Mari kita Berkawan

April 18, 2012

Gangguan Pada Bayi

Kerap kali kita lihat anak-anak kecil atau bayi yang kerap menangis malam tanpa sebab. Susu sudah..tukar lampin sudah..perut ok, tak kembung..tapi masih menagis.

Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..

  1. ada kah matanya melilau melihat sekeliling
  2. menangis yang tiada air mata,
  3. menangis seolah seperti di cubit,
  4. menangis dalam keadaan takut,
  5. tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidor di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari
sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.

Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.

Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.

Kaedah :

Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wudu pada bayi) atau..

Ambil semangkuk air campur 3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 dan Selawat 11 kali kali..dan basahkan dibahagian ubun-ubun bayi. baca dalam keadaan tenang.

InsyaAllah mudah-mudahan manfaat

PETUNJUK TERKENA SIHIR

Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.

Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:·
  1. Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak dirinya sendiri.·
  2. Melalui peroses rawatan, di dapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali·
  3. Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikan kepadanya minuman berjampi.·
  4. Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda gangguan jin dan syaitan seperti mana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.·
  5. Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yangtertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.
  6. Tidak suka pada bau-bauan wangi terutama Minyak Attar Kasturi.
  7. Merasakan air jampi yang di doakan dengan ayat2 quran seperti air longkang yang berbau busuk

April 6, 2012

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum