Mari kita Berkawan

April 23, 2010

Nikmat Kesihatan yang diabaikan - Perhatikan kisah dalam gambar ini

Nikmat Kesihatan yang diabaikan - Perhatikan kisah dalam gambar ini

cid:image001.gif@01C7C2DD.173BE270
   Selamat Sejahtera
 Assalammualaikum WBT
 Nikmat Kesihatan
 
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .

Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_1.jpg


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari
Kuwait .  Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_2.jpg
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.


Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya  dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_3.jpg
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim

http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_4.jpg
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel


Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.



http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_5.jpg
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_6.jpg
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel


Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.



http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_7.jpg
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_8.jpg
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan


http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_9.jpg
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim


Image 
removed by sender. http://ommeddonia.jeeran.com/dmoor_10.jpg
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?

Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya  di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.



Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum