NILAI IMAN
Jika kita ditanya oleh seseorang, “Tuan ada duit tak?”
Kebetulan dalam poket kita ada 10 sen
Apakah jawapan yang sepatutnya kita berikan?
Jika kita jujur, maka kita mestilah menjawab,
“Ya, saya ada duit. Tapi 10 sen saja!”
Kenapa?
Ini disebabkan 10 sen itu pun duit yang diakui sah sebagai mata wang.
Cuma nilainya teramat kecil.
Apa agaknya yang dapat kita beli dengan wang bernilai 10 sen pada hari ini?
Bagaimana pula jika kita ada RM10.00 (RM= Ringgit Malaysia)?
Atau RM100.00?
Atau RM1,000.00?
Semua kita setuju, itu juga duit, sama seperti syiling 10 sen tadi.
Namun begitu, nilainya amat berbeza sekali!
Nilai 10 sen dan RM10.00, apa jauh bezanya.
Apatah lagi jika dibandingkan dengan nilai RM1,000.00!
Walaupun semuanya adalah wang, tetapi kita faham betapa berbeza nilainya.
Apabila nilainya berbeza, maka manfaatnya juga berbeza.
Begitu juga nilai IMAN.
Kita semuanya BERIMAN, tetapi apa yang lebih kita perlu perhatikan ialah sejauhmana nilai (KUALITI) IMAN kita.
Adakah nilai iman kita sekadar iman 10 sen atau iman RM1,000??
Bagi mengukur nilainya tadi, kita perlu merujuk kepada sifat-sifat IMAN dan juga contoh-contoh KEIMANAN generasi yang telah diperakui KEIMANAN mereka oleh الله سبحانه وتعالى , iaitu para nabi dan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Al-Quran dipenuhi dengan cerita dan rakaman peristiwa berkenaan dua golongan insan pilihan ini. — with Shaik Mohamad Shaik Sadakthullah.