Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
Mari kita Berkawan
December 17, 2012
PUISI BUAT ARWAH AYAH
Andainya mampu kuputar waktu Seribu harapan untukku terus bersama-sama denganmu
Andainya mampu kuputar usiaku Sejuta dambaan dapat kurasakan belai kasihmu
Andainya mampu kuputar jalan hidupku Ingin aku mengabadikan bakti kepadamu
Andainya mampu kuputar derita getirmu Ingin aku menjadi galang gantinya
Andainya mampu kuputar jejakmu Ingin kusantuni sekalian sahabat taulanmu
Andainya mampu kuputar sejarah leluhurmu Ingin kutelusur persebarannya di rantau alam Melayu ini
Andainya mampu kuputar lakuku Ingin kubersihkan segala dosaku kepadamu
Wahai ayahandaku yang telah pulang Tiadalah dayaku memutar segala yang telah berlalu Redhalah aku akan kepergianmu kembali ke haribaan Rabbul Izzati
Munajatku akan tetap kuhadapkan kepada-Nya Bahagialah ayahanda dinaungi rahmat-Nya Semoga segala hak dan amanah yang telah ayahanda tunaikan kepada pencipta jiwa dan jagat raya juga kepada makhluk di alam semesta memberikan sinar di alam barzahmu
Istirahatlah wahai ayahandaku di alam yang bebas daripada tipu daya dunia sementara menanti tibanya alam mahsyar perhimpunan besar penentu destinasi abadi Semoga kita bersua di syurga jannati.
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini. Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)
No comments:
Post a Comment