Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus. Dan Sebenarnya Anda lebih berani dari apa yang anda duga, lebih kuat dari yang anda tahu, dan lebih pintar yang anda sangka, namun itu semua tersembunyi disebalik dinding bernama keraguan.
October 2, 2015
Oh Ayah
Ayah jarang mengujar sayang,
Sebenarnya ayah memendam.
Ayah jarang mengerang kesakitan,
Sebenarnya ayah banyak menahan.
Ayah memberi bila diminta wang,
Sebenarnya masa tu ayah kesempitan.
Ayah berdiam bila ada permintaan,
Petanda ayah berfikir mencari jalan,
Agar permintaan anak dapat dikabulkan,
Meskipun dompet sudah kekosongan.
Ayah,
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa...
September 28, 2015
Pengorbanan Seorang Isteri

Info Hamil dengan Furmon
Info Hamil dengan Furmon
feeling awesome with Ikhtiar subur hamil dengan Furmon
Sila baca sampai habis..
Dipersilakan tag pasangan masing2..
Dipersilakan tag pasangan masing2..
♡ Pengorbanan Seorang Isteri ♡
Artikel yg indah tu semua para isteri.. Ya Allah,betapa mulianya pekerjaan sebagai seorang isteri.. Mmg menitis air mata bila kita dalami artikel ni...
Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.
Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.
Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.
Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.
Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.
Suami yang memandang pun rasa rimas melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.
Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.
Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.
Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.
Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam… Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.
Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.
Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.
Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja lebih masayang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ˜kerjaya sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.
Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang cucur pelepas lapar suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.
Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap sporting dan tahu menghargai susah payah isteri.
Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup mogok dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.
Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau bahasa badannya saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.
Seorang suami sanggupkah berkorban??Atau meninggalkan isteri bila dia sudah tidak berupaya lagi??
.......
Dipersilakan share ♡
Info Hamil dengan Furmon
.......
Dipersilakan share ♡
Info Hamil dengan Furmon
February 3, 2015
Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman
Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman
Orang
Yang Tak Sedarkan Diri
Daripada
Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang
berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang
paling rosak di antara mereka" (HR Muslim)
Ahli Ibadat
Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik
Daripada
Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW "Akan ada pada
akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady)
Menjual
Agama Kerana Dunia
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar
pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual
agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat
daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati
orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati
mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah
kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong
kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang
akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan)
pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi)
Pendusta
Dan Pengkhianat
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang
kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta
dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh
memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan
berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat
bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab
"Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang
ramai" (HR Ibnu Majah)
Kefasikan
Berleluasa
Daripada
Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu
beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) umpama malam yang sangat gelap.
Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia
sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang,
kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual
agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim)
Penindasan
Terhadap Umat Islam
Daripada
Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu
zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka"
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari
itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai,
tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar
terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke
dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan'
itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut
mati" (HR Abu Daud)
Namanya
Saja Islam
Daripada
Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW
"Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali
hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya.
Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah
sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar
fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)
Budaya
Barat Ikutan Umat Islam Kini
Daripada
Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak
sekalipun kamu akan mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah!
Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW menjawab
"Siapa lagi?" (HR Muslim)
Ulama
Tidak Dipedulikan
Daripada
Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya
Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak
bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan
orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati
orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad)
Ulama
Agama Semakin Berkurang
Daripada
Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu
dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama
dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai
akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil
itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain" (HR Muslim)
Golongan
Anti Hadis
Daripada
Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
"Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis
dari hadisku maka dia berkata "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah
sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia
haramkan kami haramkan" (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya)
"Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan
apa yang diharamkan Allah SWT" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berbangga-Bangga
Dengan Masjid
Daripada
Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi
hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu
Daud)
Tak Ada
Imam Untuk Solat Berjemaah
Daripada
Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri
tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami
mereka solat" (HR Ibnu Majah)
Penyakit
Umat Islam Masa Kini
Daripada
Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku
akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu"
Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"
Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong,
2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam
merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga
menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim)
Perangkap
Riba
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu
zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba.
Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya" (HR
Ibnu Majah)
Manusia
Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang
suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta,
apakah daripada sumber yang halal atau pun haram" (Riwayat Muslim)
Banyaknya
Sumber Galian
Daripada
Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW
sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas
itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat
berkata "Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita" Lalu
Nabi SAW menjawab "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang
akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat " (HR Baihaqi)
Khamar
Daripada
Abu Malik Al-Asy'ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya
akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya
dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah
mereka menjadi kera atau babi" (HR Ibnu Majah)
Banyaknya
Perzinaan
Daripada
Anas r.a. Beliau berkata "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis
yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak
kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki,
sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan"
(HR Bukhari Muslim)
Berpakaian
Tetapi Telanjang
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ''Ada dua golongan
yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka.
Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang
digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala
mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk
syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman
syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)
Perilaku
Manusia Masa Kini
Daripada
Aisyah r.a. Beliau berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab
kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak
orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani
melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR
Thabrani)
Anak
Menjadi Tuan Kepada Ibunya
Daripada
Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail
bertanya kepada Rasulullah SAW " Maka khabarkan kepadaku tentang hari
kiamat?" Lalu Nabi SAW menjawab, "Orang yang ditanya tidak
lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata "Kalau
begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya" maka Nabi SAW
menjawab "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang
berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya
menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan" (Riwayat
Muslim)
Peperangan
Demi Peperangan
Daripada
Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan
terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering
terjadi "al-Harj". Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai
Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan”
Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)
Perang
Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan
Daripada
Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari
kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya
sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana
merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang
yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "Mudah-mudahan
akulah orang yang selamat itu" Dalam riwayat lain disebutkan "Sudah
dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan
perbendaharaan dari emas, maka sesiapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia
mengambil sesuatu pun dari harta tersebut" (HR Bukhari Muslim)
[Terdapat
sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas dalam Hadis ini
sebenarnya petroleum]
Waktu
Terasa Pendek
Daripada
Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan
terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti
sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari,
sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan
api" (HR Tirmizi)
Hilangnya
Sifat Amanah
Daripada
Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …"Kemudian jadilah orang ramai berjual
beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah,
sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang
tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya
dan orang ramai mengatakan "Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah
indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah
tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." (HR
Bukhari & Muslim)
Islam
Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan
Daripada
Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Islam
akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak
mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan
solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang
dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada satu malam sahaja,
maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini daripadanya walaupun hanya
satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya
orang tua, lelaki, dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat
menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun
mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)
Bilakah
Akan Terjadi Kehancuran?
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata "Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang
berada dalam satu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba
datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW
"Bilakah akan terjadi hari Kiamat?" Nabi SAW terus saja berbicara.
Sebahagian yang hadir berkata "Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan,
tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya" Sementara yang lain berkata
"Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu" Sehingga apabila
Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda "Di manakah orang yang
bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut
"Ya! Saya wahai Rasulullah" Maka Nabi SAW bersabda "Apabila
amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu
bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah
itu?" Nabi SAW menjawab "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan
ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat" (HR Bukhari)
Kebinasaan
Umat Islam
Daripada
Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau
berkata,"(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa
Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari
ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini", dan Baginda
menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang
dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu
bertanya "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan
kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda "Ya,
jikalau kejahatan sudah terlalu banyak" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Punca
Kebinasaan Seseorang
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang
suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya,
kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang
lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba,
segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan
sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka
kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan
anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya
disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah
tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya
atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya" Sahabat bertanya
"Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?" Nabi SAW
menjawab "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika
itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang
akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)
Perselisihan
Yang Banyak
Daripada
Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata "Telah menasihati kami
Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air
mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah
ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada
kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya
sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin)
sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa
yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang
banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para
khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran
dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan
gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud
dan Tirmizi)
Golongan
Yang Selamat
Daripada
'Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi
telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu
golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat
Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh
satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga.
Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi
tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan
tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang
selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)
Orang
Asing
Daripada
Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula
berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka
beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)
Kepayahan
Orang Yang Beriman
Daripada
Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di
mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang
yang memegang bara api. (HR Tarmizi)
Kesusahan
Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan
Daripada
Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah
SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di
badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala
Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata
kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana
sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang
(ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda
"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi
dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula.
Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain.
Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu
Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada
waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan
perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi
untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu
hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR
Tirmizi)
Golongan
Yang Sentiasa Menang
Daripada
Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
"Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam
perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT.
Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)
Pertempuran
Dengan Dajal
Daripada
Nafi' bin Utbah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan
bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu,
kemudian kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan
kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi
kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Dajal, dan Allah
akan memberi kemenangan kepada kamu.” (HR Muslim)
Baca
juga; Al-Masihid Dajjal: Pemahaman Semula
http://islamdankeselamatannya.blogspot.com/2013/05/dajal-pemahaman_3550.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
Video bacaan Al Quran
fb
Total Pageviews
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
kata2 hikmah
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

