Penuhi Tangki Cinta Anda
Seiring dengan berjalannya waktu, perkahwinan pasti akan mengalami masa pasang surut.
Masa pasang adalah masa di awal perkahwinan di mana semua yang dilihat dan terjadi indah dan menyenangkan belaka.
Pada masa surut, perkahwinan akan mulai bergoncang dan tidak lagi harmoni.
Bagi pasangan suami isteri yang memahami situasi mereka, maka mereka akan segera dapat mengesan punca masalah dan segera mengatasi ketidak harmonian tersebut.
Bagi pasangan yang tidak faham, mereka cenderung untuk mulai melihat ciri-ciri negatif pasangannya.
Mereka mulai saling menyalahkan dan menuduh bahawa pasangan mereka sudah berubah tidak seperti dulu lagi iaitu ketika waktu bercinta atau awal perkahwinan dulu.
Dan kerana pasangan mereka berubah maka kehidupan rumah tangga mereka juga akhirnya menjadi tidak harmoni.
Benarkah demikian?
Benarkah telah terjadi perubahan dalam diri pasangan ini?
Sebenarnya tidak!
Apa yang terlihat sebagai suatu perubahan sebenarnya hanya merupakan kesan dari mula menipisnya isi tangki cinta mereka.
Apakah tangki cinta itu?
Tangki cinta sama dengan simpanan duit yang anda miliki.
Bila wang dalam simpanan itu hanya dikeluarkan tanpa adanya simpanan baru, maka lama-kelamaan wangnya akan semakin habis.
Demikian juga dengan tangki cinta anda.
Pada waktu awal perkahwinan, pasangan memasuki hidup berumah tangga dengan tangki cinta yang penuh dan kadang-kadang sampai melimpah ruah.
Semuanya dilihat dan berjalan dengan baik.
Sampai suatu saat, kerana tangki cinta ini tidak diisi, tangki cintanya mulai kosong.
Mengapa tangki cinta boleh kering isinya?
Banyak kejadian dalam hidup berlaku yang bila-bila masa sahaja boleh mengurangkan isi tangki cinta.
Kekecewaan, kritikan, salah faham, salah pengertian, cinta bersyarat dan banyak lagi pastinya akan mengurangkan cinta anda jika tidak diubati terus.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
May 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment