Mari kita Berkawan

July 3, 2012

Kisah Iblis Hairan Dengan 2 Perangai Manusia


Pernah diriwayatkan dalam sebuah kitab..

Suatu Hari Rasulullah SAW bertanya pada Iblis.

"Wahai Iblis, apakah ikhtiar mu kepada umatku kerna aku telah diutuskan untuk menyelamatkan semua bani Adam dari Kekafiran kepada beriman pada Allah SWT."



Lalu...
Iblis lantas mengangkat kepalanya kehadrat allah..
seraya berkata..

" Ya Allah, aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik semua anak-anak Adam melakukan kerja2 maksiat selagi mereka itu masih bernafas dan aku akan mencampurkan lelaki dan perempuan bergaul dengan bebasnya agar aku senang mencelah didalamnya"

Kemudian turun firman Allah bermaksud.

>" Demi kebesaranKu dan KetinggianKu. Aku akan sentiasa sedia mengampunkan dosa umat Muhammad selagi mereka meminta ampun dariKu"



kemudian Rasulullah SAW bertanya pada iblis.

"apa lagi yang kau musykilkan?"


Iblis menjawab..

" Ya Rasulullah SAW, aku sangat hairan .. aku sangat hairan dengan perangai umatmu dalam dua hal

1. Mereka Mengaku mencintai Allah SWT, tp mereka itu taat kepada ku dengan melakukan maksiat

2. Mereka Sangat Marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku."




Allah lantas berfirman


"Demi kemuliaanKu dan KebesaranKu , sesungguhnya Aku anugerahi umat Muhammad 2 kebahagiaan :-

1. Kasih dan cinta mereka kepadaKu, adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana perdayaan kau (iblis)

2. Marah mereka itu kepada kau (iblis) adalah penebus dosa bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaku "


Iblis Laknat tercengang...
mendengarkan betapa Allah sayangkan Umat Muhammad SAW..

____________________________________________________________________________________

Sudah lumrah manusia sering Alpa dan sering Lalai dalam kehidupan seharian..

Sering bertaubat dan berjanji tidak akan mengulang dosa lagi..

tp sering juga kita memungkirinya..

Inilah hakikatnya manusia..

Tidaklah seseorang itu dipanggil manusia jika tiada nafsu dalam dirinya..

persoalannya, sehebat mana kita dapat mengawal segala nafsu yang membelenggu..

Selaku manusia

Memang kita kadang-kala terlanjur membuat dosa...

dan merasa sedih dan hampa dengan dosa tersebut..

tapi, janganlah sesekali kita menjauhi Allah kerna dosa yang kita lakukan..

Berbaliklah..

Carilah jalan yang sebenar..

Jalan yang diredhai..


Kerna setiap dosa yang dilakukan akan meninggalkan salah satu kesan pada diri..

sama ada ia menyedarkan kesilapan dan mendekatkan diri pada Allah...

atau..

Ia menjauhkan diri dan menyimpang dari Allah...

Terpulanglah pada kita menentukan..



Ingatlah,

ketika bahu kita terasa berat dengan maksiat yang dilakukan..

ketika kening kita berkerut kerana agama ditinggalkan.

ketika hati kosong kerana sudah kering dan kersang dari iman..

Melututlah kembali..

Bersujudlah kembali..

Allah masih menunggu hambanya kembali...

kasihnya Allah pada hambanya..

sayangnya Allah pada kita..

itulah Allah..

Tuhan yang sering kita lupakan...

June 25, 2012

Bismillah 6 dan 7 penawar sihir atau buatan orang.


Bismillah 6 dan 7 penawar sihir atau buatan orang.
Assalamualaikum guys... Aku rasa dalam tahun nih banyak sangat filem kita lahirkan cerita berunsur kurafat seperti santau, jampi, buatan orang dan  percaya pada jin dan syaitan. Jika mudah untuk kita percaya pada perkara2 ini bermakna badan kita juga mudah untuk didekati mahkluk2 halus. Amalkan bacaan BISMILLAH 7 ini untuk melindungi diri dari terkena ilmu2 sihir atau buatan orang. Syaitan dan jin itu memang ada sentiasa untuk menghancurkan manusia. Itu janji mereka..


Bacakan Bismillah 6 atau 7 sebanyak sebelas kali antara waktu pagi dan petang. Sebaiknya hafalkan bismillah ini untuk kebaikkan dan pendinding diri. (gambar bismillah di atas adalah bismillah 6 dan di baca sambungnya pada bismillah 7 di bawah ini..


 sambung baca bismillah 7

Nota
Manusia sekarang terlalu taksub pada kurafat2 seperti percaya pada bomoh, dukun, tangkal dan sebagainya. Paling teruk sekali bila meminta bantuan dengan orang yang bukan beragama ISLAM. Tidakkah itu menyeru kepada syaitan dan jin membantu mereka. Jangan sekali2 percaya pada bomoh. Mintalah bantuan kepada Allah SWT kerana DIA lebih TAHU dan MAHA MENJADIKAN...

P.S. Bila tengok cerita Tentang DHIA, hati ini naik geram sangat kerana kolotnya pemikiran mak mertua Dhia yang percaya kepada benda2 kurafat hingga sanggup membunuh demi kepuasan diri dan tamak.. Perbanyakkan membaca ayat 3 QUL dan Ayat Kursi semasa bersendirian dan amalkan sebagai amalan2 harian.. InsyaAllah DIA akan melindungi hamba-Nya dari syaitan laknatullah..

9 jenis anak syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

P/S: Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? 

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum