Mari kita Berkawan

December 16, 2009

IKTIBAR

Salam perjuangan buat para sahabat
Ana postkan artikel ini kerana Allah menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini sebagai peringatan untuk sepanjang masa, bukannya sekadar diambil iktibar ketika tarikh peristiwa ini berlaku..Ini juga peringatan buat ana, seorang hamba Allah..

Perjalanan Nabi bersama dengan Malaikat Jibril menuju ke Baitul Muqaddis di Palestin telah menemukan Nabi Muhammad s.a.w dengan gambaran-gambaran seksaan di neraka. Antara beberapa gambaran utama yang perlu kita teliti sebagai peringatan buat semua pembaca ialah :

1. GOLONGAN YANG MEMUKUL KEPALA SENDIRI SEHINGGA PECAH
Keadaan:
~Selepas kepala pecah, kepala itu kembali sedia asal dan diulang lagi pukulan tersebut
~Ada yang mengatakan mereka memukul dengan menggunakan batu dan ada yang mengatakan menggunakan kayu.
Punca:
~orang yang meninggalkan sembahyang
~Ada kalanya mereka malas dan ada kalanya lalai serta sengaja melambatkan solat sehingga habis waktunya.
Kita mengetahui dalam peristiwa Isra dan Mikraj , Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah dan diperintahkan untuk umat Muhammad solat 50 waktu sehari semalam. Setelah mendapat perintah tersebut, baginda turun dan bertemu dengan Nabi Musa a.s. Nabi Musa menasihati supaya memohon pengurangan jumlah solat tersebut kerana merasakan , umat Muhammad tidak mampu untuk menunaikannya.

Rasulullah naik bertemu Allah s.w.t memohon dikurangkan jumlah tersebut dan Allah mengurangkan sehingga 45 kali solat sahaja. Sekali lagi Nabi Musa a.s menasihati supaya jumlah itu dikurangkan. Rasulullah pun berulang naik bertemu Allah Taala memohon dikurangkan jumlah tersebut sehingga akhirnya diperintahkan solat lima waktu sehari semalam.
Hal ini menunjukkan kasihnya nabi kita Muhammad s.a.w dan Nabi Musa a.s kepada kita umat akhir zaman. Mereka sanggup ‘menebal’ muka merayu memohon kepada Allah supaya dikurangkan waktu solat. Begitu juga betapa pemurahnya Allah s.w.t kepada seluruh manusia yang memberi keringanan daripada 50 waktu kepada lima waktu solat sahaja.

Namun masih ramai yang tidak menunaikan solat. Dalam satu hadis nabi s.a.w bersabda, “ Barang siapa yang meninggalkan solat, dia akan bertemu Allah di akhirat kelak dalam keadaan Allah murka kepadanya.”


2. GOLONGAN YANG MAKAN DAGING BUSUK DAN MENTAH
Keadaan:
Baginda melihat sekumpulan manusia yang di hadapannya ada dua hidangan:
1. Hidangan daging yang dimasak dengan enak
2. Daging mentah yang busuk
Kelompok ini memakan daging mentah dan busuk.

Punca: penzina-penzina
~ketika di dunia mereka mempunyai isteri-isteri yang halal, namun tetap mencari perempuan lain untuk berzina. Begitu juga dengan isteri-isteri yang sudah mempunyai suami , namun tetap mencari dan meniduri lelaki-lelaki lain.

gambaran seksaan golongan yang berzina. Islam melarang kita mendekati zina. Segala perkara yang boleh menyebabkan zina seperti berdua-duaan, berpegang tangan lelaki dan wanita bukan muhrim, bercium , memandang sehingga syahwat dan berpakaian menolok mata, diharamkan kerana ia boleh membawa kepada zina.

Di dalam kitab zabur, diceritakan keadaan golongan ini. Di akhirat nanti, kemaluannya akan digantung sambil dipukul dengan besi. Apabila mereka menjerit kesakitan, Malaikat Zabaniyah berkata kepada mereka, mengapa kamu menjerit, sedangkan di dunia kamu ketawa keseronokan berzina.

