Mari kita Berkawan

November 27, 2012

Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania

Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV. 


Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita.

"Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya," kata Joseph. 

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama. 

"Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah," tambah Joseph kepada media africanews.

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV.

Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu. 

Diterjemahkan dari : idbite.com
Read more at http://plbgaimacam.blogspot.com/2011/09/beberapa-lelaki-tanzania-penghidap-aids.html#rKS7oeasMiCm7FpU.99 

Keluhan Seorang Isteri





Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup. Tiada penghormatan walau secebis daripada kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam. Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini apabila rahmat Islam menyelubungi alam apabila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat dan maruah kita terpelihara. Kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncangkan buaian bias mengoncang dunia, sedarlah Hawa engkau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat terdiri daripada soleh dan solehah.
Engkau bisa menggegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi Hawa jangan sesekali engkau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu.
Jangan engkau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu kerana aku kuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan, alat yang diekspoitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua-dua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan risau akan jodohmu, Ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir daripada mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, daripada salam cenderung ke pertemuan dan daripada pertemuan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya. Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya mengoncangkan iman mereka.
Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadiannya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta disebabkan dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita melalui perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu dan kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta kemuarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua-dua ibu bapamu kerana kau akan peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

October 31, 2012

Fadhilat mencium anak & suami

1. Fadhilat mencium anak.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan 
mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.


Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.



Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum