Hijab, Rahsia Muslimah Menawan...
Alhamdulillah jika anda memang sudah memakai tudung sebelum baligh lagi. Bagi anda yang masih baru, teruskan niat anda itu kerana Allah SWT. Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih baik anda mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup aurat di kepala itu.
Anda masih boleh bergaya walaupun memakai tudung, tetapi perlu men

epati syarat dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur: Ayat 31).
Cara berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan pemakaian tudung menutupi paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan dan belakang perlu sama panjang. Dara.com ingin berkongsi beberapa tip pemakaian tudung sesuai untuk remaja seperti anda.
1- Anak Tudung – Jika anda gemar memakai selendang daripada fabrik jojet, satin atau pun sifon yang licin, maka seelok-eloknya anda menyarungkan anak tudung terlebih dahulu. Guna anak tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.
2- Warna Terang – Hitam dan putih adalah warna selamat untuk dipadankan dengan apa jua warna, tetapi apa kata anda ubah cita rasa itu pada penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang agar wajah anda kelihatan lebih segar dan bersemangat. Ini kerana warna yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan wajah anda seperti lesu dan tidak bermaya.
3- Corak Tudung – Elakkan memilih corak yang terlalu penuh pada tudung. Ia akan menyerabutkan penampilan anda. Cukup sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di hujung selendang sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya manis anda. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan budaya Islam.
4- Sanggul Belakang – Tidak dinafikan, kewujudan sanggul di belakang kepala membuatkan tudung beralun cantik, tetapi anda perlu ingat dosa yang perlu ditanggung. Sanggul yang terlalu tinggi bukan mengikut ajaran Islam.
Tegahan gaya ini telah diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat dicium selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)
5- Bentuk Leher – Ini juga dilarang dalam Islam kerana menyerupai agama lain. Ia juga serupa menampakkan leher anda walaupun ditutupi dengan kain tudung. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen sebegini sekarang ini. Nabi Muhammad SAW menerusi hadisnya berkata: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban).
Maka, ubah gaya tudung anda sekarang sementara belum terlambat.
pautan-http:// www.sinarharian.com.my/ hijab-rahsia-muslimah-menawan-1 .34437

pautan-http://
No comments:
Post a Comment