Di dalam hadis Qudsi, Rasulullah s.a.w berfirman, “ Memandang wanita yang bukan muhrim adalah panah berbisa daripada iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana Ku, nescaya aku gantikan dengan iman yang terasa manis di dalam hatinya,”

3. GOLONGAN YNAG MAKAN TANAMAN BERDURI DAN BATU-BATU PANAS.
KEADAAN:
~Memakai pakaian yang menutup kemaluan hadapan dan belakang sahaja.
~makan tumbuhan berduri dan buah-buah busuk.
~makan bara-bara api neraka dan batu-batu panas.

PUNCA : tidak menunaikan zakat ketika di dunia.
~mengumpul harta emas dan perak yang banyak
~enggan bayar zakat

Rasulullah memberitahu, pengumpul-pengumpul harta yang enggan bayar zakat, di akhirat kelak harta-harta itu akan menjadi kepingan-kepingan yang dipanaskan sehinggakan membuatkan mereka menderita kesakitan selama 50 ribu tahun. Selepas itu barulah mereka ditentukan untuk ke syurga atau ke neraka.

4. GOLONGAN YANG BERENANG DI SUNGAI DARAH DENGAN DILONTAR BATU

PUNCA: Golongan yang memakan riba ketika hidup dahulu.

Riba sekalipun bukan dosa sebagai satu dosa besar seperti zina atau membunuh, namun amalannya dilihat berleluasa. Justeru, sebahagian umat Islam merasa biasa apabila mengambil atau mengenakan riba. Sedangkan di sisi Allah, ia satu dosa besar. Gambaran berenang di lautan darah, diumpamakan sebagai peminum darah manusia.

5. GOLONGAN YANG MELETAKKAN BEBANAN KAYU DI ATAS BADANNYA.

KEADAAN:
~Bebanan itu ditambah lagi sehingga terbeban sedangkan dia tidak lagi mampu menanggung.

PUNCA: Golongan yang tidak menunaikan amanah ketika diberi amanah tetapi tetap mahu merebut amanah tersebut.

Hari ini orang berlumba-lumba untuk merebut jawatan. Sehingga ada yang sanggup merasuah, memfitnah, dan membunuh. Walhal, setiap pemenang amanah, akan disoal di akhirat kelak. Jika dia tidak amanah, maka buruk balasannya.

6. GOLONGAN YANG DIGUNTING LIDAH DAN BIBIR.

KEADAAN : Lidah itu tumbuh kembali dan digunting berulang-ulang kali.

PUNCA:
~mereka ialah ahli-ahli pidato yang membuat fitnah ketika di dunia.
~mereka berucap seolah-olah mengajak kepada kebaikan, namun dalam masa yang sama, menyebarkan fitnah demi membina kekuatan dan sokongan kepadanya.

7. GOLONGAN YANG MENGGARU MUKA DAN DADA DENGAN KUKU TEMBAGA.

KEADAAN: Mereka mencakar muka dan dada dengan kuku tembaga sehingga luka yang menyakitkan .

PUNCA: ~golongan yang mengumpat dan mendedahkan aib orang.
Rasulullah s.a.w bersabda, “ Siapa yang menjaga aib saudaranya di dunia, Allah akan menjaga aib saudaranya di dunia, Allah akan menjaga aibnya di akhirat.”

Demikianlah sebahagian peristiwa yang dilalui nabi Muhammad s.a.w di dalam perjalanannya (Israk) ke Baitul Muqaddis. Terdapat ratusan cerita dan pengajaran yang boleh diperoleh daripada peristiwa Isra’ dan Mikraj. Peristiwa yang dirakamkan ini harus di jadikan pedoman dan panduan ole manusia sehingga ke akhir zaman. Allah tidak jadikan peristiwa besar ini sia-sia melainkan untuk kepentingan manusia. Sekurang kurangnya sebagai peringatan buat yang lalai.

Diringkaskan daripada : Al-Islam, keluaran Julai 2009, oleh Mohd. Nasaie Ismail, ms 56, 57

No comments:

Post a Comment

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum