Mari kita Berkawan

March 31, 2010

Dosa Besar

Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :

1. Syirik jali, kufur dan murtad.

2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.

3. Zina.

4. Liwat.

5. Merogol binatang.

6. Meminum minuman yang memabukkan.

7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong tangan.

8. Menuduh seseorang yang baik berzina.

9. Menjadi saksi dusta.

10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya berbuat demikian.

11. Lari daripada medan peperangan jihad.

12. Makan riba.

13. Memakan harta anak-anak yatim.

14. Mendurhaka kepada ibu bapa.

15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.

16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran, sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.

17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.

18. Bersumpah dusta.

19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran syarie.

20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.

21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau melebihkannya.

22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.

23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di benarkan oleh syarak.

24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

25. Memberi dan menerima rasuah.

26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.

27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam suatu majlis yang di tegah oleh syarak.

28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.

29. Enggan mengeluarkan zakat.

30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.

31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.

32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang lain.

33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia berkemampuan melakukan
perkara tersebut.

34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

35. Putus asa dengan rahmat Allah.

36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.

37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi fizikal.

38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.

39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.

40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya bergaduh.

41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari pengalaman.
Wallahu a'lam.

Hj. Ahmad b. Hj. Che Din
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
1hb Ogos 1997.

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum