Mari kita Berkawan

May 5, 2011

Kisah dan Tauladan

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari
cerita ini.

Awan mengikuti orang2 yang bertaubat

Diriwayatkan bahawa tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat hadis itu mendapatkan tugas menyelesai urusan keluarganya di desa lain. Situkang jagal lalu mengikutnya dari belakang sempai akhirnya berhasil menemukannya. Situkang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langkah dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, : Jangan lakukan. Meskipun aku sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, situkang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, “Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak.” 

Dia pulang sambil bertaubat. Di perjalanan ia diserang kehausan dan dan nyaris mati. Ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka milihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampailah mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata. “Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorangpun berada di situ.”

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah beridiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan oleh nabinya. " Maka aku mengangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau mengangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kapadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah"

Rasullullah s.a.w. berkata, "Engkau katakan!" Jawab Aisyah r.a.: "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan "Aduhai anak!"

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a.: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semua kembali. Begitu pula dangan anak-anak dan para kekasihynya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya. "Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: Wahai Aishah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluar cincin di masa remaja dari jari-jari dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya, bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk memandikan.

Di kala itu ruhnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh mahkhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau kuat-kuat dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya, Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat. "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Wallahhualam....

HaNyA 30 JaM SuDaH PaNdAi MeMbAcA AL QURAN

Video bacaan Al Quran

fb

Total Pageviews

Ingatlah kata kata ku

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
"...segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, manakala kekurangan itu adalah kerana kelemahan diri ini sendiri... semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keampunan daripada-Nya... Amin..."

Kata kata Ku

Aku faham bahawa dosa itu menghancurkan. Dosa menghancurkan harta, masa. aqal, hati, tenaga, keluarga dan segala-galanya. Hanya kerana sedikit keseronokan, manusia masih memilih untuk melakukan dosa walaupun kesan buruknya sangat besar sekali. Kenapa aku masih berdegil memilih dosa? Ntah berapa kali penyelesalan, kau masih melakukannya. Ya Allah, pimpinlah hambamu ini.
Aku tidak berdaya memimpin diriku ke jalan Mu tanpa pimpinanMu. Hanya kepadaMu, ku pohon doa.
"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."- (Al-A`laa 14 - 17)

TRAFFIC

Get High Quality Traffic with LogiTRAFFIC

Assalammualaikum