~ Kelebihan Mewaqafkan Al-Quran di Masjidilharam ~
Seperti dimaklumkan , setiap amalan di Masjidilharam akan digandakan 100,000 kali ganda pahalanya .
Membaca Al-Quran satu ayat di Masjidilharam bagaikan membaca 100,000 ayat di tempat2 lain .
Begitu amalan2 lain .
Dan apabila kita mewaqafkan Al-Quran di Masjidilharam , setiap kali orang baca Al-Quran yg kita waqafkan itu , kita akan dapat juga pahala 100,000 kali ganda itu .
Itulah penerangannya. Tiada saya terangkan melainkan sama2 berkongsi ilmu dan moga kita semua mendapat ganjaran pahala yg besar daripada Allah SWT ....insya ALLAH...
Jika Engkau ingin hidup,
Selamat agamamu
Aman kedudukanmu dan
terjamin harga dirimu.
Lisanmu janganlah menceritakan keaiban orang lain,
kerana kamu juga mempunyai keburukan dan orang lain juga mempunyai lisan.
Jika kedua matamu melihat keburukan orang lain maka diamlah
dan katakan :
Wahai mata!
Mata orang lain lagi jeli melihat keburukanku.
Bergaullah dengan baik dan jauhilah orang yang memusuhimu,
berpisahlah dengan dia, namun dengan cara yang baik.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Ingatlah kata kata ku
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."
Kata kata Ku
Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)