat-sifat negatif ini lah dunia sekarang seolah-olah di neraka bagi sesetengah orang....

Sayang: Ayang setuju sangat Bang.

Aku: Jadi bila agaknya sifat cemburu Ayang boleh berkurang ni? Abang teringin nak cipta "syurga" di dunia ni.

Sayang: Sabar lah Bang, berdoalah kita padaNya, Inysaallah suatu hari nanti terbuka hati Ayang meredhakan Abang kahwin lagi... Ayang tau itu maksud "syurga" Abang tu....

Aku: Terimakasih Sayang.... Abang akan sentiasa berdoa dan Abang berjanji akan menjadi suami yang lebih cemerlang lagi. Sayang... love u so much..

Isteriku berlalu meninggalkanku, sempat dia memaling, tersenyum manis dan berkata..

Sayang kat Abang juga... selamanya..

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum