IMAN bukanlah perkara yang kekal jumud tidak berubah. IMAN adalah kualiti HATI. Kualiti yang akan menentukan pula kualiti seluruh amalan dan tindak-tanduk kita. Aqidah Islam mengajarkan bahawa IMAN bagi manusia biasa boleh bertambah dan berkurang.
Oleh itu, para ulama' di dalam bidang dakwah dan islah ummah menyatakan, adalah sangat penting untuk kita sentiasa memuhasabahkan keadaan IMAN kita.
Bagi memungkin muhasabah itu dilakukan, maka sangat penting untuk meneliti sifat-sifat IMAN.
Al-Quran dipenuhui dengan dakwah KEIMANAN dan penerangan tentang sifat-sifat KEIMANAN.
الله سبحانه وتعالى berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN itu (yang sempurna IMANnya) ialah mereka yang apabila disebut nama الله gementarlah HATI mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, menjadikan mereka bertambah IMAN dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah al-Anfaal, 8:2)
Kita telah membicarakan tentang sifat pertama mereka yang sempurna IMAN-nya, iaitu HATI mereka cukup terkesan apabila nama الله disebutkan.
Rasa agung dan besarnya الله itu bukan sekadar membekas di dalam pemahaman sahaja, tetapi merebak menyelinap ke seluruh urat darah dan salur-salur nadi mereka.
Bagaikan besi berani, HATI mereka akan cukup terkesan apabila nama الله dibicarakan.
Apabila sifat-sifat الله dimuzakarahkan.
Apabila janji-janji الله diulang-ulang.
Seterusnya, bagi mereka yang BERIMAN, الله سبحانه وتعالى menyatakan bahawa apabila ayat-ayat الله dibacakan kepada mereka, maka KEIMANAN mereka akan bertambah.
Imam asy-Syaukani di dalam kitab tafsir Fathul-Qadir beliau menyatakan,
★ ★ ★ ★ "Hadrat Ibnu Abbas رضي الله عنه menyatakan bahawa maksud ‘bertambah KEIMANAN’ di sini ialah bertambahnya pembenaran terhadap الله سبحانه وتعالى "
Manakala ar-Rabii’ bin Anas pula menyatakan, ayat ini bermaksud,
★ ★ ★ ★ "bertambah rasa gerun terhadap kehebatan الله سبحانه وتعالى "
Bagi mereka yang benar-benar BERIMAN, untuk mendengar ayat-ayat الله dibacakan dengan erti kata disampaikan kandungannya, itu sahaja pun sudah memadai untuk menyebabkan kualiti KEIMANAN mereka bertambah.
Bukan mereka tidak BERIMAN sebelum ini, tetapi kualiti KEIMANAN merekalah yang telah dipertingkatkan.
❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿❁ ❀ ✿
No comments:
Post a Comment