DUNIA DAN AKHIRAT
1. Dalam suratnya kepada Salaman al-Farisi, Imam Ali a.s. mengatakan:
"Amma ba'du, sesungguhnya perumpamaan dunia adalah seperti ular: lembik bila disentuh, tetapi racunya sangat membunuh.
Anak kecil yang tidak mengerti suka sekali menyentuhnya, sedangkan orang cerdik lagi pandai berhati-hati terhadapnya.
Oleh kerana itu, berpalinglah dari apa yang menakjubkanmu di dunia ini kerana hanya sedikit darinya yang bersahabat dengan mu."
2. Hati-hatilah terhadap dunia yang menipu dan memperdayakan ini.
Ia telah berhias dengan perhiasaanya, memujuk dengan tipu dayanya, dan menyesatkan dengan harapan-harapannya.
Dunia bersolek bagi para peminangnya sehingga ia seperti pengantin wanita yang dipertontonkan, lalu setiap mata memandanginya, jiwa tergila-gila dan hati pun berhasrat kepadanya.
3. Dunia akan membinasakan orang yang merasa aman darinya, dan orang yang waspada terhadapnya akan mendaptkaannya.
4. Dunia ini adalah seperti yang sekadar dilewati menuju negeri yang abadi.
Sedangkan manusia di dunia ada dua gulungan.
Pertama, orang yang menjual dirinya, lalu dia menghinakan dirinya sendiri.
Kedua, orang yang membeli dirinya, lalu dia memerdekakannya.
5. Ambilah dari dunia ini apa yang mendatangimu, dan berpalinglah dari apa yang berpaling darimu.
6. Jika dunia ini datang kepada seseorang, maka ia meminjamkan untuknya kebaikan-kebaikan orang lain, dan jika dunia pergi dari seseorang , maka ia merampas darinya kebaikan-kebaikan dirinya.
7. Dunia adalah kenderaan seorang Mukmin, yang dengannya dia berangkat menuju Tuhannya.
Maka, perbaikilah kenderaan kalian, niscaya ia akan menyampaikan kepada Tuhan kalian. ..
sebahagian drp tajuk di atas:
Mutiara kata: Imam Ali bin Abi Thalib a.s.

No comments:
Post a Comment